PUTRAJAYA 29 Dis. - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H, Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW oleh satu laman blog tempatan baru-baru ini sebagai biadap dan kurang ajar.
Mufti Perak itu berkata, selama ini umat Islam tidak pernah membuat kenyataan yang menghina dan mengeji agama lain di negara ini.
''Walaupun orang Islam menganggap agama Islam adalah benar dan agama-agama lain tidak benar namun kita tidak pernah kata (ungkapkan) itu secara terbuka kepada penganut agama terbabit.
''Umat Islam amat menghormati agama-agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama Islam sendiri dan berdosa kalau kita berbuat demikian," katanya…
&
Sukar mengawal kemasukan blog palsu
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukar mengawal kemasukan blog-blog palsu berikutan penggunaan Internet pada masa ini yang sangat meluas.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya SKMM, Mohamed Sharil Tarmizi berkata, SKMM juga tidak berhak melarang mana-mana individu untuk membuka pelbagai jenis blog kerana itu hak mereka.
Beliau berkata, SKMM tidak berupaya untuk memantau secara menyeluruh individu-individu yang membuka blog secara palsu iaitu dengan menggunakan identiti orang lain.
"Perkara seperti ini akan berterusan, ia tidak boleh dikawal sepenuhnya kerana penggunaan Internet terlalu meluas.
"SKMM hanya boleh menutup blog-blog yang didapati benar-benar palsu serta diragui dan seterusnya mengenakan tindakan mengikut kesalahan-kesalahan tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini…
Ulasan: Sewaktu kita masih berkuasa, lakukan yang terbaik untuk membantu agama Allah.
No comments:
Post a Comment