Thursday, January 22, 2009

PBB pilih ketua siasat keganasan

GENEVA 21 Jan. – Bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2008, Martti Ahtisaari termasuk dalam senarai pendek calon untuk mengetuai siasatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan Israel di Genting Gaza.
Menurut satu sumber PBB semalam, bekas ketua Agensi Bantuan dan Perkhidmatan PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA), Peter Hansen dari Denmark juga telah disenaraikan sebagai calon.
Robinson merupakan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia sehingga 2002 manakala Ahtisaari, seorang bekas Presiden Finland, terkenal sebagai perunding damai antarabangsa yang sangat berpengalaman…

Ulasan: Warga dunia harap dilakukan siasatan dengan teliti dan seterusnya ambil tindakan undang-undang seadilnya.

No comments: