Monday, August 30, 2010

BN oh BN: Hanya 30 peratus dapat air bersih

MIRI 29 Ogos - Terdapat lebih 82,000 penduduk di Baram. Namun hanya 30 peratus daripada mereka menikmati bekalan air bersih manakala bekalan elektrik pula 20 peratus.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air), Sylvester Entri Muran berkata, selain liputan bekalan air dan elektrik yang belum luas, penduduk di kawasan Baram juga memerlukan akses jalan raya yang baik...

Ulasan: Sejak merdeka Sarawak yang juga menghasikan minyak di perintah oleh BN. BN hendak 53 tahun lagi untuk habiskan hasil mahsul Sarawak ke?

Hanya mainan politik pembangkang

BERA 29 Ogos – Keupayaan Felda menyediakan peruntukan lebih RM37 juta membayar duit raya kepada peneroka di seluruh negara tahun ini telah menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang bahawa agensi itu bankrap adalah tidak benar...

Ulasan: Eloklah kerajaan dan Felda menjawab di mahkamah nanti.

Golongan Huffaz mampu jadi penggerak pembaharuan masyarakat

REMBAU 29 Ogos - Para penghafal al-Quran akan terus diberi pengiktirafan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dalam usaha meramaikan bilangan mereka di negara ini.

Pada masa yang sama juga, golongan penghafal al-Quran ini diharap dapat menjadi penggerak kepada pembaharuan masyarakat yang berlandaskan fahaman agama mengikut acuan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki berkata, sesuai dengan tema sambutan "Huffaz Dinamik-Memperkasa Generasi Quranik" ini, menjadi harapan supaya lebih ramai lagi di kalangan generasi muda khususnya, selain umat Islam keseluruhannya memahami isi kandungan al-Quran selain menghafalnya.

"Seharusnya para huffaz yang dinamik merupakan mereka yang bertenaga dan mempunyai kekuatan, ada keupayaan untuk keluar dalam arena dakwah serta memberi tunjuk ajar kepada seluruh umat Islam terhadap kesucian kalam al-Quran," katanya kepada pemberita di Kompleks YSNS, Bukit Sembilan, Chengkau, di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memberitahu, golongan penghafal al-Quran ini hendaklah sanggup berada dalam masyarakat, selain mempunyai cita-cita besar yang jitu serta berkeluasan dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga layak digelar "asatizah" (ustaz).

Kata beliau, tugas menjaga al-Quran ini merupakan amanah paling besar kerana jika benar mereka mahu menyempurnakan tanggungjawab itu, maka banyak pengorbanan perlu dilakukan termasuklah perihal yang mencakupi urusan seperti berehat kerana mahu mengulang bacaan al-Quran dan memahaminya setiap masa.

Tambah Sheikh Muhammad Fuad lagi, sempena program Ihtifal Takrim Huffaz al-Quran 2010 yang dianjurkan YSNS, Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) dan Darul Quran ini, pengiktirafan juga diberikan kepada para huffaz dari seluruh negara.

Hadir sama Yang Dipertua YSNS, Mohd. Shukor Sabudin; Timbalannya, Dr. Yusri Mohamad dan Pengerusi Lembaga Pengelola STIAS, Malizan Mahmod.

"Program ini dirangka bagi merealisasikan anjuran Nabi Muhammad SAW untuk memuliakan golongan huffaz (penghafal al-Quran). 

"Kita sedia maklum golongan huffaz mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dan layak diraikan di mata masyarakat," ujar beliau...

Ulasan: Selagi mereka tidak menjilat umarak BN/UMNO. Bersama lawan tetap lawan sehingga Islam menang.

Pelakon Israel boikot penempatan haram

BAITULMAQDIS 29 Ogos - Sekumpulan 57 aktor dan dramatis Israel enggan membuat persembahan di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sebagai membantah dasar pendudukan Israel di wilayah Palestin.

Boikot itu dilancarkan hanya beberapa hari sebelum rundingan damai langsung Israel-Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS) disambung semula di Washington.

Sejumlah 57 tokoh teater hari ini menandatangani petisyen untuk melancarkan boikot itu, didorong oleh rancangan untuk membuka sebuah teater tajaan kerajaan di Ariel, antara kawasan penempatan haram Yahudi terbesar di Tebing Barat...

Ulasan: Sehinggakan pelakon Israel membantah dasar pendudukan Israel di wilayah Palestin selama ini.


Bunuh tunang: Lelaki dihukum mati

ALOR SETAR 29 Ogos – Seorang penjual alat gas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang merupakan tunangnya empat tahun lalu...

Ulasan: Rupanya manusia wajar menahan marah seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Apa-apa hal, bawa berbincang bersama keluarga.

Meletus selepas 400 tahun

JAKARTA 29 Ogos - Sebuah gunung berapi di Sumatera Utara, barat Indonesia menghamburkan lahar dan pasir panas jauh ke udara awal hari ini dalam letusan pertamanya dalam tempoh 400 tahun, memaksa 12,000 penduduk melarikan diri...

Ulasan: Gunung itu taat sepenuh kepada Allah. Kita bagaimana?

"Penyebar Fikiran Rakyat" sudah jadi "Peracun Fikiran Rakyat"

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bagaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS….

Ulasan: Pelik juga akhbar perdana Utusan Malaysia sanggup memfitnah PAS dengan melaporkan berita yang salah. Akhbar yang berlogokan "Penyebar Fikiran Rakyat" nampaknya sudah menjadi "Peracun Fikiran Rakyat" atau pun “Penyebar Fikiran Rakyat Songsang”. 

Merdeka: Bebaskan bangsa dari penjajahan minda

SHAH ALAM, 30 Ogos: Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Di dalam hal ini, ujarnya, bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan demikian ketika menyampaikan tazkirah sempena Ramadhan sebelum majlis berbuka puasa di Markas PAS Seksyen 18 dekat sini petang semalam. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku Yang Dipertua dan AJK PAS kawasan.

Tambahnya, penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

“Justeru, inilah masa terbaik untuk umat Islam bermuhasabah diri dan kembali mengambil jalan Islam apatah lagi di dalam bulan Ramadhan ini yang penghujung natijahnya, semua umat Islam mengharapkan mendapat anugerah takwa,” ujarnya.

Sementara itu di dalam satu lagi majlis selepas itu, Tuan Guru menyatakan, hanya dengan Islam sahaja bangsa Melayu akan mendapat kekuatan baharu yang kehilangan sejak sekian lama akibat tersalah memilih wadah perjuangan siasah.

Menurutnya, ketika zaman Nabi Muhammad, semua kaum dan bangsa dapat berhimpun di bawah payung Islam di Madinah dalam keadaan semua bangsa lain boleh hidup dalam keadaan aman damai sedangkan Islam berkuasa di situ.

“Inilah keadilan yang Islam perjuang dan berjaya tunjukkan serta memberikan hak kepada semua yang berhak termasuk tidak mengganggu gugat kehidupan bukan Islam ketika itu, inilah juga iktibar yang mesti dilihat oleh umat Islam masa kini,” tambahnya.

Ketika mengungkapkan kisah kenapa Nabi berhutang dengan Yahudi, tidak dengan ramai sahabat yang kaya, Tuan Guru Presiden menyebutkan bagaimana hasil bergaul baik dengan mereka yang bukan Islam menyebabkan mereka menganut Islam kerana terpikat dengan akhlak Islam.

Begitu juga ketika Peristiwa Pembukaan Kota Makkah, Nabi memerdekakan semua mereka yang tewas dengan pengampunan dan pembebasan sekaligus menolak dakwaan Islam ganas sedangkan di dalam revolusi selain Islam, meragut jutaan nyawa termasuk mereka yang tidak berdosa.

Dengan sikap terbuka dan rahmatnya mendahului tindakan yang ditunjukkan oleh Nabi itu, Islam telah berjaya menarik sokongan banyak pihak dari bangsa yang berbagai seperti Salman AlFarisi, Suhaib Ar-Rumi dan Bila AlHabsyi termasuk bukan Islam yang hidup aman sejahtera.

Ulasan: Mari kita bebaskan Malaysia dari penjajahan BN/UMNO sejak merdeka. Kita tinggalkan politik etnik BN yang mengharubirukan negara. Kita ambil politik baru yang berteraskan keadilan.


Friday, August 27, 2010

Haramkan minuman ringan beralkohol

CAP minta kerajaan haramkan minuman ringan beralkohol
2010/08/24 GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak. 
 
"Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar di sini. 
 
Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.

"Kerajaan harus memandang serius penjualan minuman itu kerana undang-undang negara dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol adalah dilarang kepada golongan berumur bawah 18 tahun," katanya.

Idris berkata, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu. - BERNAMA

Ulasan: Selamatkan generasi akan datang dari menggemari arak.

10 pembohongan besar media berkenaan Israel

http://haluanpalestin.haluan.org.my  

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Hukum syariah mampu atasi gejala sosial

ALOR SETAR, 19 Ogos: Hanya undang-undang syariah yang mampu untuk mengatasi masalah gejala sosial yang sedang menjadi satu serangan besar kepada masyarakat dan rakyat negara ini kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria sebagai mengulas masalah pembuangan bayi yang semakin ketara kini.

Menurut beliau lagi, undang-undang syariah bukan saja mampu untuk menghukum pesalah tetapi juga berperanan mendidik serta memberi pelajaran kepada masyarakat supaya menghindari perbuatan tersebut.

"Pelaksanaan undang-undang syariah yang begitu longgar adalah antara punca pelbagai gejala sosial semakin berleluasa di dalam negara ini. Ia juga membuktikan Kerajaan Pusat yang sedia ada gagal dan lemah kerana sering akur kepada desakan segelintir pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya untuk mempertahankan hak asasi manusia," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, masalah keruntuhan moral yang begitu meruncing dalam negara menunjukkan ianya adalah satu kegagalan kepimpinan Kerajaan Pusat yang enggan merujuk kepada undang-undang Islam yang mana ia mampu memberi kesejahteraan kepada seluruh umat manusia.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak 257,000 bilangan anak luar nikah bagi tempoh 2005 hingga 2008 telah didaftarkan.

Jumlah ini juga mempamerkan betapa seriusnya gejala sosial yang berlaku dalam negara akibat daripada kegagalan pihak berwajib untuk melaksanakan undang-undang syariah sepertimana yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Tambahnya lagi, undang-undang syariah amat jelas kerana ia adalah bagi menjaga agama, nyawa, keturunan, maruah, akal serta harta benda.

"Oleh kerana itu maka pelaksanaan hukuman lebih berat sepertimana yang diuar-uarkan kebelakangan ini sepatutnya dikaji semula supaya ia tidak akan menimbulkan kesulitan lain pada masa yang datang," ujarnya lagi.


PBB desak Israel benar tapak nuklear diperiksa

BAITULMAQDIS 25 Ogos - Ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini berada di Israel untuk mengusahakan resolusi mendesak rejim Zionis itu membenarkan tapak nuklearnya diperiksa oleh badan dunia itu dan menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), lapor stesen Israeli TV, semalam.

Pegawai kerajaan Israel mengesahkan kepada Channel 10 TV bahawa Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano akan membangkitkan kebimbangan beberapa negara anggota badan itu mengenai dakwaan kemampuan nuklear Israel.

Amano tiba di Israel dua hari lalu dalam lawatan berprofil rendah selama tiga hari merangkumi pertemuan dengan Presiden Shimon Peres hari ini dan Timbalan Perdana Menteri, Dan Meridor yang juga Menteri Tenaga Atom.

Israel adalah satu daripada tiga negara di dunia termasuk India dan Pakistan yang tidak menandatangani NPT dan secara meluas dianggap sebagai satu-satunya kuasa nuklear walaupun ia tidak pernah disahkan atau dinafikan secara rasmi….

Ulasan: Kalau benar PBB berkuasa, eloklah memeriksa tapak nuklear Israel.

Hasrat berpurdah sudah lama

SELAMA ini hanya kedengaran berita saja yang isteri kepada penyanyi dan pendakwah bebas, Akhil Hayy, Waheeda kini sudah berpurdah.

Foto-fotonya juga diedarkan secara meluas menerusi internet.

Namun, tuan punya badan tidak pula memberi sebarang reaksi, sebaliknya, dia lebih senang berdiam diri.

Bagi pelantun lagu Wassini itu, adalah lebih manis jika dia berdiam diri dan memberi tumpuan pada rumah tangga berbanding daripada melayan pertanyaan mereka yang kurang senang dengan personaliti terbarunya itu.

Kata Waheeda, dia tidak pernah mengambil kisah dengan dakwaan kononnya keputusannya berpurdah untuk mengelakkan diri daripada pandangan umum .

Selepas bernikah dengan Akil setahun lalu, Waheeda atau nama sebenarnya Nor Wahidah Abdul Wahab mengambil keputusan untuk berhijrah dari dunia glamor.

Selama tempoh itu juga, dia tidak pernah menghadiri mana-mana majlis yang dihadiri oleh suaminya. 

Namun, minggu lalu pada majlis pelancaran program raya Astro, Macam-Macam Ada di Bora Asmara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, dia muncul menemani suaminya.

Kehadiran tuan empunya badan yang hanya kelihatan sepasang matanya sahaja ternyata mencuri tumpuan ramai yang hadir.

Kelihatan tenang seperti sebelum ini, cerita Waheeda, dia menyangkal segala tuduhan yang kononnya pemakaian purdah atau niqab itu atas sebab ingin melarikan diri dari pandangan orang ramai. 

Jelasnya, keputusannya untuk berubah itu atas pilihan sendiri demi lebih kearah kebaikan dan mengikut sunah sebanyak yang mungkin.

Waheeda mula mengenakan niqab dua hari selepas majlis resepsi perkahwinannya di rumah keluarga suaminya di Gopeng, Perak. 

Kata Waheeda, hasratnya untuk berniqab sudah lama iaitu sebelum bernikah lagi. 

Bagaimanapun, ketika itu, Waheeda mendengar nasihat ibu dan bapanya yang mencadangkan padanya agar tidak berubah secara mengejut. 

“Selepas bernikah, saya berbincang dengan suami. Alhamdulillah dia memberi kebenaran untuk niat baik saya itu. 

“Saya meminta kebenaran daripada suami untuk mengenakan niqab. Suami saya tidak pernah memaksa tetapi dia suka kerana saya sendiri yang berniat untuk melakukan perubahan. Dakwaan saya cuba lari dari tatapan umum itu tidak benar,” tegas Waheeda. 

Sehubungan itu, Waheeda berkali-kali menegaskan, dia tidak pernah ‘lari’ bahkan sering keluar bersiar-siar bersama keluarga.

Yang membezakan hanyalah, Waheeda tidak muncul ke acara-cara hiburan kerana dia merasakan dunia glamor bukan lagi miliknya.

“Seperti yang saya katakan dulu, sebaik saja bergelar isteri saya akan bersara dari dunia hiburan dan tanggungjawab saya adalah untuk suami, keluarga dan Allah.

“Malam ini saya datang pun kerana menuruti permintaan suami yang ingin saya menemaninya,” ujar Waheeda yang cukup bergaya walaupun auratnya dilitupi niqab.

Ulasan: Doakan supaya kekal berpurdah dan menjaga agama sampai mati.

Ketua editor majalah Playboy Indonesia diburu

JAKARTA 26 Ogos – Pendakwa raya hari ini mencari bekas ketua editor majalah Playboy Indonesia selepas mahkamah tertinggi negara ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya kerana menyiarkan gambar wanita berpakaian mendedahkan tubuh.

Erwin Arnada dibebaskan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada April 2007, selepas hakim mahkamah itu menyatakan gambar berkenaan tidak boleh dikategorikan sebagai bahan lucah di bawah kod jenayah Indonesia.

Rayuan kes tersebut dikemukakan di Mahkamah Agung, yang memutuskan bahawa tertuduh disabit kesalahan pada 2008, tetapi keputusan itu hanya dimaklumkan kepada pendakwa raya semalam.

Masih belum jelas mengapa keputusan itu hanya diberitahu selepas dua tahun mahkamah menyabitkan kesalahan terhadap Arnada.

“Saya hanya mengetahui tentang perkara ini semalam. Saya tidak tahu sebab keputusan ini lambat diumumkan dan mengapa baru sekarang ia diberitahu. Dia (Arnada) masih bebas,” kata ketua pendakwa raya, Yusuf yang menambah, pihaknya sedang mencari bekas editor itu supaya dia boleh dibawa ke penjara….

Ulasan: Undang-undang negara akan menjadi kertas mainan sekiranya tidak dilaksanakan. Kebiasaannya undang-undang tidak dilaksanakan bila terdapat permainan rasuah.

Duit raya RM500 bukti keprihatinan kerajaan

PUTRAJAYA 26 Ogos - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menyifatkan pemberian duit raya RM500 untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan sebelum Aidilfitri sebagai bukti keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban orang ramai menyambut hari raya…

Ulasan: Sesuatu yang baik kita terima tetapi bukan untuk menarik undi menyokong BN dalam pilihan raya nanti. Duit raya RM500 bukannya dari poket BN/UMNO pun tapi duit rakyat juga.

Melayu berpecah sejak merdeka

IPOH 26 Ogos - Kegagalan menguasai ekonomi dan meningkatnya gejala sosial membabitkan masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh sikap mereka yang berpecah-belah dan membelakangkan kepentingan Islam. 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sikap berpecah-belah itu merupakan punca mengapa ekonomi Melayu gagal berkembang selama ini. 

Malah katanya, akibat taksub kepada kelompok masing-masing, masyarakat Melayu kini berhadapan dengan masalah sosial yang semakin membimbangkan.

"Saya diberitahu oleh seorang pakar perubatan bahawa setiap 15 minit akan lahir seorang anak haram di negara kita. Kalau beginilah ramai anak haram yang akan lahir, apa akan kita bayangkan pada masyarakat? 

"Ini menunjukkan masyarakat yang telah hancur, tidak berakhlak dan tidak bertamadun. Kerana apa? Kerana kita berpecah," katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya di sini hari ini…

Ulasan: Apakah ada formula penyatuan berpegang dan mengamalkan Islam? Allah tidak akan beri kehebatan dunia bila orang Islam lari dari Islam. Biar kita berpecah kerana prinsip daripada bersatu dalam maksiat. Semuanya bermula bila UMNO tidak kisahkan hukum agama dalam pemerintahan.

Hudud perlu sokongan Dewan

KOTA BHARU 26 Ogos – Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh kepada Perlembagaan negara.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Beliau berkata, realiti politik hari ini jelas menunjukkan parti itu tidak akan mendapat kerusi yang banyak di Dewan Rakyat kerana mereka hanya boleh bertanding di beberapa kawasan sahaja.

“Saya cuma nak jelaskan dasar bersama yang kita tandatangan pada Disember 2009, ketiga-tiga (parti pakatan pembangkang) telah iktiraf Perlembagaan sebagai undang-undang pokok dan di atas landasan itu kita setuju segala undang-undang yang kita buat mesti ikut Perlembagaan negara.

“Dari segi praktikal saya tidak nampak undang-undang hudud boleh dilaksanakan oleh sebuah parti sahaja, ia perlukan sokongan besar dalam Dewan….

Ulasan: UMNO yang sejak dulu memerintah negara memang tak suka negara di perintah agama. Tak perlu heboh, macam mana kita laksanakan dulu untuk orang Islam. Nanti tentu tak larat layan orang kafir mahukan sistem agama apabila terbukti kebaikan sistem hudud di kalangan orang Islam. Kita negara merdeka, tetapi sayang kerana orang Islam masih ternafi hak mereka untuk mengamalkan agama mereka.


Burukkan negara berdosa, salah besar?

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Individu yang berniat jahat memburuk-burukkan negara dengan harapan masyarakat luar memandang rendah dan tidak menghormati tanah airnya boleh dianggap melakukan kesalahan besar dan berdosa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam amat memuliakan orang yang mati mempertahankan negara.

“Mempertahankan negara adalah jihad. Orang yang mati syahid ketika berjihad sangat mulia kerana tidak perlu dimandi, dikapan atau disembahyangkan.

“Jika orang yang mempertahankan negara dimuliakan sebegitu besar, maka besarlah juga dosa orang yang memburukkan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada wakil-wakil hospital di Lembah Klang di sini, hari ini…

Ulasan: Bagaimana dengan lebih 53 tahun tidak melaksanakan peraturan Islam dalam memerintah negara? Selama ini Islam bukan matlamat tetapi hanya jadi penyejuk hati untuk menarik undi dari penduduk majoriti.

Tuesday, August 24, 2010

Dark Road leading to PRU13

The 13th general election is looming. Logically it has to come by March 2013. Yes, logically it is coming. When will it come, and indeed will it ever become a reality? That is a question plaguing a difficult nation. Since becoming PM, Najib should have been keen to seek a new mandate. Is he a leader by popular choice, or does he reign by a borrowed mandate, and an unconvincing one at that?

For Najib, unlike the more civil Badawi, it is not elections which he is looking forward to, but how to secure victory by hook or by crook, or indeed how he can remain at the top in a reasonably legitimate way. Over the few months that he is a leader, the term ‘legitimate’ has become so indeterminate.

To go for all-out elections is suicidal , at least for the near future, for Najib’s administration. That, Najib himself knows very well. Out of the eleven by-elections the nation has seen since March 2008, BN only managed to secure 3 wins, namely in Batang Ai, Bagan Pinang and controversially in Hulu Selangor. The latest BN loss in Sibu sent shivers through Najib’s camp; has the tsunami actually reached the East Malaysian coast, they must be wondering.

These were indeed bad omens for BN – and the nation.

Najib is a fighter, one who does not shy away from street fighting. He is a new breed of BN leader, one that BN desperately needs to win back the loss the former PM Badawi seemed so willingly accepted (for which the latter has been punished.) That Perak was won back amidst legal controversies is one of Najib’s signatures. He never keeps it a secret that Selangor should also be won back at any price, and his army is working on it.

Najib’s strategy leading to PRU13 seems to be that the bottom line is BN stays at Putrajaya in the aftermath, whatever it takes. His armies of SB, police, EC, BN machinery are all hard at work to ensure that. The signs that come from the ground seem to be that a victory will not come easily for BN. Najib has then to look for another way, and that is the unfortunate course for the nation.

Malaysia has not known, barring the dark days of May 13, 1969, a violent confrontation between her various races and religions. Indeed the people of Malaysia have learnt that they have to live with each other, and even generally agreed that plurality is a blessing, not a curse. The vast majority of the Malaysians seem to rational enough to avoid the racialist path to solving problems. That is not to say there have not been violent outbursts, but then they were isolated and readily esolved.

Therefore, the events of the past months just do not tally with the prevalent trend. Everywhere suddenly one sees signs of intolerance. There was the event of cow heads in a Selangor temple and the desecration of Churches. Now one sees headmasters or principals, one after another, hurling racist remarks . The episode of the Friday sermon in Penang is a nother point in case. The latest was the Surau in Seremban. One cannot help but pondering whether the nation is spiraling towards anarchy …

All these point to some sinister forces at work, with a common objective, to poison the atmosphere w on the road to PRU13. That they are widely reported by the main media shows someone wants it to prove a point. [It has been an open secret that the mainstream media exercises self-censorship and sometimes with advice from the power-that-be, and sensitive news do not easily get reported.] Another sad thing is that the police seems quite incapable to prevent these incidents, and even more impotent in determining the culprits. We are talking here about the same police which has so efficiently quelled street demonstrations, stopped opposition ceramahs, and even incriminate peaceful vigils. The responses from the BN leaders are even more wanting.

All these spell bad omens for the nation. Unless the authority takes serious steps to preempt further such incidents while bringing the culprits behind previous ones to book and punished them heavily, one cannot help but to conclude that we are at the verge of an anarchy – planned anarchy; perhaps, that is so because BN - and Najib - see it as the only way to remain in power post PRU13. 

And the nation still remembers the Altantuya ghost - and that she has not yet been exorcised. 
Posted by A A Rahman

Madu terus hidup bersama selepas kematian suami

BATU PAHAT 22 Ogos - Hidup bermadu biasanya merupakan satu tamparan hebat bagi setiap wanita apatah lagi jika diminta tinggal sebumbung dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang.

Namun bagi Jainah Deso, 59, dan madunya Minah Tik, 62, tinggal sebumbung dan saling bergilir-gilir bersama suami tidak menimbulkan rasa marah kerana kasih sayang mereka mengatasi segala-galanya.

Kemanisan bermadu bagi mereka amat dirasai kerana tidak pernah bergaduh dan sentiasa hidup dalam aman dan tenang meski kehidupan tidak semewah orang lain.

Mereka sanggup hidup bersama dalam serba kekurangan dan sentiasa bantu membantu dalam segala hal meskipun suami tersayang, Abdul Aziz Hassan telah tiga tahun meninggal dunia akibat penyakit apendiks.

"Ketika arwah suami masih ada, kami tinggal bersama di sebuah rumah yang disewa di Batu 8 Jalan Tanjong Laboh. Kami tak pernah gaduh dan sentiasa amalkan sikap bertolak ansur," kata Minah yang merupakan isteri kedua.

Walaupun usianya lebih tua daripada Jainah, namun ia bukan batu penghalang untuk mereka hidup dalam keadaan harmoni serta aman tanpa sebarang persengketaan.

Minah berkata, setiap kali waktu memasak, mereka akan melakukannya bersama-sama dan tidak pernah timbul masalah dalam soal giliran bersama suami.

Jainah yang agak pendiam cuma tersenyum mengiakan kata-kata Minah dan sesekali menyampuk perbualan dengan berkata, hidup bermadu bukanlah sesuatu yang menyusahkan sekiranya ada kasih sayang dan tolak ansur serta saling memahami antara satu sama lain.

"Suami kami seorang yang baik dan pandai mengambil hati serta adil dalam setiap tindakannya walaupun kami hidup dalam serba sederhana," ujar Jainah….

Ulasan: Berkongsilah kasih sayang suami kerana lelaki dijadikan untuk menyayangi lebih dari seorang isteri.

Dulu, Kini dan Selamanya Rakyat Bosan Dengan UMNO/BN

OLEH: Ingeniur

‘Terang lagi bersuluh' itulah perumpamaan yang sesuai untuk di umpamakan dengan apa yang berlaku didalam parti UMNO kini yang berterusan mempunyai masalah dalamannya yang tersendiri. 

Perkara ini diakui sendiri oleh Naib Presidennya DS Hishammuddin Tun Hussein ketika diminta memberi komennya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di Kuala Terengganu kelmarin.

Menurutnya lagi, rakyat sebenarnya sudah bosan melihat karenah antara sesama pemimpin didalam perkelahian tersebut kerana perkara ini tidak akan membawanya kemana apatah lagi didalam keadaan dunia kini yang semakin sempit dan mencabar.

Kadang kala pemimpin-pemimpin yang menimbulkan masalah seperti ini seolah-olah lupa bahawa setiap perbuatan mereka bukan sahaja akan dinilai oleh rakyat malahan juga peranan mereka akan turut diperhatikan oleh pucuk pimpinan parti terutamanya untuk percalonan di Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 13 nanti.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Hishamuddin semalam, "Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini. Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat,".

Sebenarnya rakyat sudah lama menyampah dan benci dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO bukan setakat berlaku di Terengganu malahan juga di seluruh negara yang begitu suka bergaduh dan berebut jawatan sesama sendiri sehinggakan menimbulkan masalah kepada rakyat pula.

Beberapa krisis perebutan ‘kuasa’ antara pemimpin seperti yang berlaku di Terengganu, di Kedah, di Kelantan, di Perlis adalah antara beberapa contoh bagaimana ianya seolah-olah tiada menemui titik noktahnya.

Sebab itu apabila media-media massa kepunyaan pemerintah yang cuba mengembar-gemburkan kononnya ada ‘keretakan’ didalam hubungan antara parti didalam Pakatan Rakyat (PR), rakyat melihatkan ini hanyalah taktik Barisan Nasional (BN) untuk melindungi masalah yang dihadapi oleh mereka sahaja!

Rumusannya, lagi banyak media massa ini cuba memfitnahkan Pakatan Rakyat kononnya ada masalah dalaman, maka lagi banyaklah masalah keretakan yang berlaku di dalam Barisan Nasional timbul sebenarnya.

