Wednesday, December 17, 2008

Saya tidak campur tangan selepas serah tugas Mac

PUTRAJAYA 16 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan…

Ulasan: Sepatutnya PM lebih bertanggungjawab dengan memilih pengganti yang lebih baik dari semua sudut. Bukan yang rakyat biasa pun tahu kelemahannya. Kepimpinan bukan warisan sesuatu parti.

Ibu bapa benar anak sertai kempen haram akan dikenakan tindakan
SUBANG JAYA 16 Dis. - Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas ibu bapa yang membenarkan anak mereka berusia bawah 18 tahun menyertai kempen Berbasikal Untuk Perubahan anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Rawang malam semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tindakan menghantar kanak-kanak berkenaan ke kempen haram, sama ada dengan persetujuan atau sebaliknya adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang…

Ulasan: Tiba-tiba polis sibuk dengan dengan perkara kecil (berbasikal untuk perubahan) melupakan perkara yang besar yang gawat kini (jenayah ragut, rompakan, rogol dsbnya) dalam negara kita. Wahai orang politik BN/UMNO eloklah hentikan penyalahgunaan polis untuk kepentingan sendiri, kroni dan parti kerana polis di bayar gaji dengan wang rakyat. Bersamalah kita mengubah kerajaan yang adil dan telus.

Naib Canselor: “Tambah graduan ijazah lanjutan, kurangkan pengambilan penuntut baru"
KUALA LUMPUR 17 Dis. — Universiti Malaya (UM) kini menukar tumpuannya terhadap pengajian ijazah lanjutan dengan menambah jumlah tempat kursus dan mengurangkan pengambilan penuntut ijazah pertama.
Naib Canselornya yang baru, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, langkah itu selaras dengan usaha universiti tersebut meningkatkan rankingnya pada Times Higher Education Supplement dalam masa dua tahun akan datang.
“Kami mahu graduan ijazah lanjutan yang ramai dan lebih baik serta mengurangkan jumlah bilangan penuntut ijazah pertama, agar kami boleh memperbaiki kualiti penyelidikan.
“Tumpuan kini ialah untuk menaikkan segera UM supaya kami boleh dapatkan semula liga ke-200 universiti utama di dunia menjelang dua tahun akan datang, katanya memberitahu Bernama dalam temubual di pejabatnya di sini…

Ulasan: UM sudah lupa dirinya sebagai universiti awam. Sepatutnya dahulukan yang utama. Atau sila bersaing di arena pengajian ijazah lanjutan sahaja untuk kita lihat kehebatan UM di mata dunia.

Perkahwinan Etnik Melaka
MELAKA 16 Dis. - Beberapa penduduk Kampung Bahagia, Klebang Besar di sini semalam, terkejut apabila melihat tiga pasangan pengantin lengkap berpakaian tradisional Melayu, Baba Nyonya dan Chetti diraikan dalam satu kenduri di sebuah rumah di kampung tersebut di sini semalam…

Ulasan: Apa-apa pun pastikan adab berpakaian dan pergaulan mengikut tatacara Islam. Pengantin olok-olok bukan ajaran Islam.

P. Pinang catat peningkatan mendadak penyakit malaria
PULAU PINANG 17 Dis. — Pulau Pinang mencatatkan peningkatan mendadak penyakit malaria apabila 175 kes dilaporkan sejak Januari hingga November tahun ini berbanding hanya 54 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 121 kes di mana penyumbang utama ialah warga asing.
“Menurut statistik Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 39 kes daripada 54 kes dikesan pada pekerja asing tahun lepas manakala sebanyak 153 kes daripada 175 kes dikesan pada golongan yang sama tahun ini,” katanya ketika berucap pada taklimat kesihatan berkaitan pekerja asing di sini, hari ini.
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk pendatang asing tanpa izin.
Katanya bagi penyakit tuberculosis (tibi) pula, ia menunjukkan penurunan apabila sebanyak 708 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun ini berbanding 882 tahun lepas.
Lim berkata, keadaan itu membimbangkan memandangkan statistik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan seramai 2.5 juta orang iaitu 25 peratus daripada tenaga kerja di negara ini adalah pekerja asing.
Katanya, paling membimbangkan ialah warga asing yang bekerja secara tidak sah di negara ini kerana mereka tidak menjalani pemeriksaan kesihatan berbanding yang bekerja secara sah.
“Jabatan Imigresen menyatakan dari Januari hingga 30 September tahun ini, jumlah pendatang tanpa izin yang ditahan ialah seramai 55,618 orang,” katanya.
Beliau berkata, perangkaan MEF menunjukkan Malaysia terpaksa membelanjakan peruntukan yang besar iaitu RM578 juta setahun bagi kemudahan kesihatan untuk warga asing. – Bernama

Ulasan: Selamatkan warganegara Malaysia.

No comments: