PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan politik wang tetap membawa maksud rasuah walaupun Lembaga Disiplin Umno berpendapat perkara itu patut disiasat pada peringkat dalaman parti.
Justeru, Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata berdasarkan takrifan itu, suruhanjaya akan terus menyiasat ahli Umno atau mana-mana parti politik sekiranya wujud tanda-tanda berlaku rasuah…
Ulasan: Negara ini BOLEH sifar rasuah sekiranya kita pakat-pakat undi calon Pakatan Rakyat. Cukuplah selama ini menyokong BN/UMNO yang merosakkan negara.
SPR laksana daftar pengundi online
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kaedah itu akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin iaitu sebaik saja kajian mengenainya selesai…
Ulasan: Dengan kemajuan dunia pertama pun kita masih berada di dunia ketiga...
No comments:
Post a Comment