WASHINGTON 21 Jan. – Presiden Barack Obama berjanji untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan dunia Islam dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.
Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.
“Kepada dunia Islam, kami mahukan arah tuju baru, berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati,” kata Obama semalam.
Obama, seorang penganut Kristian, menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Indonesia selepas ibunya, Ann Dunham berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro.
“Kepada mereka yang memegang kuasa menerusi rasuah dan penipuan dan menyekat suara penentang, ketahuilah sejarah tidak akan menyebelahi anda.
“Namun kami akan menghulurkan bantuan jika anda bersedia untuk melepaskan cengkaman,” kata Presiden kulit hitam pertama AS itu…
Ulasan: Harapan yang tinggi menggunung. Warga dunia akan menjadi saksi apakah yang bakal di laksanakan AS untuk menjadikan dunia ini aman selepas ini. Jangan marah bila kasut terbang menjadi hadiah persaraannya nanti kalau yang sebaliknya berlaku. Benarkan cogan katanya ‘Change We Can Believe in’ sewaktu berkempen dulu? Obama sudah berjanji. Sekarang masa untuk mengotakannya.
No comments:
Post a Comment