Thursday, January 29, 2009

Iran tuntut Obama mohon maaf

TEHERAN 28 Jan. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memohon maaf kerana "jenayah" yang dilakukan oleh AS terhadap Iran sejak 60 tahun lalu.

Mahmoud menuduh Washington memusuhi rakyat Iran sejak 60 tahun lalu.

"Mereka yang bercakap tentang perubahan mesti memohon maaf kepada rakyat Iran dan cuba menebus jenayah serta perbuatan jahat yang telah mereka lakukan terhadap Iran pada masa lalu," kata Presiden Iran itu dalam ucapan di wilayah Khermenshah, barat negara ini.

Beliau menggesa Washington mengundurkan askarnya dari seluruh dunia sebagai membuktikan dasar perubahan yang dijanjikan oleh Obama.

Mahmoud berkata, beliau menuntut dua jenis perubahan "besar dan asas."

"Berjumpa dengan orang, bercakap dengan mereka dengan hormat dan menghentikan dasar peluasan kuasa.

"Jika kamu bercakap mengenai perubahan, kamu perlu menamatkan kehadiran tentera AS di seluruh dunia, mengundurkan tentera kamu dan membawa mereka balik ke negara kamu," ujar beliau.

Mahmoud menegaskan penyokong perubahan mesti "berhenti menyokong puak Zionis, penjahat dan penjenayah."

Beliau menggesa AS menghentikan dasar campur tangan dalam urusan orang lain.

Ulasan: Gunakan kehebatan untuk tegakkan kebenaran dan keadilan.

No comments: