Holocaust. Setiap kali perkataan itu disebut, masyarakat dunia kini sudah memahaminya sebagai kisah penderitaan Yahudi ketika di gempur Nazi dan mereka yang menentang perkataan itu akan dianggap buta sejarah, tidak mempunyai naluri insani serta menentang bahasa pilihan.
Menyedari hakikat itu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini memilih 27 Januari setiap tahun sebagai hari mengenang tragedi pembunuhan kejam itu. Pemilihan tarikh itu dilihat banyak pihak sebagai kejayaan badan dunia itu dalam usahanya mencegah keganasan dengan menjadikan sejarah hitam pembunuhan beribu-ribu nyawa atau mungkin berjuta-juta, sebagai teladan perlu dijadikan iktibar.
Yahudi pergunakan isu Holocaust utk dapatkan simpati dunia
Matlamat murni ketetapan ini sebenarnya bertujuan mengenang semua mangsa peperangan serta pembunuhan beramai-ramai atau pembersihan kaum. Bagaimanapun ketetapan PBB mengenai Hari Holocoust itu lebih menjurus kepada usaha memperingati kaum yahudi yang dibunuh kejam di Eropah ketika Perang Dunia Kedua dan idea memperuntukkan satu hari dalam Kalendar Masehi sebagai tarikh keramat itu sebenarnya oleh Israel dan ejen propagandanya.
Pengarah Institut Kajian Sejarah (IHR), Mark Weber, berkata hari memperingati Holocaust bukan usaha murni yang bermotifkan niat suci mengenai kegusaran terhadap kemakmuran manusiawi. “Ia adalah kempen sebelah pihak yang bertujuan mengukuhkan kepentinagn Zionis,” tulisnya. Sejak sekian lama, usaha dilakukan supaya dunia dapat menafsirkan Holocaust semata-mata sebagai satu peristiwa hitam pembunuhan lebih 6 juta Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Kedua dan menjelang 1970-an, semakin banyak acara mengenang peristiwa itu di anjurkan.
Golongan yang menentang tafsiran Holocaust ini pula akan dianggap sebagai anti-semitik dan anti-Yahudi serta anti-Zionis. Media serta kempen politik oleh anasir Zionis ini dianggap oleh ahli sejarah Yahudi,Alfred Lilienthal sebagai ‘Holocaust-mania’, yang menyaksikan pelbagai filem propaganda, dokumentari khas, buku, sistem pendidikan, muzium dan sebagainya dihasil atau dibina umpama cendawan tumbuh. Di kebanyakan sekolah dunia terutama di Amerika Syarikan dan Eropah serta seluruh sekolah Israel, pelajar wajib didedahkan dengan penderitaan khususnya kaum Yahudi Eropah ketika perang dunia.
Holocaust ibarat benteng utk menutup wajah bengis Zionis !
Malah beberpa negara dunia termasuk Britin, Jerman dan Itali secara rasmi sudah menganjurkan Hari Holocaust. Selain itu wujud lebih 250 muzium dan bangunan peringatan Holocaust dibina dengan kebanyakkannya di Eropah dan Amerika. Yang terbaru dan terbesar adalah Muzium Holocaust di Washington DC yang kini menarik jutaan pelancong setiap tahun.
Bagi mengukuhkan hujah ini,Weber turut memetik kenyataan pakar Holocaust Israel, Yehuda Bauer pada 1992. “Sama ada dibentangkan secara benar atau tidak, sejajar dengan fakta sejarah atau bercanggah dengan hakikat, dengan kefahaman hakiki atau sebaliknya, Holocaust sudah menjadi satu simbol teras dalam budaya kita. Setiap bulan yang berlaku, boleh dipastikan ada produksi televisyen, filem, tulisan atau karya sastera baru yang membincangkan Holocaust dan kebanjiran ini bukannya semakin kurang tetapi bertambah,” kata Bauer. Kempen Holocaust ini sebenarnya amat penting untuk kepentingan Israel yang kewujudan amat bergantung kepada sokongan besar dan berterusan daripada Amerika. Memperingati Holocaust turut membantu mewajarkan sokongan besar Amerika terhadap Israel selain menjadi alasan bagi mewajarkan segala dasar israel meskipun dasar itu terang-terangan lebih kejam dari tafsiran asal Holocaust itu sendiri.
