Thursday, January 01, 2009

Hudud Hanya Untuk Orang Islam Sahaja: Siapa Yang Sibuk Menentang?

Terima kasih pendikar gunung kriang (http://pendikargunung.blogspot.com/):
kerana mengusahakan mencari keratan kata-kata pemimpin negara kita mengenai perundangan Islam. Mungkin ada lagi yang tertinggal.

i) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak,: 20.4.1993)

iv) Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed, 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

7. 'Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ulasan: Jelas yang sibuk menentang selama ini ialah pemimpin politik dari UMNO. Sedih sebab UMNO selama ini menipu rakyat kerana berselindung di sebalik perjuangan bangsa Melayu dan mendaulatkan agama Islam. Pada hal Islam tak mungkin di daulatkan tanpa hudud. Wahai wakil rakyat: Berikan hak untuk orang Islam memilih untuk hidup di bawah perundangan Islam.

Umumnya, kenyataan-kenyataan dan tindakan menentang agama Allah selalunya berlaku sewaktu memegang kuasa seperti firaun dan namrud. Bagi kita yang masih lagi bernafas, segeralah bertaubat dan bersama-sama berusaha untuk melaksanakan islam cara hidup yang lengkap.

No comments: