Monday, December 01, 2008

Jangan campur urusan polis - Musa

PULAU PINANG 27 Nov. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan ahli-ahli politik supaya tidak mencampuri urusan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tugas penguatkuasaan yang dijalankan.
Beliau berkata, sebagai contoh, ada di kalangan mereka yang menghantar surat kepada polis meminta supaya dikurangkan saman kepada orang awam atas pelbagai kesalahan.
"Malah terdapat juga sesetengah mereka yang berjumpa dengan pegawai polis dengan membawa 100 saman dan meminta kami supaya membatalkannya berikutan pesalah tidak mampu untuk membayar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pertama Forum Kelima Jenayah dan Kepolisan, Memperbetulkan Persepsi Tentang Peningkatan Kadar Jenayah dan Mengembalikan Keyakinan Masyarakat Pada PDRM di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini…

Ulasan: Laksanakan undang-undang seadanya tanpa layanan istimewa kepada sesiapa hatta kepada PM. Persepsi masyarakat kepada polis bergantung kepada apa yang di laksanakan oleh polis.

125 maut serangan di Mumbai
MUMBAI 27 Nov. – Seramai 125 orang terbunuh, manakala 287 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas dua buah hotel mewah, hospital, stesen kereta api dan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di bandar raya ini sejak malam tadi.
Setakat ini, masih belum jelas siapakah dalang di sebalik kejadian itu, namun Perdana Menteri, Manmohan Singh menyalahkan kumpulan pejuang Islam di kawasan sempadan sebagai suspek utama.
Kumpulan kecil militan lengkap bersenjata melepaskan tembakan rambang dan melontar bom dalam serangan ke atas kedua-dua hotel mewah tersebut, sebuah hospital dan sebuah stesen kereta api sejak lewat malam tadi serta sebuah kafe popular yang kerap dikunjungi pelancong asing…

Ulasan: Hebat kerana perancangannya tidak di hidu oleh pemerintah. Kenapa orang awam menjadi mangsa? Kumpulan militan selalunya menjadi hanya field operators dan selalunya di bekalkan senjata oleh pihak lain yang mengambil untung hatta membunuh rakyatnya sendiri..

149 kes rogol babitkan remaja
SEREMBAN 27 Nov. - Sebanyak 149 kes rogol membabitkan golongan remaja dilaporkan berlaku di negeri ini sepanjang tahun lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd. Samad Ibrahim (BN-Sri Menanti), daripada jumlah itu, 93 kes melibatkan mangsa berumur di bawah 16 tahun manakala 27 suspek berusia di bawah 18 tahun.
Beliau berkata, daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 58 kes diikuti oleh Port Dickson (24 kes), Jempol (23 kes), Kuala Pilah (18 kes), Tampin (13 kes), Rembau (lapan kes) dan Jelebu (lima kes).
''Kerajaan negeri memandang serius terhadap gejala rogol di kalangan remaja dan sentiasa berusaha membendungnya," jelasnya semasa menjawab soalan Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari ini.
Abd. Samad berkata, pendekatan bersepadu berasaskan ajaran Islam merupakan satu kaedah paling berkesan bagi menangani gejala tersebut.
Selain itu ujar beliau, tapisan serta kawalan yang ketat perlu dilaksanakan terhadap media massa, cetak dan elektronik untuk mengelakkan remaja terpengaruh dengan unsur-unsur lucah.
Katanya lagi, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di negeri ini diminta mengambil inisiatif yang lebih serius terhadap isu rogol melibatkan remaja….

Ulasan: Rogol kebanyakannya melibatkan pemain utama iaitu lelaki. Kerajaan terutama persekutuan sepatutnya serius menutup jalan kearah zina secara paksa (rogol) dan sukarela ini. Jangan hanya bercakap tapi laksanakan sesuatu yang bermakna kerana kerajaan memegang kuasa membuat undang-undang dan laksanakan. Kalau benar kenapa masih sama dan bertambah kes zina? Apalah makna berkuasa tetapi tidak menggerakkan rakyat supaya menjauhi zina?

No comments: