Monday, December 01, 2008

Mubarak: Ikhlas berpolitik atasi politik wang

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) mengakui keazaman berpolitik secara ikhlas adalah ramuan paling mujarab sekiranya mahu melihat politik wang dalam UMNO dibanteras seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sebagai langkah pertama, setiap peringkat di dalam UMNO perlu menanam kesedaran yang tinggi tentang bahayanya amalan politik wang atau rasuah politik terhadap masa depan parti…

Ulasan: Ikhlas berpolitik mesti datang dari hati yang bersih yang sukakan negara yang bersih, telus dan bebas.

Tambah nilai diri - Abdullah
PUTRAJAYA 25 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin negara akan mencapai lebih banyak kejayaan jika setiap rakyatnya mempunyai keazaman kuat untuk menambah nilai diri masing- masing.
Tegas Perdana Menteri, dengan menjadikan usaha menambah nilai sebagai budaya meneroka ilmu sedia ada dan baru, ia sekali gus bakal membuka peluang kepada rakyat untuk mengecapi kejayaan lebih gemilang.

''Kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan dan saya berpegang kuat bahawa manusia mempunyai kekuatan untuk menjadi kreatif…

Ulasan: Cakap dan buat sekaligus.

Asid benzoik dalam mi
PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini…

Ulasan: Sudah hampir 30 tahun, CAP bercakap perkara yang sama iaitu untuk kesejahteraan pengguna. Tetapi sayangnya pemantuan yang lemah dari pihak kerajaan yang kita lantik menjaga ehwal kita dan nampaknya mengutamakan pengilang atau pihak peniaga. Inilah kesan bila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna duduk di bawah satu bumbung. Kerana kemajuan ekonomi sanggup mengorbankan rakyat. Kita mohon pisahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri daripada Hal Ehwal Pengguna.

Wanita pam bayi ke dalam tandas
LONDON 25 Nov. - Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di Cardiff bahawa dia tidak sedar dia telah melahirkan dan secara tidak sengaja mengepam bayi tersebut ke dalam tandas.
Claire Jones memberitahu, dia tidak menyangka sakit perut yang dialaminya ketika itu adalah tanda-tanda untuk melahirkan.
Menurut Jones, dia tahu dia sedang hamil hasil hubungan dengan rakan sekerjanya namun tidak menyangka akan melahirkan ketika dia mengalami sakit perut yang disangkanya hanya cirit-birit biasa.
Katanya, dia hanya sedar dia sudah melahirkan apabila terlihat kaki bayi di dalam mangkuk tandas...

Ulasan: Anak zina kebiasaannya terbiar kerana itulah antara sebab Islam melarang melakukan zina iaitu hubungan seks tanpa nikah yang sah. Dimana pun zina juga hanya merosakkan maruah dan menzalimi wanita.

Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Nik Aziz
KOTA BHARU - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.
"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam…

Ulasan: Ruginya bila tidak menerima Islam di dalam kehidupan yang sementara ini walau sehebat mana pun kita.

President Gül hasn’t knocked on the top court’s door
Since he was elected to the post on Aug. 28, 2007, President Abdullah Gül has never once applied to the Constitutional Court to annul a package adopted by Parliament, unlike his predecessors, including the previous resident of Çankaya, Ahmet Necdet Sezer, who filed 26 applications to the Constitutional Court… (http://www.todayszaman.com, 25/11/08).

Comment: A great leader will not do unimportant things.

No comments: