Sekolah satu sistem
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. “Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini…
Ulasan: Cadangan yang baik untuk masa depan yang indah. Tapi subjek Sains dan Matematik mesti diajar dalam bahasa Melayu kerana penggunaan Bahasa Inggeris hanya paksaan dari kerajaan Dr Mahathir dulu dan di teruskan oleh pemerintah BN yang kemudian tanpa sebarang kajian mendalam melibatkan pakar bahasa Melayu. Namun kita mengesyorkan supaya pengajaran bahasa Ingeris di pertingkatkan kualitinya.
PM arah peniaga turunkan harga
PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) memastikan harga barangan di negara ini diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dan ia mestilah merupakan barangan kegunaan harian rakyat.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik.
Menurut Abdullah, beliau telah memberitahu menteri berkenaan, Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa harga barang-barang yang diturunkan oleh peniaga mesti barangan yang digunakan setiap hari.
Terkini: Kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak enam kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.
Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para peniaga mengambil langkah mengurangkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya…
Ulasan: Siapa menang? Kerajaan yang semakin lemah bila ramai ahli politiknya berpaksikan rasuah.
Generasi muda jangan anjur program hiburan semata-mata
KUCHING 1 Dis. - Generasi muda di negeri ini dialu-alukan untuk merancang dan melaksanakan program berdasarkan inisiatif bagi membuktikan kreativiti mereka bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi dapat memberi faedah kepada umum.
Meskipun program yang mahu dilaksanakan itu bersifat hiburan, ia perlu disertakan dengan nilai-nilai keilmuan dan moral supaya program seumpama itu meninggalkan kesan yang positif kepada generasi muda pada masa ini…
Ulasan: Jangan persalahkan generasi muda saja. Generasi tua sewajarnya menunjukkan contoh tauladan yang baik terhadap generasi muda. Tapi semua kedudukan yang ada dalam kerajaan di pegang oleh generasi tua. Apakah semua program daripada semua kementerian dan semua jabatan kerajaan membawa kepada tamaddun yang lebih tinggi. Warna apa yang telah di semai?
Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment