KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Sasterawan Negara, A.Samad Said kesal dengan budaya rasuah yang melanda Umno mutakhir ini yang baginya semakin parah. Iklan
Paling dikesali, pihak berkuasa hanya mengambil tindakan ke atas perasuah yang merasuah sekitar ratusan ringgit, sedangkan pemimpin yang merasuah hingga jutaan ringgit dibiarkan terlepas, katanya.
Walaupun beliau menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan ke atas beberapa ahli dan pimpinan bawahan Umno yang terbabit dengan rasuah.
Namun, kelompok yang lebih tinggi yang merasuah dengan wang yang lebih banyak tidak pun dikenakan tindakan dan ini dikesali, kata A.Samad Said.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu wawancara ekslusif bersama Harakah di Kuala lumpur bagi mengulas isu rasuah yang melanda Umno hari ini.
"Rasuah ini yang bawah itu memberi dengan nilai yang kecil kerana ianya juga datang dari yang atas yang mempunyai dana yang besar," katanya.
Sambil kesal dengan perjuangan Umno mutakhir ini yang meminggirkan persoalan hak Melayu, beliau turut kecewa dengan kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tersilap memilih pemimpin yang menggantikannya, biarpun beliau berpengalaman memerintah selama 22 tahun, tetapi beliau mengakui silap memilih pengganti apabila memilih Abdullah Badawi ini," katanya.
Ulasan: 50 tahun berlalu selepas merdeka, negara penuh dengan kebobrokan BN/UMNO. Cukuplah dan eloklah BN/UMNO ketepi sebab ada Pakatan Rakyat yang mendahulukan rakyat mahu ke depan untuk memerintah Malaysia yang adil, bebas, telus dan sifar rasuah. Sesuatu parti boleh datang dan pergi, tapi rakyat dan negara mendapat manfaatnya.
No comments:
Post a Comment