Thursday, January 29, 2009

Tajol Rosli letak jawatan

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu…

Ulasan: Jom bersama-sama meninggalkan kebobrokan BN/UMNO dan menegakkan keadilan di negara kita.

Kementerian akan guna saluran diplomatik bawa pulang dua tahanan
PUTRAJAYA 28 Jan. - Wisma Putra akan menggunakan saluran diplomatik untuk berurusan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Pusat Tahanan Guantanamo Bay dibawa balik ke tanah air secepat mungkin…

Ulasan: Kena lagi di negara sendiri?

Saksi sumpah laknat dibuang kerja
PUTRAJAYA: Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, yang dikaitkan sebagai saksi sumpah laknat seorang pemuda yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikenakan hukuman buang kerja.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, ketika dihubungi di Brunei semalam mengesahkan tindakan itu yang diambil mengikut prosedur biasa tatatertib jabatan kerajaan…

Ulasan: Syabas kerana berani bersuara menentang kezaliman. Malaysia perlukan pemuda yang berani menentang kezaliman.

No comments: