KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) -Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno serta merta malam tadi. Iklan
Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Presiden Umno berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam tadi.
Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional KeADILan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan. Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM)....
Ulasan: Nampaknya UMNO mengguna kuasa memecat bila sudah ia sudah nazak. Imbas kembali: Laporan Biro Pencegah Rasuah (BPR) oleh Dato Mazlan Harun, Selasa Ogos 5hb, 2008 berkaitan surat Kaptan (Bersara) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Surat yang bertarikh 11hb Julai 2008 itu mendedahkan salahguna kuasa pemilihan dan rasuah yang berlaku dalam pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah sendiri. Sudah tiga bulan berlalu, masih tiada berita. Apa ulasan dari BPR (yang sudahkah bebas dari ketiak PM)?
Pendapatan negara mungkin terjejas penurunan minyak: PM
KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Sekiranya harga minyak turun mendadak, pendapatan akan terjejas kerana peratusan pendapatan dari minyak adalah tinggi.
"Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, di sini, malam tadi…
Ulasan: Selamat menyelamatkan pendapatan negara. Jangan hanya seronok bila ekonomi baik dan pendapatan berkembang.
No comments:
Post a Comment