PUTRAJAYA 27 Nov. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap siasatan Lembaga Disiplin UMNO berhubung politik wang dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti Mac depan agar mereka yang bersalah boleh digugurkan daripada bertanding…
Ulasan: Apakah semudah itu UMNO akan bertindak?
Pejabat baru PM Thai ditawan
BANGKOK 25 Nov. – Penunjuk perasaan antikerajaan mengepung pejabat sementara Perdana Menteri, Somchai Wongsawat di lapangan terbang lama, Don Muang di pinggir Bangkok untuk hari kedua hari ini, dalam usaha nekad untuk menumbangkan kerajaan.
Ribuan penunjuk perasaan berpakaian kuning menguasai Don Muang, tempat Somchai dan Kabinetnya menjalankan pentadbiran selepas aktivis menduduki Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri sejak Ogos lalu…
&
Krisis di Thailand makin meruncing
BANGKOK 26 Nov – Krisis politik di Thailand semakin meruncing dengan penunjuk perasaan antikerajaan terus mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada hari ketiga hari ini, selain dicemari dengan kejadian tembakan dan beberapa letupan bom…
Ulasan: Tahniah kepada rakyat Thailand yang sanggup mati demi mencari pemimpin yang bersih.
Yim Pek Ha didapati bersalah cederakan Nirmala Bonat
KUALA LUMPUR 27 Nov. — Suri rumah, Yim Pek Ha, 40 hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas, empat tahun lalu.
Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan dilakukan sendiri oleh wanita dari Indonesia seperti yang didakwa oleh Yim…
Ulasan: Sampai hati bangsa Malaysia mendera pembantu rumah. Apa halnya pembantu rumah yang menjadi perempuan simpanan kepada majikan lelaki atau anak2 lelaki. Berhati-hatilah bila kita ada pembantu rumah…
Selangor tolak cadangan Pas haram jual arak
SHAH ALAM 26 Nov. - Usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari depan tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut Pas melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor.
Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan…
Ulasan: Sekiranya kita sayangkan rakyat terutamanya kanak-kanak sebagai generasi baru masa depan eloklah hentikan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam dan pasaraya dan pasar hyper kerana ia tidak perlu. Biarkan peminat-peminat arak susah sedikit mencarinya.
No comments:
Post a Comment