SRI AMAN 29 Jan. - Golongan cerdik pandai di negeri ini perlu berhenti menghasut para penduduk supaya membenci kerajaan yang kini diterajui oleh parti Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata, mereka seharusnya turun padang untuk membantu kerajaan dan bukannya membenci kerajaan.
Katanya, bantuan golongan tersebut amat diperlukan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan bukannya menyebabkan mereka kian ketinggalan dalam arus pembangunan di kawasan luar bandar…
Ulasan: Jangan sekali-kali membenci kerajaan yang baik iaitu kerajaan yang sangat prihatin kepada rakyat dhaif, yang tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak kaut khazanah negara melalui jalan yang tidak sah menggunakan kroni atau pun tidak.
Warga Aceh edar kanabis dihukum gantung
SHAH ALAM 30 Jan. - Seorang buruh warga Aceh dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar kanabis 406.93 gram.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman ke atas Faisal Abdul Aziz, 33, selepas didapati mengedar kanabis pada pukul 5.30 petang, 23 Januari 2006 di kawasan kelapa sawit Cyberjaya, Dengkil, Sepang dekat sini…
Ulasan: Mati syahid itulah yang lebih baik. Dari Abu Tsabit, ada yang menyebutnya Abu Sa'id, ada yang menyebutnya Abu Al-walid, Sahl bin Hunaif, dia seorang dari Badar r.anhum, bahwa Nabi s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang memohon kesyahidan kepada Allah dengan sejujurnya, maka Allah akan menyampaikannya ke derajat kesyahidan meskipun meninggal di atas kasur/tilam (HR Muslim).
Hadis ini menyebutkan dua derajat yang sangat mulia di sisi Allah, yatu
kesyahidan (syuhada') dan kejujuran (shidq), sebagaimana disebukan di dalam
firman Allah: Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan
bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu:
Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang
saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (an-Nisa':69).
No comments:
Post a Comment