Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh beri tiga syarat ‘jelas dan mudah’ untuk gencatan senjata baru dengan Israel, termasuk menarik balik sekatan ekonomi yang kini menjadikan Genting Gaza seperti neraka dunia.
Sekurang-kurangnya 1,054 penduduk Palestin terkorban, termasuk 355 kanak-kanak dan 100 wanita manakala lebih 4,870 lagi cedera dalam operasi ketenteraan Israel yang masuk hari ke-20.
Pertubuhan hak asasi manusia Palestin desak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague lancar siasatan ke atas Israel atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan…
&
Damai: Tiga syarat Hamas
LONDON 15 Jan. – Ketua kerajaan Hamas di Genting Gaza, Ismail Haniyeh hari ini membuat seruan langsung kepada pembaca di Barat untuk meminta mereka mendesak Israel menghentikan serangan di wilayah Palestin itu.
Ismail yang menulis dalam akhbar Britain, Independent berkata, Hamas akan mempersetujui gencatan senjata dengan syarat yang ‘jelas lagi mudah’ iaitu sekatan ke atas Gaza ditarik balik, pembukaan semula pintu sempadan dan pengunduran penuh tentera Israel.
“Hanya ada satu jalan ke hadapan, tidak ada jalan lain. Syarat kami untuk mengadakan gencatan senjata baru adalah jelas dan mudah.
“Israel mesti menghentikan perang dan penyembelihan rakyat kami, menarik balik sepenuhnya sekatan haram ke atas Genting Gaza dan tanpa syarat, membuka semua pintu sempadan dan berundur sepenuhnya dari Gaza.
Ulasan: Negara haram Israel membuat kerosakan di muka bumi, di tanah jajahannya sendiri untuk menunjukkan gah. Hasilnya sudah pasti, Israel di benci di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment