Tuesday, January 20, 2009

Tiga penjenayah ditembak mati

KAJANG 19 Jan. – Tiga penjenayah paling dikehendaki termasuk ketua geng Ronau kerana terlibat dalam banyak kes samun, pecah rumah dan rogol, ditembak mati berdekatan plaza tol Sungai Ramal di sini awal pagi ini…

Ulasan: Apalah guna hidup melakukan jenayah dan menyusahkan orang lain. Sayangkan nyawa dan jagalah maruah diri. Carilah rezeki yang halal.

Sebarkan suara umat Islam perjuangkan persefahaman
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Raja Nazrin Shah bertitah, suara umat Islam yang memperjuangkan persefahaman, saling menghormati dan mempunyai sikap yang baik perlu disebar serta diutamakan.
Raja Muda Perak bertitah, tindakan itu adalah jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ketakutan dan curiga terhadap orang Islam di dunia Barat.
''Kita perlu bersama-sama untuk menghapuskan pandangan palsu terhadap orang Islam dan usaha menyatupadukan mereka dengan masyarakat dunia perlu dilaksanakan.
''Menyatupadukan umat Islam dengan masyarakat dunia bukan setakat mempromosikankepelbagaian budaya tetapi juga dari segi keadilan dan hak asasi manusia,'' titah baginda…

Ulasan: Mari bersama-sama berdakwah untuk menyelamatkan manusia dari neraka dan di kurniakan nikmat abadi masuk syurga Allah di akhirat.

No comments: