Wednesday, December 31, 2008

Gaza terus bermandi darah

BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.
Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.
Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.
Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut…

Ulasan: Paling tidak kita perlu berdoa supaya Allah berikan kemenangan kepada penduduk Palestin yang telah 50 tahun tertindas di tanah sendiri. Sama-samalah kita membantu mereka dalam berbagai cara yang ada.

Demonstrasi di seluruh dunia kutuk Israel
LONDON 29 Dis. - Beberapa bandar utama di dunia mengadakan demonstrasi semalam memprotes serangan udara Israel ke atas Genting Gaza, yang membunuh lebih 300 orang penduduk Palestin.
Awal semalam, Setiausaha Luar Britain, David Miliband mendesak agar "gencatan senjata diadakan dan pemberhentian segera semua keganasan" di Gaza.
Seruan serupa turut dibuat oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang telah berhubung dengan rakan sejawatannya di Israel, Tzipi Livni.
Diplomat tertinggi Itali dan Sepanyol, Franco Frattini dan Miguel Angel Moratinos turut bercakap melalui telefon dengan Livni yang mengatakan "Israel akan cuba mengehadkan kesengsaraan penduduk Gaza.
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dalam perbualan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas juga menyatakan kebimbangan mengenai keganasan di rantau itu dan kedua-dua pihak perlu menghentikan serangan…

Ulasan: AS seperti biasa akur terhadap tindakan regim Israel menggunakan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Bersama gerakkan pergerakan kebenaran melawan dan mengalahkan kekuatan senjata (Toward Right Against Might).

No comments: