BAITULMAQDIS 11 Feb. - Israel menghadapi situasi politik yang tidak menentu apabila tidak ada parti yang mencapai kemenangan mutlak pada pilihan raya Parlimen Israle, hari ini.
Menteri Luar, Tzipi Livni yang memimpin Parti Kadima hanya memenangi 29 kerusi, manakala bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang mengetuai Parti Likud memenangi 28 kerusi.
Tanpa pemenang mutlak, peranan pencatur kuasa kini terletak pada seorang pemimpin ultranasionalis yang anti-Arab, yang juga bekas anak didik Netanyahu, Avigdor Lieberman setelah partinya, Yisrael Beiteinu memperoleh empat kerusi tambahan dalam pilihan raya bagi menguasai 15 kerusi di Parlimen daripada keseluruhan 120 kerusi.
Memandangkan Parti Kadima dan Parti Likud gagal memperoleh majoriti yang jelas, masing-masing tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.
Namun dengan parti-parti berhaluan kanan menambah kerusi mereka di Parlimen, Netanyahu memiliki peluang lebih cerah untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan sekutu-sekutunya yang sehaluan itu…
Ulasan: Setakat ini, siapa saja yang menjadi PM Israel akan terus menggunakan tenteranya dan jentera kerajaan untuk mengganyang bangsa Palestin seperti biasa yang di lakukan sepanjang 60 tahun Palestin terjajah.
Kita selaku rakyat yang merdeka sewajarnya menyokong dalam sebarang bentuk (yang halal) supaya Palestin BEBAS dan MERDEKA dari penjajah Israel. Bersama-samalah kita menyokong Boikot Israel Aphartied.
PBB tubuh Lembaga Siasatan
NEW YORK 11 Feb. – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam, mengarahkan siasatan dijalankan mengenai serangan Israel ke atas kemudahan PBB semasa konflik di Genting Gaza baru-baru ini…
Ulasan: Sampai bila dunia boleh menerima kekejaman Israel tanpa sebarang hukuman? Israel seolahnya hebat mempermainkan badan dunia itu kerana di sokong penuh oleh kuasa besar dunia iaitu AS dan sekutunya. Rakyat yang marhain dan terzalim doakan kemusnahnnya.
No comments:
Post a Comment