Bukan sekadar UMNO sahaja yang menghadapi masalah seperti perebutan jawatan dan sebagainya tetapi masalah ini turut ‘singgah’ kedalam MCA yang melibatkan krisis moral di peringkat pimpinan tertinggi MCA Pusat. Manakala MIC dan PPP pula terus bermasalah dengan isu Presiden yang tidak disukai oleh kebanyakan ahli sehingga mencetuskan beberapa kes pemecatan pemimpin-pemimpin muda mereka seperti Mugilan (MIC) dan Murugiah (PPP).

Justeru itu, sebagai pemimpin kanan didalam UMNO, Hishamuddin sudah terlalu cukup tahu serta arif tentang apa yang berlaku kerana ianya bukan sekadar berlaku didalam UMNO tetapi pada semua parti komponen BN yang lain. 

Yang pasti rakyat sebenarnya sejak dulu, kini dan selamanya sudah bosan melihat berbagai ‘karenah ‘ dan gelagat pemimpin-pemimpin BN seperti sekarang….Ubahlah sebelum parah! 
 
Sumber http://ingeniur.blogspot.com

Ramadan bulan berjuang...

Oleh: pasgongpauh

Assalamualaikum

Ramadan diistilahkan oleh ulamak sebagai bulan madrasah atau disebut sebagai madrasah Ramadan. Inilah hakikat bulan yang dimuliakan ALLAH dengan firman khusus mengenainya.Barakah yang diberikan ALLAH di bulan Ramadan tidak ada di bulan bulan lain dan sejarah melakarkan beberapa kejayaan penting dalam perjuangan menegakkan kalimah ALLAH dicapai di bulan mulia ini. Menegakkan kalimah ALLAH bermakna menegakkan akidah yang benar, syariat yang diperintahkan dan syiar yang diutamakan.

Kejayaan pertama dalam Badar al Kubra dicapai di bulan Ramadan ketika Baginda dan Sahabat sedang berpuasa, Kejayaan memartabatkan Islam di bumi Mekah juga dicapai di bulan Ramadan.Ini membuktikan puasa yang diwajibkan di bulan Ramadan bukan penghalang kepada kejayaan tetapi menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut.Demikianlah juga di zaman kita hari ini, perjuangan untuk memartabatkan Islam tidak akan lengkap kalau Ramadan diabaikan, Ramadan dijadikan semata mata untuk melengkapi rukun Islam tetapi Ramadan adalah penting dalam tarbiyah kita untuk memantapkan perjuangan yang masih belum selesai.

Ramadan perlu dimasukkan dalam silibus pentarbiyahan demi memantapkan jatidiri sebagai mukmin yang tidak akan berputus asa dengan asakan dan halangan yang dibuat oleh musuh yang tidak inginkan Islam di tegakkan, Ramadan perlu dijadikan bulan motivasi bagi setiap pejuang Islam dan Ramadan mesti diyakini sebagai bulan yang mempunyai sumber pembangunan insaniah atau modal insan yang tidak mudah goyah dengan dugaan dan rasuah duniawi.

Ramadan adalah madrasah yang penting bagi setiap pejuang. Oleh itu PAS Cawangan Gong Pauh ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua yang berada dalam jemaah agar tidak mengabaikan Ramadan serta tidak terpengaruh dengan budaya menyambut Ramadan yang sedang terjadi di negara kita. Budaya yang memperlihatkan masjid masjid dipenuhi diawal awal Ramadan tetapi kemudiannya semakin sepi menjelang akhir Ramadan harus dihindari oleh semua jemaah serta budaya yang menghuru harakan saf saf ketika bertarawih, ketika tarawih selesai di rakaat ke lapan semestinya tidak diikuti oleh para jemaah sekelian.

Sebaliknya budaya sebegini yang kelihatan sebati dengan masyarakat Islam setempat seharusnya diubah. Para ahli jemaah mempunyai tugas penting untuk mengubah budaya ini.Oleh itu PAS cawangan Gong Pauh juga ingin menyarankan agar ahli ahli jemaah turun mengimarahkan masjid masjid kerajaan dan mengenapikan soal pentadbiran masjid yang masih dikuasai oleh JKKK atau ketua ketua UMNO. Ingatlah orang orang yang mengimarahkan masjid mempunyai potensi yang besar untuk diubah presepsi mereka kepada PAS dan mempunyai ruang yang cukup luas untuk diubah budaya yang sudah diamalkan bertahun tahun itu.

Ramadan adalah bulan perjuangan dan saranan di atas adalah sebahagian dari perjuangan itu.Semuga perjuangan ini akan mendapat pertolongan ALLAH. 
http://pasgongpauh.blogspot.com

‘Nikah gantung’ atasi masalah buang bayi

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi
Sumber MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.

Umno Tidak Lagi Mampu Bela Melayu!

Abdul Hadi: Umno Tidak Lagi Mampu Bela Melayu

SHAH ALAM 22 Ogos - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya Umno akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat melihat bagaimana sistem yang diwujudkan menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umnoputra. 

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara ini bahkan Umno-BN juga melakukan diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik.

"Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini," tegas Abdul Hadi dalam blog rasminya Jumaat lalu.

Beliau berkata permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi daripada kongres ekonomi anjuran parti itu 14 Ogos lalu adalah satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara ini.

Keadaan ini, kata Abdul Hadi, bertambah rumit apabila MCA menjadi parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan. 

Kegagalan ini juga turut dikongsi bersama oleh MIC.

Justeru itu beliau menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini bertenang dan menilai dengan adil usaha meniup api perkauman yang kini saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN. 

Abdul Hadi juga mengajak seluruh rakyat terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk lakukan perubahan dan keluar daripada politik songsang mainan Umno-BN.

"Dengan ini kita akan sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia," ujar beliau lagi.
http://suara-keadilan.com/news-section?t=3801#

Pertingkatkan doa hapus kebathilan dan kezaliman sempena Ramadan...

Oleh: pasgongpauh

Assalamualaikum
Sempena Ramadan yang masih segar dengan janji kemenangan dari ALLAH dan sempena dengan berbagai bagai kebathilan dan kezaliman yang dipromosikan oleh orang Islam keturunan biru tanpa sedikitpun ada rasa hormat kepada Ramadan sedangkan Ramadan menuntut komitment yang lebih baik dari setiap umat Islam, PAS Gong Pauh ingin mengajak semua umat Islam yang mendengar dan mentaati ALLAH agar lebih kerap qiam dan menadah tangan memohon agar ALLAH menghancurkan segala kebathilan dan kezaliman yang dianjurkan oleh orang orang yang semacam tidak pernah takut dengan ancaman bala ALLAH.

Berbagai bagai rupa kebathilan dan kezaliman sedang berlaku dan kelihatan akan terus berlaku sepanjang Ramadan ini yang tidak harus dibiarkan begitu saja tanpa ada sedikit rasa bertanggungjawab untuk cuba menghapuskannya sekalipun ianya dilakukan oleh orang orang Islam keturunan Melayu biru. Nampaknya mereka memandang mudah kepada Ramadan dengan terus menerus memperbanyakan kegiatan yang berunsur bathil dan zalim.

