Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama kira-kira 30,000 warga kota malam tadi meraikan sambutan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai dengan kemuncaknya Perdana Menteri bersama para pengunjung menghitung detik 12 tengah malam tanda ketibaan tahun baru yang diikuti dengan tembakan bunga api…
Ulasan: PM dan isteri pun hadir ke majlis lalai? Bila pemimpin negara pun datang berseronok, muda-mudi LEBIH-LEBIH lagi. Tidak pelik kes maksiat proportional dengan acara sambutan lewat malam. Pemimpin negara sepatutnya malu kerana muda-mudinya mengambil peluang bermaksiat. Sila semak 9 bulan selepas sambutan Tahun Baru, Hari Kemerdekaan dn Hari Valentine dsbnya mengenai kes kelahiran anak luar nikah akibat zina. Yang rugi dan hilang maruahnya ialah perempuan.
Pesta seks: Penyampai berita, pelakon wanita ditahan
KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang penyampai berita dan seorang pelakon adalah antara 26 yang ditahan dalam satu pesta seks, dadah dan arak yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini, awal pagi ini.
Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan umur 20-an dan pelakon wanita terbabit pula difahamkan membintangi drama bersiri.
Selain kedua-dua selebriti berkenaan, 24 lagi yang ditahan berusia antara 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripada mereka itu positif dadah.
Malah, kebanyakan yang ditahan dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Lembah Klang...
&
56 diberkas dalam operasi cegah maksiat
KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.
Turut ditahan ialah lima remaja lelaki dan seorang gadis berusia 17 tahun kerana tidur sebilik di sebuah hotel murah di Jalan Besar di sini.
Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Tahun Baru itu diadakan bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi membabitkan 42 kakitangan Bahagian Penguat Kuasa JAIP.
''Apa yang membimbangkan, rata-rata pasangan yang ditangkap dalam operasi itu merupakan golongan remaja bawah umur antara 15 hingga 17 tahun dan ada yang masih bersekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat.
''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan. Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan…
Ulasan: Muda-mudi mengambil peluang bermaksiat (termasuk berzina) apabila kerajaan persekutuan dan negeri mengizinkan sambutan tahun baru. Hal ini berlaku saban tahun. Di manakah maruah pemimpin Malaysia kerana tidak menghalang perkara ini dari berlaku?
No comments:
Post a Comment