Profesor Sejarah ModenYahudi di Universiti Yale, Paula E Hyman secara tepat membuat rumusan mengenai perkara ini. “Berhubung perkara Israel, Holocaust berguna untuk mematahkan kritik politik dan meredakan perbahasan; ia mengukuhkan jati diri Yahudi yang dianggap golongan tersepit yang hanya boleh bergantung kepada kaum mereka saja untuk melindungi mereka. Penonjolan terhadap penderitaan yang dialami Yahudi ketika era Nazi sering menggantikan perdebatan rasional dan menjadi hujah meyakinkan golongan yang ragu mengenai kesahihan dasar kerajaan Israel ketika ini,”kata Hyman.
Seorang lagi ahli Sarjan Yahudi, Tony Judt baru-baru ini menulis: “Holocaust sering dieksploitasi oleh Amerika dan Israel untuk mematah atau menghalang sebarang kritikan terhadap Israel. Malah Holocaust Yahudi Eropah mengeksploitasi tiga perkara iaitu ia memberikan keunikan kepada Yahudi Amerika dengan mengimbau kembali ‘identiti mangsa’; membolehkan Israel menjuarai penderitaan yang dialami negara lain dan mewajarkan perlakuan kejamnya dengan dakwaan bencana yang dialami Yahudi adalah unik dan tidak dapat dibandingkan; dan (bercanggah kepada dua yang sebelum ini) ia sentiasa mengutarakan kiasan pelbagai guna dan mengajar kepada pelajar di seluruh Amerika dan Eropah tanpa sebarang rujukan terhadap konteks atau punca mengenai kewajaran perlakuan kejam.
Penggunaan Holocaust moden untuk manfaat politik adalah bercanggah dengan etika serta amat jijik dan satu kegopohan politik”. Kini semua pihak mengetahui bahawa di Amerika dan Eropah Barat,Holocaust diberikan taraf suci dan digambarkan sebagai peristiwa terhormat yang menjadi peristiwa maha penting sejarah dunia. Perkara ini dibuktikan lagi apabila PendetaYahudi Amerika, Michael Goldberg merujuk budaya Holocaust sebagai satu rukun agama,zikir dan suatu yang mempunyai makam tinggi. Apa yang jelas, Holocaust yang difahami masyarakat dunia kini adalah suatu yang menggambarkan pandangan bongkak Yahudi yang kononnya dianggap sebagai kaum yang unik dan mengatasi orang lain. Dengan adanya kepercayaan itu, beberapa negara termasuk Israel, Jerman dan Sepanyol menganggap gologan yang mencabar Holocaust adalah penjenayah, menyaksikan ramai dipenjara, didenda atau terpaksa hidup dalam buangan meskipun kesalahan mereka sekadar cuba mencari cerita sebenar Holocaust Yahudi.
Holocaust di Palestin berkali ganda lebih teruk daripada mitos Holocaust ciptaan Zionis
Golongan bukan Yahudi yang turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai, penindasan atau mangsa peperangan tidak akan dianggap sama seperti mangsa Holocaust Yahudi. Nyawa bukan Yahudi tidak bernilai untuk dihargai seperti apa yang dinikmati Yahudi sedangkan jumlah korban kekejaman diktator Russia, Joseph Stalin jatuh mengatasi jumlah korban akibat dasar Adolf Hitler. Malah, mangsa kekejaman rejim Komunis Mao Zedong yang menyaksikan antara 30 juta hingga 60 juta penduduk mati, dibiarkan kebuluran dan ditindas, tidak pernah dihiraukan.
Sambutan hari mengenang Holocaust pada hakikatnya perlu turut memasukkan acara mengenangkan mangsa kekejaman tentera Jepun di Asia dan Pasifik ketika Perang Dunia Kedua; kematian berjuta-juta hamba abdi kulit hitam di Amerika,Britin dan Eropah; pembunuhan beramai-ramai di Kemboja pada 1970-an; serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki; kekejaman Rwanda; Holocaust Palestin dan Holocaust Vietnam.
Mungkin juga yang terbaru, PBB perlu memasukkan Holocaust Iraq yang ramai orang awamnya mati akibat tersepit antara pertempuran askar Amerika serta sekutunya dengan pejuang Iraq. Kesimpulan untuk Holocaust adalah, semua pembunuhan dan kekejaman manusia yang dilakukan oleh pihak atau negara tertentu, perlu diberikan perhatian oleh PBB. Jika PBB tidak, masyarakat dunia akan bertambah yakin bahawa badan dunia itu hanyalah sebagai alat atau tunggangan Zionis.
*diubahsuai dari www.palestinkini.info
http://naqib88.blog.friendster.com/2005/12/
No comments:
Post a Comment