Dan mereka mencemari Ramadan dengan megahnya serta menyebarkan kebathilan seperti menyebarkan virus H1NI ke seluruh negara. Ingatlah kalau penganjur kebathilan ini dibiarkan berleluasa, dibimbangi negara akan ditimpa bala. Oleh itu, bangkitlah wahai umat, nyatakan penentangan kepada semua kebathilan dan kezaliman ini dengan qiam dan doa yang lebih khusyuk kepada ALLAH agar kebathilan dan penganjurnya dihapuskan terus dari bumi milik ALLAH ini. Begitu juga kezaliman dan penganjurnya mesti dipohon agar dilenyapkan demi sebuah kebahgian yang diimpikan umat sejak sekain lama. 

http://pasgongpauh.blogspot.com

Friday, August 20, 2010

Makin ramai percaya Obama Muslim

2010/08/19 WASHINGTON: Semakin ramai warga Amerika Syarikat tersalah anggap terhadap Presiden Barack Obama kerana percaya beliau beragama Islam hampir dua tahun selepas tokoh Parti Demokrat itu berkuasa, menurut tinjauan terbaru, semalam. 

Meskipun Obama menghadiri majlis keagamaan di gereja dan berulang kali menegaskan beliau beragama Kristian, seorang setiap lima warga Amerika yang ditanya percaya beliau adalah Muslim, kebanyakannya mengakui penyokong Parti Republikan…

Ulasan: Orang yang rugi ialah seseorang yang pernah hidup tapi tidak memeluk Islam. Allah SWT tidak memerlukan sesiapa untuk menambahkan keAgunganNya. Tapi manusia memerlukan RahmatNya setiap masa.

Israel rancang bina terowong keliling Masjid al-Aqsa

2010/08/19 BAITULMAQDIS: Yayasan Warisan dan Kebajikan al-Aqsa mendedahkan satu rancangan baru Israel yang menyasarkan untuk membina sebuah terowong bawah tanah di sekeliling Masjid al-Aqsa. 

Dalam satu kenyataan bertulis dikeluarkan pada 16 Ogos, Yayasan itu berkata; 
 
Menerusi rancangan itu, pihak berkuasa jajahan menuntut untuk mendirikan terowong menghubungkan Laluan Alsharaf yang digelar Laluan Yahudi, dengan kaki lima Buraq (merujuk kepada perkarangan Masjid Kubah Emas) dan Masjid al-Aqsa. Ia berkata pendedahan rancangan itu dilakukan setahun setengah lalu. 

Persatuan berkata berita mengenai terowong itu mendominasi muka pertama akhbar Maariv, Isnin lalu, yang dianggap ramai bermaksud bahawa kerajaan Israel sudah meluluskan rancangan pembinaannya. 

Bukan hanya terowong itu mengancam tapak suci umat Islam, malah ia juga akan membenarkan dengan mudahnya pengerahan polis atau tentera ketika mana-mana serbuan akan datang ke atas pekarangan masjid, dikenali sebagai Al-Haram Al-Sharif. 

Yayasan itu menambah pengumuman projek berkenaan adalah sejajar dengan pengiktirafan oleh menteri polis Israel berhubung satu latihan besar-besaran tentera penjajah mengenai serbuan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa. 
Ia menggesa penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan tanah yang diduduki pada 1948 supaya sering mengunjungi al-Aqsa, terutama ketika Ramadan, bagi berdepan mana-mana keinginan jahat Israel untuk merosakkannya. Agensi

Ulasan: Kalaulah Nabi Sulaiman @ King Soloman hidup kembali, Baginda akan berkata kepada orang Yahudi supaya masuk Islam. Ternyata Israel menjadi zalim kepada warga Palestin kerana Nabi Sulaiman adalah seorang pemerintah yang adil.

Ekuiti 30%: Sejarawan kecewa kenyataan Soi Lek

2010/08/20 KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menghentikan kenyataan atau serangan ke atas segala perkara yang membabitkan kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang buat kali ketiga.

Sejarawan negara, Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata kaum Cina terutama golongan seusianya bimbang dengan tindakan Dr Soi Lek itu dan pemimpin lain yang seolah-olah tidak faham sejarah penubuhan negara dan sanggup memberi kenyataan menghiris hati kaum lain atas alasan untuk keadilan semua pihak. 
 
Sebagai pemimpin parti, tegas beliau, Dr Soi Lek perlu menghormati perlembagaan sedia ada dan memberi penjelasan sebenar kepada kaumnya bagi mengelak sebarang kekeliruan bukan bertindak menjadi wira demi kepentingan peribadi sendiri. 
 
Katanya, serangan ke atas orang Melayu walaupun membabitkan isu kecil seperti pemberian ekuiti 30 peratus adalah sesuatu yang sensitif dan tidak menjamin sokongan dan kemenangan berpihak padanya pada masa akan datang.

Hentikan serangan itu, ia tidak bawa hasil positif, kalau duduk berbincang dan bertolak ansur seperti mana yang diamalkan Barisan Nasional (BN), mustahil ada konfrantasi, sebab itu BN ditubuhkan supaya parti komponen boleh duduk bersama berbincang masalah rakyat.

BN ditubuhkan selepas 13 Mei, tapi semua sudah lupa, pemimpin terus bergaduh, kalau sentiasa tumpu kepada hubungan kaum, langkah tidak diambil untuk rapatkan kaum, saya takut, bimbang berlaku rusuhan 13 Mei lagi, selepas kejadian pada 1945 dan 1969.

Oleh itu, dia kena jawab apa yang MCA mahu, supaya rakyat tidak keliru, benda ini (ekuiti 30 peratus) tidak perlu dipersoalkan lagi, kalau kita perhatikan banyak orang miskin di negara ini masih orang Melayu, mereka perlu dibantu, tak perlu menjerit-jerit untuk kurangkan hak mereka, tak guna... apa yang penting pujuk mereka (Melayu) untuk dapat sokongan, bukan cari gaduh dengan mereka, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Dr Soi Lek yang masih mempertahankan pendiriannya terhadap cadangan untuk mengurangkan ekuiti Bumiputera 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat selain kenyataannya yang melahirkan perasaan kecewa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkannya supaya tidak membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain…

Ulasan: Berbeza bila melihat masalah dengan ilmu berbanding untuk menjadi pejuang etnik yang desperate.

Perjuangan untuk negara tak berakhir

2010/08/20 PAHLAWAN Negara, Pegawai Waran I (B) Kanang anak Langkau, menyifatkan tiada kebebasan yang lebih hebat selain daripada nikmat mencapai kemerdekaan dengan rakyat bebas untuk bergerak ke mana-mana tanpa ada perasaan takut atau bimbang.

Kanang yang menjadi penerima tunggal dua pingat tertinggi negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) berkata, beliau bangga menjadi seorang rakyat Malaysia malah usia mudanya habis digunakan bagi mempertahankan negara ini. 
 
Katanya, erti menjadi seorang rakyat Malaysia adalah terlalu besar kerana apabila melihat kembali keadaan di negara tertentu, negara ini bertuah kerana dapat menyelesaikan masalah ancaman dengan cepat berbanding negara tertentu yang masih bergolak. 
 
"Sesiapa saja yang menjadi rakyat Malaysia adalah bertuah kerana di negara kita semua dapat hidup dalam keadaan damai dengan tiada halangan bagi kita berpegang pada agama, adat dan budaya masing-masing.

"Dulu kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang bagi menangani ancaman dengan usaha membangunkan kawasan luar bandar berhadapan banyak kesukaran, tetapi hari ini kita semua sudah bebas melakukan apa saja dikehendaki asalkan ia tidak menyalahi undang-undang," katanya kepada Berita Harian.

Kanang berkata, kesusahan hidup serta kesedihan melihat rakan seperjuangan gugur menjadi pendorong untuk terus mempertahankan negara walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.

"Saya lahir dalam keluarga susah dan dibesarkan tanpa ayah, ketika itu tiada siapa yang memberi semangat atau inspirasi untuk berjaya tetapi selepas menyertai askar, semangat mahu berjuang timbul dengan sendiri sama seperti kata keramat 'agi idup agi ngelaban'. 
"Namun perjuangan itu tidak harus berakhir di sini, kerana kita perlu meneruskan usaha membangunkan negara dan menolong rakyat miskin serta memajukan lagi ekonomi negara agar suasana tenteram dapat dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, merdeka memberi erti tersendiri kepada dirinya berdasarkan pengalaman terpaksa bertempur dengan musuh, mengalami kecederaan serta melihat ramai anggota pasukan keselamatan gugur di medan pertempuran.

"Saya tidak pernah kesal berjuang mempertahankan negara, tetapi sedih dengan sikap segelintir rakyat yang tidak mahu mengambil tahu apa erti kemerdekaan,” katanya.

Ulasan: Lawan tetap lawan. Bebaskan Malaysia dari penjajahan BN.

Kilang mercun diarah tutup

BEIJING 19 Ogos - Pihak berkuasa Heilongjiang di timur laut China menutup semua kilang bunga api di wilayah tersebut selepas kejadian letupan di sebuah kilang tanpa lesen minggu ini yang mengorbankan 20 nyawa.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pihak keselamatan pekerja wilayah tersebut telah menarik balik permit yang dikeluarkan terhadap sembilan buah kilang di Heilongjiang dan mengarahkan pihak kilang menutup kilang mereka bermula 15 September ini.

Letupan yang berlaku Isnin lalu di sebuah kilang yang tidak berpermit berhampiran bandar Yichun mengakibatkan lebih 150 orang mengalami kecederaan, manakala empat lagi mangsa masih belum ditemui.

Laporan mengatakan, permit kilang itu telah ditamatkan Jun lalu kerana masalah keselamatan yang dialami oleh kilang tersebut….

Ulasan: Keselamatan rakyat adalah penting melebihi pelaburan oleh ahli perniagaan.

PM janji tinggalkan negara lebih baik buat generasi muda

PUTRAJAYA 19 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjanjikan kepada generasi muda azam kerajaan untuk 'meninggalkan' sebuah negara yang lebih baik daripada apa yang diwarisi mereka dari kepimpinan lepas.

Tegas Perdana Menteri, ia menjadi tanggungjawab kerajaannya dan sebab itu, beliau tidak putus-putus melaksanakan dasar-dasar dan pendekatan untuk melakukan perubahan demi manfaat golongan itu.

Menurutnya, apabila kerajaan merangka sesuatu program, apa yang difikirkan adalah 'anda semua sebab saudara sekalian mewarisi negara kita'.

''Saya tidak percaya kita perlu kekalkan status quo melainkan untuk kekalkan status quo lebih baik.

''Saya juga tidak percaya urusan seperti biasa melainkan sesuatu yang lazim dibuat untuk diteruskan.

''Saya (turut) percaya kita perlu kekal dalam persekitaran yang pantas ini (meskipun) pada hakikatnya kita terbelakang. Sebab itu dalam perubahan yang begitu dinamik dan meluas ini, kita perlu teruskan perubahan supaya kita bersedia di hadapan arus perubahan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis berbuka puasa dengan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) di perkarangan kediaman Sri Perdana di sini, malam ini….

Ulasan: Marilah kita bersama-sama mengundi selain parti BN supaya kita dapat merasai politik berdasarkan keadilan dan meninggalkan keagungan asobiyah bangsa peninggalan BN.

Tiada bukti Beng Hock dipukul, diseksa

SHAH ALAM 18 Ogos – Pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand hari ini menukar pandangan dengan tidak lagi mengekalkan pendapat sebelum ini bahawa 80 peratus Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh.

Beliau yang memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu juga mengubah pandangannya tentang koyakan pada dubur dan kecederaan pada punggung yang kononnya ditusuk objek tumpul serta dipukul.

Pornthip yang berpeluang meneliti belahan pada bahagian berkenaan semasa bedah siasat kedua sebaliknya mengesahkan kecederaan tersebut disebabkan jatuh dari tempat tinggi selain tiada bukti menunjukkan Beng Hock dipukul atau diseksa sebelum dia ditemui mati.

‘‘Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa).

‘‘Saya tidak boleh beri peratusan selepas mengikuti bedah siasat kedua. Lagipun pada masa itu saya perlu yakinkan koroner agar bedah siasat kedua dibenarkan,” katanya ketika menjawab soalan peguam pemerhati bagi kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pornthip sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memberi pandangan bahawa kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri sehingga Mahkamah Koroner membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.

Pornthip yang tampil dengan gaya rambut berwarna-warni serta mengenakan baju T ketat dalam keterangannya hari ini bagaimanapun tetap mempertahankan pandangannya bahawa Beng Hock tidak membunuh diri…

Ulasan: Baguslah kerana tiada bukti Beng Hock dipukul dan diseksa. Tapi dia tidak membunuh diri. Ahli ikhtisas mesti berpegang kepada ilmu dan pengalamannya.

Wednesday, August 18, 2010

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya. 

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu…

Ulasan: Kita akan terus terhina di padang sendiri apabila kita meninggalkan bidang fardhu kifayah. Kita yang wajib terlibat dalam bidang fardhu 'ain seperti berniaga dan jadi usahawan untuk menyediakan keperluan ummat. Jangan berkira nak makan gaji sahaja.

Jangan sentuh isu sensitiviti kaum

Jangan sentuh isu sensitiviti kaum - Osman Bakar

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Tindakan tegas perlu diambil terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berikutan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum apabila mempersoalkan sistem kuota untuk usahawan bumiputera dalam Model Baru Ekonomi (MBE).

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tindakan itu juga seharusnya tidak menolak kemungkinan untuk menahan Soi Lek di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika beliau terus membangkitkan isu yang cukup sensitif itu.

"Sekiranya terbukti kenyataan Presiden MCA itu mampu memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini, sudah tentu tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengingatkan MCA supaya tidak terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini….

Ulasan: Demikianlah pemimpin desperate dari parti komponen BN yang sedang mencari pengaruh di kalangannya iaitu orang Cina. Dalam perlaksanaan kuota pun, mereka tetap menjuarainya. Dari perangai yang ada, nampaknya mereka tidak mengira wajar untuk berkongsi dengan etnik lain. 

