JOHOR BAHRU 30 Dis. - Warga bandar raya ini dijemput datang beramai-ramai memeriahkan sambutan Tahun Baru 2009 yang akan diadakan malam esok di Danga Bay di sini.
Program tahunan anjuran bersama Danga Bay Sdn. Bhd., dan Iskandar Malaysia itu akan menampilkan persembahan beberapa artis terkenal tanah air seperti Wings dan Kristal.
Bagi memeriahkan sambutan, pelbagai acara seperti permainan dan kuiz turut diadakan selain pertunjukan bunga api menjelang detik 12 tengah malam yang menjadi acara kemuncak sambutan berkenaan, kata Danga Bay dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional daripada berbilang kaum yang terdapat di negeri ini…
Ulasan: Dulu hanya manusia d Barat yang sibuk merayakan Sambutan Tahun Baru Masihi. Apakah kita maju dan hebat bila kita mengikut cara hidup mereka? Dengan hanya mengikut dan menjadi pak turut kita tidak akan mencipta sejarah. Apakah sebenarnya kemerdekaan? Sedih bila 9 bulan selepas perayaan Hari Merdeka, Hari Valentine dan Sambutan Tahun Baru selalunya akan lahirlah anak haram hasil perbuatan zina selepas perayaan. Takut nanti PM dan Menteri Besar kena jawab kerana tidak berusaha menghalang maksiat.
Injil tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu - Zahid
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Kerajaan akan menyekat sebarang usaha pengembangan agama Kristian termasuk penterjemahan kitab Injil ke bahasa Melayu yang bertujuan mengelirukan umat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, ia bertepatan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen Kawalan Dan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam.
Menurutnya, isu penterjemahan kitab Injil kepada bahasa Melayu sememangnya boleh menyebabkan kekeliruan istilah dan konsep ajaran Islam serta merosakkan akidah umatnya...
Ulasan: Memang pun demikianlah caranya untuk mengelirukan umat Islam. Kita umat Islam wajar di didik cara berdakwah dan mengajak orang yang belum Islam kepada Islam. Kalau kita tidak berdakwah kita akan di dakwahkanya dan di sesatkannya.
No comments:
Post a Comment