KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu menyamai apa yang ada pada Barisan Nasional (BN) dan semakin goyah dari hari ke hari…
Ulasan: Memang pun tidak akan sama kerana berbeza asas pembentukkannya. Perjuangan PR kearah penegakkan keadilan, kebebasan bersuara, mementingkan rakyat dan negara kita yang bebas rasuah. BN pula dari rekod pemerintahannya yang terlalu lama sedia ada meneruskan kezaliman, memaksa rakyat berdiam diri kerana takut ISA, mementingkan kroni melebihi rakyat dan negara di landa rasuah. Apa boleh rakyat telah tempoh yang cukup lama untuk BN berubah tapi serupa saja perangainya.
Karpal sudah faham hudud - Hadi
KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Pas berkata parti ini tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana anggota Parlimen Jelutong itu telah faham mengenainya.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal pelaksanaan hukum tersebut telah pun dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk pemimpin DAP.
“Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham.
“Sekarang ini persoalannya kenapa UMNO menolak untuk dilaksanakan hudud?
Saya bersedia untuk berbincang dan memberikan penjelasan kepada Umno mengenai hudud,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila, Marang…
Ulasan: Hudud hanya untuk umat Islam. Tapi kenapa pula selama ini UMNO, sebuah parti Melayu bersungguh-sungguh menolak pelaksanaan hudud?
Tindakan pulau Coca-Cola tidak sesuai – Kadri
KUALA LUMPUR 8 Jan. - The Coca- Cola Company dan syarikat pembotolan yang menjadi rakan niaganya menyifatkan tindakan memboikot semua produk keluaran mereka tidak sesuai dilancarkan sebagai tindak balas terhadap kekejaman tentera Israel yang menyerang Palestin.
Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca-Cola Malaysia, Kadri Taib berkata, pihaknya percaya langkah memboikot produk mereka akan menjejaskan ekonomi, perniagaan dan kehidupan rakyat di negara ini.
''Di Malaysia, produk minuman Coca-Cola telah dihasil dan diedarkan oleh syarikat pembotolan F&N Coca-Cola selama 72 tahun dan kami mempunyai 1,700 pekerja di negara ini dengan 60 peratus daripadanya adalah beragama Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya telah membantu masyarakat di seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi pelaburan langsung, pengambilan pekerja dan sokongan yang diberi kepada organisasi tempatan.
''Kajian bebas menunjukkan perniagaan The Coca-Cola Company secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan menerusi aktiviti pembekalan dan peruncitan produk syarikat kami," katanya…
Ulasan: Tunggulah sampai semua keluarga terdekat musnah oleh senjata musuh yang di sokong oleh AS baru hendak boikot barangan AS? Jumlah keuntungan yng di bawa balik AS dari Malaysia adalah lebih banyak dari duit yang dibawa balik dari rakyat tempatan.
Pelajar IPTA dibenar sertai bantahan
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kementerian Pengajian Tinggi tidak bercadang untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyertai demonstrasi bagi membantah serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu dibuat berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan di Parlimen bulan lepas membenarkan pelajarnya menyertai aktiviti pertubuhan, persatuan mahupun organisasi sama ada dalam mahupun di luar negara…
Ulasan: Berikan balik hak semua rakyat untuk berdemonstasi asalkan ada alasan yang kukuh dan benar. Kehadiran polis hanya untuk mempastikan demonstrasi berjalan dengan tersusun.
Artis antarabangsa: Iqwal perlu RM500,000
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Penyanyi Iqwal atau Ikhwal Hafiz Ismail, 16, yang pernah menempa kejayaan besar dalam pertandingan seni di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mungkin terpaksa melupakan tawaran komposer antarabangsa di negara itu kerana kekangan kewangan yang dihadapinya…
Ulasan: Semoga Allah jauhkan kita menjadi terkenal dalam bidang yang telah ramai kecundang dan membuat dosa.
No comments:
Post a Comment