YANGON 29 Jan. - Pihak berkuasa Myanmar hari ini membuat penafian bahawa sekumpulan etnik pelarian Rohingya yang diusir dari Thailand sebelum ini berasal dari negara itu.
Kumpulan Hak Asasi Manusia sebelum ini melaporkan, kumpulan berkenaan itu berasal dari barat Myanmar dan sering lari kerana penganiayaan junta.
Bagaimanapun, satu laporan rasmi memberitahu AFP, etnik Rohingya adalah berasal dari Bangladesh dan tidak mempunyai sebarang pertalian sejarah dengan Myanmar.
Seorang pegawai yang enggan dikenali memberitahu media: "Tiada kumpulan etnik minoriti Rohingya yang dikenali dalam sejarah sebelum atau selepas kemerdekaan kami''.
"Kita tidak boleh menerima kenyataan yang mengatakan Rohingya adalah dari Myanmar," katanya…
Ulasan: Ini bererti bahawa Myanmar sengaja menafikan sejarahnya. Silalah bertanya PBB.
No comments:
Post a Comment