Thursday, January 22, 2009

Imej BN ketinggalan zaman - Khir Toyo

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - "Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan pendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman."
Demikian pendapat ahli majlis tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo dalam memperkatakan punca kekalahan parti itu di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Katanya imej sedia ada Barisan Nasional (BN) sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru…
&
Umno sudah hilang faktor penarik - Muhyiddin
MANAMA (Bahrain), 20 Jan - Memberikan analisis secara terus terang mengenai kelemahan Umno berikutan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu. Iklan
Menurut laporan Bernama, Naib Presiden Umno itu berkata faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu…

Ulasan: Tidak hina kita hilang selamanya BN dan UMNO serta parti berdasarkan kaum kerana perjuangan mereka sudah lama tamat tempoh. Perjuangan kini untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil, bebas dan sifar rasuah.

Tindakan tegas jika sorok gula
PUTRAJAYA 21 Jan. – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menyorok bekalan gula dengan tujuan mengaut keuntungan berlebihan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd. Samad berkata, bahan keperluan itu di pasaran mencukupi dan negara tidak berhadapan dengan masalah bekalan…

Ulasan: Dapatkah penguatkuasa menangkap peniaga yang engkar itu? Dapatkah penguatkuasa tidak makan rasuah?

No comments: