Wednesday, January 14, 2009

Bush ikut telunjuk saya

BAITULMAQDIS 13 Jan. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mendakwa keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk bersikap berkecuali semasa pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu dibuat setelah beliau ‘bercakap’ dengan Presiden George W. Bush.
Menurut Olmert, AS pada mulanya akan mengundi menyokong resolusi itu. Berikut adalah kenyataan Olmert seperti dipetik dalam laporan berita AFP hari ini.
-Olmert minta petugas menelefon Bush, namun mereka menyatakan Bush sedang berucap di Philadelphia.
- Olmert tegaskan bahawa beliau tetap mahu bercakap juga dengan Bush. Presiden AS itu kemudian turun dari podium dan bercakap dengannya.
AS pada mulanya akan mengundi resolusi untuk gencatan senjata di Genting Gaza tetapi tiba-tiba berubah selepas Bush bercakap dengan Perdana Menteri Israel…

Ulasan: Rupanya ular sawa besar takut dengan ular lidi. Ada orang yang hebat zahir tapi jiwanya miskin kerana menjadi tidak berpendirian menyokong kebenaran.

Royalti minyak Terengganu dijangka lebih RM3 bilion
KUALA TERENGGANU 13 Jan. - Kerajaan Persekutuan menjangkakan Terengganu akan memperoleh lebih RM3 bilion hasil daripada wang royalti minyak tahun depan jika harga bahan api itu naik di pasaran sepanjang tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu lebih tinggi daripada hasil royalti yang diperoleh sekarang iaitu antara RM1.6 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun.
Katanya, untuk itu, beliau mahu kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menggunakan wang royalti sebaik mungkin untuk membangunkan negeri ini berkonsepkan mesra rakyat…

Ulasan: Negeri yang kaya boleh menjadi miskin bila kerajaannya suka menghabiskan wang rakyat melalui jalan yang tidak sah. Yang tentu kaya ialah orang politik pelbagai peringkat dan kroni .

No comments: