KUALA LUMPUR 27 Jan. – Semua pemilik kenderaan asing yang melakukan kesalahan trafik di negara ini perlu dihalang daripada kembali ke negara asal masing-masing selagi saman tidak dijelaskan.
Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri berkata, sekiranya langkah tegas itu tidak diambil, segala tindakan agensi penguatkuasaan yang mengeluarkan saman akan sia-sia dan diperlekehkan oleh mereka.
Lebih membimbangkan, katanya, rakyat akan memandang serong kepada agensi penguatkuasaan kerana dianggap mengamalkan sikap ‘pilih bulu’ apabila berlembut dengan pesalah trafik warga asing.
“Kenapa kita bertegas dengan rakyat sendiri dan terlepas pandang kesalahan rakyat negara lain? Tahap ketegasan itu sepatutnya sama.
“Justeru, KPPJSM mencadangkan kenderaan negara asing yang kena saman, kita sekat pemiliknya di pintu keluar sehinggalah mereka menjelaskan saman terlebih dahulu,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini…
Ulasan: Mengapakah Malaysia takut melaksanakan ini di negara kita?
No comments:
Post a Comment