KOTA BHARU 21 Dis. – Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan. Ketua Satunya, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, ini kerana PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang telah termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Menurut beliau, tindakan itu merupakan kemuncak kekecewaan Gapena, kalangan cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu selepas desakan supaya PPSMI tidak diteruskan, tidak mendapat maklum balas sewajarnya daripada kerajaan.
“Kami rasa ia akan diteruskan. Gapena sangat kecewa dan ia begitu menyeluruh, bukan sahaja kami tetapi kebanyakan cendekiawan Melayu lain seperti bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hasan Ahmad dan Profesor Diraja Ungku Aziz,” katanya…
Ulasan: Kalau betul ada kes, eloklah Gapena membawa kes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke mahkamah sebagai mewakili rakyat yang sayangkan bahasa kebangsaan. Cari peguam yang hebat dan ternama. Yurannya kalau Gapena tak mampu bolehlah kutip melalui internet.
Jangan emosional isu IJN
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Semua pihak diminta tidak terlalu emosional dengan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Bhd. kerana kajian mendalam mengenainya sedang dijalankan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kajian mengenainya kini dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.
"Jangan jadikan perkara ini satu isu kerana kerajaan telah umumkan pengambilalihan itu kini ditangguhkan. Ia sebenarnya tidak perlu dijadikan isu yang besar oleh mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi hari ini…
Ulasan: Rakyat menjadi emosional kerana perkara in melibatkan kebanyakan rakyat dan kerana kerajaan memberi kelulusan dulu melalui EPU lepas itu bila rakyat protes baru hennak buat kajian. Seolah-olah menguji kepekaan rakyat. Selepas pilihan raya umum ke 12 mengubah kepekaan rakyat terhadap perangai buruk BN/UMNO. Rakyat sudah jelak dengan kerenah kroni BN/UMNO mengaut khazanah negara secara tidak sah. Setakat tumpang seronok IJN pusat jantung bertaraf dunia tapi terlalu mahal bagi rakyat miskin apalah gunanya.
Kita harap rakyat akan hukum BN/UMNO dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan depan.
Nota: Rujuk berita 20/12/08 seperti berikut:- Swasta IJN ditangguh
PUTRAJAYA 19 Dis. – Kabinet hari ini menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan pada dasarnya cuma memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut tertakluk kepada aspek tanggungjawab sosial yang tidak akan dikurangkan sama sekali.
‘‘Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan, dalam erti kata tanggungjawab sosial akan disumbangkan oleh kerajaan.
‘‘Maknanya kerajaan tidak mengabaikan atau tidak akan mengorbankan tanggungjawab sosialnya sama sekali,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini.
Laporan akhbar hari ini menyebut konglomerat Sime Darby mengesahkan hasratnya mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN dan memberikan jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin…
No comments:
Post a Comment