KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu.
"Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar.
"Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini…(Harakahdaily, Dec 23, 08).
Ulasan: Semua rakyat tahu bahawa PPSMI hanyalah idea Dr Mahathir sewaktu dia menjadi PM dulu dan tidak pernah di bincangkan, di debatkan atau di simposiumkan di kalangan pakar bahasa. Yang ada waktu itu hanyalah mengikut kata arahan bos kerana takutkan gaji melayang. Bila yang tua si pemegang amanah takut kesannya kepada genrasi akan datang. Cukuplah kesilapan lalu, mari kita perjuangkan semula supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik seperti dulu.
200,000 pemerhati pantau pilihan raya Bangladesh
DHAKA 22 Dis. - Lebih 200,000 pemerhati tempatan dan asing akan memantau pilihan raya di Bangladesh pada minggu depan, sekali gus menjadikannya proses demokrasi yang paling ketat dipantau dalam sejarah pilihan raya negara ini.
Jurucakap suruhanjaya pilihan raya, S.M. Asaduzzaman berkata, pemerhati asing termasuk dari Kesatuan Eropah (EU), Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah meliputi lebih 500 daripada jumlah tersebut.
Tambah beliau, sesiapa saja yang mempunyai status sebagai pemerhati adalah bebas untuk melawat pusat pengundian di seluruh negara…
Ulasan: Kalau ini pun berlaku di negara kita pun elok juga. Dapatlah kita berbangga pilihan raya yang bersih dan adil.
Pemuda Afrika kurung, rogol kekasih
GOMBAK: Seorang wanita yang baru keluar dari sebuah pusat kebajikan, dikurung dan dirogol selama seminggu oleh seorang lelaki Afrika yang juga kenalannya selepas memperdayakannya sebelum diselamatkan polis di sebuah pangsapuri di Kepong, di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan wanita yang berusia 34 tahun seorang yatim piatu itu keluar dari pusat kebajikan terbabit secara rela selepas dipelawa suspek untuk mendapatkan kehidupan lebih baik.
Jurucakap polis berkata, suspek berusia 30-an kemudian mengajak mangsa tinggal sementara di rumahnya sehingga mendapat pekerjaan tetap dan penginapan yang selesa…
Ulasan: Zina samada secara paksa (rogol) atau kerelaan sendiri biasanya berlaku
bila peluang terbuka. Berhati-hati kalau benar-benar mahu menjauhinya. Zina hanya merendahkan martabat wanita.
No comments:
Post a Comment