Friday, January 02, 2009

Masjid jadi sasaran Yahudi

BAITULMAQDIS 1 Jan. – Masjid dan kawasan ibadat umat Islam tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan tentera Israel di Genting Gaza yang memasuki hari keenam, hari ini.
Tindakan menyerang masjid dan tempat ibadat umat Islam itu dibuat selepas Israel mendakwa terdapat pejuang Palestin yang menyalahgunakan kawasan berkenaan sebagai pusat pemerintahan tentera dan stor simpanan senjata…

Ulasan: Teruskan berdoa supaya Allah memenangkan umat Islam di Palestin menentang penjajah Israel.

Melamin: Bekas Pengerusi Sanlu mengaku salah
BEIJING 1 Jan. - Bekas majikan syarikat tenusu dalam skandal susu bayi dicemari melamin di China hari ini mengaku salah atas dakwaan menyembunyikan fakta mengenai pencemaran tersebut.
Bekas Pengerusi dan Pengurus Besar Kumpulan Sanlu, Tian Wenhua dalam keterangannya semalam mengaku bersalah dan menyatakan masalah itu diketahui beberapa bulan lebih awal sebelum ia dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Perbicaraannya adalah yang paling berprofil tinggi dalam krisis keselamatan makanan yang telah memalukan China serta mendedahkan salah laku korporat dan pihak berkuasa.
Orang tengah yang menjual susu kepada syarikat tenusu didakwa menambahnya dengan air dan dicampurkan dengan melamin untuk menipu ujian kualiti yang memeriksa kandungan protein.
Bahan kimia yang biasanya digunakan untuk membuat plastik itu boleh menyebabkan pembentukan batuan dan kegagalan fungsi buah pinggang.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Wenhua mengaku bersalah atas dakwaan mengeluar dan menjual produk palsu atau tidak mengikut piawaian dan tiga lagi eksekutif kanan syarikat turut berdepan tuduhan sama…

Ulasan: Angkara tangan manusia, ramai bayi mati…

61 maut kelab malam terbakar
BANGKOK 1 Jan. – Sekurang-kurangnya 61 terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kelab malam mewah di sini musnah dalam satu kebakaran lewat malam tadi.
Kebakaran di kelab malam Santika itu berlaku sewaktu ambang sambutan tahun baru dan nahas itu turut mengorbankan beberapa pelancong dari Australia, Jepun, Belanda, Singapura dan Nepal.
Kebanyakan mangsa terbunuh akibat tersedut asap tebal atau lemas kerana dipijak ketika rempuhan untuk menyelamatkan diri…

Ulasan: Elakkan berada di tempat maksiat kecuali melaksanakan dakwah di bawah arahan jamaah hak.

No comments: