Monday, December 22, 2008

Rusuhan antipolis berterusan di Greece

ATHENS 21 Dis. - Rusuhan antara kumpulan remaja dengan pihak polis masih berterusan di bandar raya ini sehingga malam tadi, sebagai membantah kejadian pembunuhan seorang remaja oleh polis dua minggu lalu.
Insiden pembunuhan itu telah mencetuskan rusuhan di seluruh negara ini.
Rusuhan kali ini tercetus di sekitar Athens Polytechnic di daerah tempat kejadian pembunuhan itu berlaku.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di daerah Exarchia iaitu lokasi Alexis Grigoropoulus, 15, ditembak mati oleh seorang anggota polis pada 6 Disember lalu, untuk menyertai protes yang dianjurkan kumpulan remaja yang menduduki kawasan tersebut…

Ulasan: Polis di mana-mana pun tidak pernah di berikan lesen untuk membunuh orang awam tanpa hak. Ingatkah lagi Peristiwa Memali 1985 dulu? Pemenangnya of course ialah pihak polis dari pelbagai cawangan. Sedih sekali kerana sekumpulan orang kampong di serang habis-habisan oleh polis menggunakan senjata canggih. Sayang pasukan polis di gunakan untuk kepentingan peribadi kerajaan BN. Seolah-olah tiada jalan lain untuk menamatkan masalah yang ada. Tapi mengapa sampai sekarang kes Memali tergantung?

Tingkatkan kawalan terhadap anak
BANGI Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan kawalan terhadap anak-anak terutama dengan sentiasa mengambil tahu di mana mereka berada bagi mengelakkan sesuatu yang buruk menimpa anak mereka itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood berkata, ini kerana jenayah boleh berlaku tanpa kira waktu dan tempat khususnya yang membabitkan kanak-kanak dan remaja perempuan.
"Ibu bapa perlu memastikan di mana anak-anak mereka berada dan tidak membiarkan mereka bersendirian di luar rumah tanpa pemantauan berterusan daripada mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Kepolisan Masyarakat di Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra di sini…

Ulasan: Untuk pasukan polis, janganlah membuang masa mengganggu perhimpunan aman rakyat. Bukankah lebih baik tenaga dan masa anda ditumpukan kepada menangkap para penjenayah yang sebenar. Di situlah letaknya kemuliaan uniform anda!
(Mohamed Hanipa Maidin, Kekuasaan polis ganti keluhuran Perlembagaan, Ha http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18347&Itemid=1, Dec 18, 08).

Membudayakan semula seni kuda kepang

KOTA TINGGI 21 Dis. - Tarian kuda kepang merupakan salah satu kebudayaan masyarakat Jawa yang sedikit masa lalu berkembang pesat khususnya ketika perayaan-perayaan seperti majlis perkahwinan, keraian dan sebagainya.
Namun begitu seni tersebut kini hampir tenggelam berikutan peredaran masa dan kemunculan teknologi maklumat yang semakin canggih hari ini.
Menyedari hakikat itu seorang aktivis tempatan telah menggerakkan semula tarian kuda kepang dengan menubuhkan persatuan. Lazimnya setiap persembahan mengambil masa sekitar setengah jam yang merangkumi pakej tarian kuda kepang, silat, dan pentol (watak yang memakai topeng)…

Ulasan: Perlu di pastikan persembahan terhindar dari unsur yang bertentangan dengan cara hidup kita, Islam. Elok juga di samping berkuda kepang, belia kita di ajar menunggang kuda, berenang dan memanah seperti hadith Rasulullah s.a.w.

No comments: