KUALA LUMPUR 21 Jan. - Amerika Syarikat (AS) berpendapat tindakan dan kempen memboikot barangan keluaran negara itu bertentangan dengan konsep perdagangan dua halanya dengan Malaysia.
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, James R. Keith berkata, hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dengan AS selama ini menghasilkan nilai perdagangan yang memberangsangkan.
"Kejayaan ini pastinya mahu diteruskan oleh syarikat-syarikat AS yang membuat banyak pelaburan di negara ini.
"Saya tidak setuju sama sekali dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya rakyat negara ini memboikot produk AS kerana tiada satu pun produk yang benar-benar berasal dari sesebuah negara," katanya...
Ulasan: Negara sombong tapi mahu berniaga dengan negara tertindas sepatutnya tinggalkan kesombongan. Boikotlah sebelum keluarga kita di bom seperti di Gaza.
No comments:
Post a Comment