KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua bakal pengantin akan diwajibkan menjalani ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS, di Parlimen hari ini berkata saringan itu adalah sebahagian daripada kursus pra perkahwinan.
Katanya langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan peningkatan…
Ulasan: HIV an AIDS berjangkit melalui persetubuhan dan berkongsi jarum suntikan dadah. Elakkan zina dan jauhi dadah. Tapi apakah kerajaan BN/UMNO selama ini menyulitkan jalan zina dan pengambilan dadah? Melalaikan anak muda dengan hiburan akan menyebabkan zina dan dadah berkembang.
Perpaduan misi PM
KUALA LUMPUR: Selepas Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 diluluskan Parlimen, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi tumpuan pula terhadap misi terakhirnya untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat sebelum melepaskan jawatannya, Mac depan.
Perdana Menteri berkata, kemelesetan ekonomi dan jurang perbezaan di antara orang Melayu dan Cina serta India adalah ancaman terbesar yang dihadapi negara ini…
Ulasan: Sayang selama ini pemimpin politik UMNO pelbagai peringkat mengaut harta kekayaan daripada khazanah negara melalui kroni melupakan perjuangan sebenar UMNO. Lima puluh tahun UMNO sebagai parti utama memerintah negara tapi perjuangan masih tidak selesai. Yang pastinya cuma pemimpin UMNO datang dan pergi, bertukar lagi dan lagi membohongi rakyat lagi dan lagi.
Tidak berhasrat melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
PM berkata beliau tidak berhasrat melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Penahanan untuk mencegah mempunyai peranan dalam mana-mana masyarakat dan dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi pemimpin sesebuah negara juga amat perlu berhati-hati bagaimana untuk mengamalkan undang-undang ini," katanya…(BH, 18/12/08, sebahagian dari berita bertajuk: Perpaduan misi PM).
Ulasan: Tangkap dan sila bicarakan di mahkamah. Terbukti kebanyakan
soalan-soalan dari pegawai penyiasat dan SB (kedua-duanya dari polis) adalah tidak relevan dan membodohkan @ mematikan semangat mengubah kerajaan yang lebih adil dan telus. Polis tentu tahu bahawa gaji mereka di bayar dengan wang rakyat...
Ambil alih aset air tak rugikan negeri
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghadapi masalah berikutan pelaksanaan inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air, sebaliknya bakal memberi banyak manfaat kepada negeri dan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif itu akan menjadikan operator air negeri entiti aset ringan yang membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rawatan dan pengagihan air, sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan air lebih berkesan.
Beliau berkata, dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai satu-satunya pihak mengurus infrastruktur air negara, ekonomi bidangan boleh dicapai dan segala penjimatan akan diagihkan kembali kepada rakyat menerusi kadar tarif air yang berpatutan…
Ulasan: Semuanya bermula bila rakyat tidak percayakan kerajaan BN sekarang dan selamanya berdasarkan pengalaman pahit lalu di mana orang politik UMNO pelbagai peringkat mengaut harta kekayaan daripada khazanah negara melalui jalan tidak sah.
Tiga warga Bangladesh rentung kilang terbakar
SUNGAI BULOH: Tiga pekerja warga Bangladesh rentung, manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran kilang perabot Hwi Chuan Enterprise Sdn Bhd, di Jalan Welfare, Kampung Baru di sini awal pagi semalam.
Pengarah Bomba Selangor, Soiman Jahid, berkata kebakaran dipercayai berlaku jam 1 pagi dan kerugian dianggarkan RM13.3 juta.
Mangsa yang terkorban ialah Abdul Quiyum, 25; Abdul Latif, 23; dan Abu Douyub, 26, manakala pekerja yang cedera belum dikenal pasti identitinya…
Ulasan: Tiga nyawa orang yang se agama dengan kita melayang. Apakah prosedur mencegah dan mengadapi kebakaran di laksanakan di kilang tersebut? Nyawa manusia walaupun seorang dimana saja adalah terlalu mahal… Semoga siasatan dan tindakan yang adil dan telus di jalankan secepat mungkin.
Anwar dakwa Kabinet tidak bantu pulih imej kehakiman
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) semalam mendakwa anggota Kabinet hanya berdiam diri dan tidak memainkan peraanan dalam usaha memulihkan imej sistem kehakiman dan undang-undang negara.
Sambil menegaskan usaha mempertingkatkan kewibawaan sistem kehakiman mesti dibuat secara berterusan, beliau kecewa kerana mendakwa usaha itu hanya didukung oleh Perdana Menteri seorang.
"Anggota beliau (Kabinet) lain hanya berdiam diri," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008, di Dewan Rakyat di sini semalam…
Ulasan: Mari kita perhati kiri dan kanan. Nyatalah hampir-hampir tiada lagi Mr Good dalam UMNO kini kerana masing-masing terpalit dengan mengaut harta secara tidak sah. Ada yang tidak setuju?
No comments:
Post a Comment