Wednesday, December 31, 2008

Selebriti Bercerai: Misteri, Rahsia dan Pelik!

Hajat di hati ingin bersama kalau boleh hingga ke hujung nyawa tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu.
Mungkin itu yang selalu dirasakan oleh mereka yang kecundang melayari bahtera rumahtangga. Walau berapa talak yang diberi, momen indah tetap terpahat di dalam hati.
Tidak wajar menuding jari, baik suami atau isteri kerana bertepuk tangan sebelah tidak berbunyi. Lagipun, tiada siapa yang inginkan penceraian, apatah lagi jika ada anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban.
Rata-rata kehadiran orang ketiga menjadi penyebab rumahtangga bergolak dan akhirnya pecah. Tapi ada juga yang masih bertahan sungguhpun si suami bermain kayu tiga…
(http://pasbagandatoh.blogspot.com/2008/12/selebriti-bercerai-yang-misteri-rahsia.html)

Ulasan: Kejayaan dan kebahagiaan kita di dalam hidup ini dan di akhirat nanti bergantung hanya di atas ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t mengikut cara hidup Rasulullah s.a.w. Jangan terleka dan tertipu dengan perhiasan dunia yang mengasyikkan dan mengkagumkan tapi semuanya hanyalah sementara cuma.

No comments: