Tuesday, December 16, 2008

Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa Kecuaian Manusia

(Penduduk setuju kenyataan Mohd. Zin)
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.
Pengerusinya, Datuk N. Muneandy berkata, Mohd. Zin merupakan individu yang paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa ini.
''Akhirnya, ada pihak yang menyokong pendirian kami bahawa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa bukan disebabkan oleh bencana alam," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.
Semalam, Mohd. Zin melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapati terdapat air hujan yang bertakung di Taman Bukit Mewah yang dipercayainya menjadi punca pada kejadian tanah runtuh di situ 6 Disember lalu.
''Saya percaya kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya kejadian alam semula jadi," katanya.
Pada 6 Disember lalu, empat mangsa terbunuh dan 14 lagi cedera apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dekat sini ranap dalam kejadian tanah runtuh…

Ulasan: Bila manusia melanggar undang-undang alam, tunggulah akibatnya. Ada orang membuat duit daripada pembangunan dan membayar kepada orang tertententu untuk meluluskannya yang kemudiannya runtuh lantas menyusahkan rakyat. Akan terus berlaku selagi BN/UMNO memegang kuasa pemerintahan negara dan negeri.

Lapan kes HIV setiap bulan
REMBAU 14 Dis. - Purata sebanyak lapan kes melibatkan jangkitan HIV baru dikesan setiap bulan di negeri ini, dengan majoritinya berpunca daripada perkongsian jarum suntikan dadah serta hubungan seks bebas.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Omar Mihat berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan sepanjang 11 bulan pertama tahun ini, sebanyak 98 kes jangkitan HIV baru dan 92 kes AIDS dikesan dengan 72 kes kematian dilaporkan.
Beliau turut memberitahu, jumlah terkumpul bagi kedua-dua kes berkenaan dari 1986 hingga November tahun ini adalah seramai 5,625 dijangkiti HIV manakala seramai 862 dikesan menghidap AIDS selain 607 kematian telah dicatatkan akibat penyakit berkenaan...

Ulasan: Terbukti lagi dan lagi bahaw manusia akan merana apabila mengengkari peraturan Allah. Mentaati peraturan Allah dalam hidup jalan terbaik untuk hidup bahagia.

Hamas sambut ulang tahun ke-21
BANDAR GAZA 14 Dis. - Beribu-ribu penyokong Hamas berhimpun di bandar ini hari ini untuk menyambut ulang tahun ke-21 penubuhan pergerakan itu.
Penyokong Hamas yang tiba dengan bas dari serata tempat di wilayah Genting Gaza membanjiri bandar ini sambil mengibarkan bendera Hamas.
Ketua pentadbiran Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh dijadual berucap pada perhimpunan tersebut lewat hari ini.
Ismail dijangka menyatakan pendirian Hamas berhubung perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang berakhir pada Khamis ini setelah berkuasa kuasa selama enam bulan…

Ulasan: Tahniah kerana kehadiranmu mengembalikan ruh perjuangan yang semakin luntur di kalangan ummat Islam.

No comments: