Tuesday, January 13, 2009

Perubahan besar di Kuala Terengganu jika BN diberi mandat

KUALA TERENGGANU 13 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya…

Ulasan: Negeri yang menghasilkan minyak pun miskin di bawah BN. Yang biasanya kaya ialah menteri-menteri dan orang politik BN/UMNO dalam pelbagai peringkat serta kroni mereka. Dapatkah BN/UMNO memacu negara tanpa rasuah?

Dua orang Islam minum arak didenda RM5,000, sebat 6 kali
KUANTAN 12 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali mengikut syariah ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak…

Ulasan: Eloklah di hukum sedemikian supaya menjadi pengajaran bagi ramai. Hinanya diri bila kita membuat larangan agama.

No comments: