NEW YORK 28 Jan. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam digesa supaya menyiasat pencabulan undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh Israel semasa serangan lebih tiga minggu ke atas Genting Gaza.
Ketua Agensi Bantuan dan Perkhidmatan PBB di wilayah Palestin (UNRWA), Karen AbuZayd memberitahu kesemua 15 anggota Majlis semalam, mereka turut memikul beban untuk membantu 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Beliau berkata, tanggungjawab tersebut termasuk menyokong "langkah untuk menyiasat pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk serangan langsung ke atas kakitangan dan kemudahan PBB, seperti ibu pejabat UNRWA sendiri serta lima sekolah kendaliannya."
Menurut AbuZayd, beliau telah menyaksikan kemusnahan yang dilakukan secara terancang terhadap sekolah, universiti, bangunan kediaman, kilang, kedai dan ladang di Gaza.
Timbalan Duta Britain ke PBB, Karen Pierce memberitahu wartawan sebelum sidang itu, London percaya beberapa dakwaan terhadap Israel dan pejuang Hamas mewajarkan siasatan lanjut, walaupun tidak semestinya oleh PBB.
"Saya berpendapat beberapa dakwaan mengenai penggunaan senjata seperti fosforus putih wajar disiasat," katanya dengan menambah, siasatan awal hendaklah dilakukan oleh Israel....
Ulasan: Seluruh dunia sewajarnya memboikot Israel kerana sikapnya yang tidak mendengar cakap PBB. Baru negara itu tahu bagaimana hidup bersendirian menjadi kera sumbang.
No comments:
Post a Comment