Friday, January 16, 2009

Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu’
KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.
Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.
Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.
Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.
Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu…

Ulasan: Sejak merdeka UMNO sebagai parti utama kerajaan pun masih terlalu lambat untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan social di kampong tradisi. Hasilnya, di katakan perjuangannya belum selesai. Sampai bila perjuangan UMNO belum selesai kerana bila menang sibuk mengaut khazanah negeri/negara dengan cara yang tidak sah. Yang tentu kaya ialah kroni-kroninya. UMNO boleh di percayai lagi?

No comments: