KOTA BHARU 15 Jan. - Tindakan memboikot produk keluaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel mesti dilakukan berterusan bagi memberi pengajaran kepada kedua-dua negara itu terhadap keganasan yang telah mereka lakukan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, usaha itu bukan sahaja mampu mengekang dana Israel dalam melakukan serangan ke atas Palestin tetapi turut menghalang mereka daripada mengulangi kekejaman tersebut.
"Kita tahu Israel dan AS bukan sahaja sedang melakukan kekejaman di Palestin tetapi sedang mengugut negara-negara Islam lain. Oleh sebab itu sokongan kita juga haruslah berterusan," katanya…
Ulasan: Jangan tunggu sampai diri sendiri, keluarga dan sahabat handai dan rakan taulan kena tembak dan negara kita sudah lumat kena bom, barulah kita hendak boikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Kenapa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad senyap?
No comments:
Post a Comment