KUALA TERENGGANU 16 Jan. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan langkah penarikan diri Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata langkah tersebut adalah yang terbaik bagi memastikan proses pilihan raya kecil esok, berjalan dengan telus, tidak ada penyelewengan dan mengikut peraturan yang ditetapkan...
Ulasan: Akhirnya, BN pun mahukan ketelusan pilihanraya. Bukan setakat pilihan raya kecil ini tapi semua pilihan raya. Rakyat dah lama mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas. Kepada BN: Bercakap satu hal, perkara yang dilakukan pun penting. Rakyat biasa melihat dan akan buat pilihan terbaik.
PPSMI: Kerajaan bukannya berdiam diri
KUALA TERENGGANU 15 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, isu pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan satu perkara yang boleh diperkatakan secara sewenang-wenangnya tanpa berdasarkan fakta.
Menurut Perdana Menteri, mereka yang ingin memberi komen tentang isu itu hendaklah berbuat demikian berdasarkan kajian dan fakta.
Jelasnya, kerajaan bukan berdiam diri berhubung pelaksanaan PPSMI, sebaliknya pada masa ini keputusan mengenainya belum dibuat kerana kajian tentang perkara itu masih belum selesai…
Ulasan: 6 tahun masa berjalan. Berapa ramai lagi anak kita yang terperangkap oleh sistem yang tak pernah di persetujui oleh pakar bahasa. Kini BN selepas Dr Mahathir masih selesa melaksanakannya.
No comments:
Post a Comment