Pakar Patologi Thai tegaskan Teoh tak bunuh diri

2010/08/18 SHAH ALAM: Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand berkata setiausaha politik, Teoh Beng Hock tidak membunuh diri. 

Katanya beliau berpendapat bahawa mangsa itu tidak membunuh diri setelah meneliti autopsi kedua ke atas mayat Teoh. 
 
Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini hari ini, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati. 

"Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa," katanya....

Ulasan: Bila seseorang bercakap berdasarkan ilmu dan pengalaman… Semoga kes ini selesai dengan keadilan.




Friday, August 13, 2010

Kadar pengangguran di Gaza 80 peratus

2010/08/13 KUALA LUMPUR: Masalah utama dihadapi masyarakat Gaza ketika ini adalah pengangguran yang berpunca daripada serangan tentera Israel, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada masyarakat antarabangsa bagi menjalani kehidupan harian. 

Pengerusi Masyarakat Islam Palestin-Bandar Jabalia, Abdalrahim M Shehab, berkata antara hampir 80 peratus daripada penduduk Gaza tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung bantuan daripada masyarakat antarabangsa untuk membiayai keperluan harian mereka. 
 
Keadaan di Gaza amat sukar yang mana ramai terpaksa menganggur akibat kehilangan pekerjaan sehingga perlu bergantung terhadap bantuan daripada masyarakat antarabangsa, katanya. 
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penerangan terkini mengenai keperluan rakyat Gaza di Balai Berita, di sini, semalam. 

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia (GPM), Mohd Asri Abdul. 

Abdalrahim, berkata masalah pengangguran yang ketara itu juga menyebabkan ramai anak muda Gaza tidak dapat meneruskan pelajaran mereka pada peringkat rendah, mahupun universiti kerana ibu bapa tidak mampu membiayai yuran pengajian. 

Sementara itu, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata, Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin ABIM yang diwujudkan dengan kerjasama Berita Harian sejak awal bulan ini mencecah RM17,000. 
 
Beliau berkata, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun RHB Islamic, 21401360010196.

Ulasan: Israel sedang bersungguh-sungguh menyiapkan kejatuhannya dengan menzalimi warga asal Palestin. Bantuan kita di nanti-nantikan.

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat

2010/08/13 KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu...

Ulasan: Kerajaan BN hanya bercakap tentang kehebatan Dinar Emas tapi tidak buat apa-apa untuk mengamalkannya. Bila kerajaan Kelantan ambil insiatif mengamalkan penggunaan Dinar Emas, kenapa kerajaan BN protes?

 

Gadis dilarikan awang hitam

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ramadan kali ini pastinya berbeza buat seorang ibu apabila anak gadisnya berusia 19 tahun menghilangkan diri dipercayai mengikut awang hitam ke Afrika Selatan, sejak Isnin lalu…

Remaja lari dikesan di Afrika

2010/08/13 KUALA LUMPUR: Selepas 72 jam dilaporkan hilang, seorang gadis remaja berusia 19 tahun dikesan berada di Cape Town, Afrika Selatan kerana mengikut seorang lelaki warga asing dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di ibu negara...

Ulasan: Jaga diri, jaga agama. Jangan tergoda dengan kemewahan dunia.  Untuk dapatkan dunia ramai yang tertipu.

PM sumbang RM180,000 kepada Tahfiz Hayatul Uloom

PUTRAJAYA 12 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan RM180,000 kepada sebuah pusat pengajian tahfiz, Pusat Pengajian Islam Hayatul Uloom di Hulu Langat di pejabatnya di sini, hari ini…

Ulasan: Terima kasih PM kerana bantuan tersebut. Tapi teruskan usaha-usaha untuk menyelamatkan nagara ini daripada terus dijajah oleh BN/UMNO.

Elak terlebih minum produk 3-in-1

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa produk minuman 3-in-1 yang kandungan gulanya melebihi 5 gram boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menasihatkan produk makanan yang ditambah gula perlu dielakkan seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia supaya tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian atau 10 sudu teh (50 gram) sehari bagi dewasa…

Ulasan: Gaya hidup yang semakin mewah kerap kali membawa bencana terhadap diri sendiri.

Buang bayi: Hukum mati jika sabit kesalahan...

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.

Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan.

“Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya….

Ulasan: Setelah 53 tahun BN/UMNO bersungguh-sungguh menanam badai dalam negara ini, dengan tidak mengawal masalah social, maka negara kita TERPAKSA menuai badai dengan berleluasa gejala pembuangan bayi. Ternyata BN/UMNO gagal. Nak pilih BN lagi?

Thursday, August 12, 2010

PAS bawa kebenaran, Umno beri duit

Idris Ahmad  

Dakwaan Pengerusi Biro Kelab Umno Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa PAS membelanjakan puluhan juta bagi melahirkan pemimpin dan penyokong di Mesir adalah satu dakwaan yang terdesak oleh kumpulan yang kecewa kerana tidak mendapat sokongan rakyat.

PAS mengucapkan terima kasih kepada Shabery kerana telah menunjukkan kemampuan PAS kepada rakyat yang berjaya menarik sokongan rakyat dalam dan luar negara.

Memang melucukan bila beliau sebut puluhan juta kerana rakyat sedia maklum bahawa PAS bukanlah parti yang menggunakan duit untuk membayar pelajar-pelajar itu sokong PAS.

PAS tidak pernah menyalurkan sebarang dana bagi para pelajar di Mesir atau di mana-mana negara luar seperti Umno. PAS bukan parti 'politik wang' macam Umno, PAS adalah parti Islam yang berteraskan kebenaran Islam. 

Hakikatnya pelajar dalam dan luar negara tertarik pada PAS kerana Umno hanya mampu berikan duit bukannya kebenaran dan nilai kemanusiaan.

PAS tidak perlu gunakan duit kerana para pelajar luar negara diyakini sebagai golongan cerdik dan mampu membuat pilihan. Di luar negara tiada akta AUKU, jadi mereka tidak terikat untuk menyokong Umno sahaja.

Golongan yang cerdik di luar negara dapat menerima cara pemikiran dan dasar-dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka tertarik dengan sikap pemimpin PAS dan tidak mustahil mengambil pemimpin PAS sebagai idola mereka.

Pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir dan negara Timur Tengah lainnya begitu hampir dengan lokasi sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, maka tidak menjadi kehairanan jika mereka mudah memahami perjuangan PAS yang berteraskan Islam berbanding dengan Umno yang meminggirkan Islam.

Walaupun Kelab Umno mengadakan pelbagai program termasuk membawa presiden parti mereka ke sana, namun mereka yang cerdik ini tidak terpedaya kerana mereka boleh mengetahui maklumat semasa dinegara ini melalui internet.

Kelab Umno telah menaburkan banyak fitnah tentang PAS, namun mereka gagal memperbodohkan golongan yang cerdik ini, sebab itulah Shabery amat kecewa dan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Umno kena terima hakikat, kini PAS menjadi pilihan terbaik rakyat kerana kita menjadi pilihan ramai barisan kepimpinan pelapis yang keluar dari universiti tempatan dan luar negara selepas mereka tamat pengajian.

PAS kesal kerana Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan beberapa Yayasan negeri mendiskriminasikan para pelajar di luar negara. Mana-mana yang disyaki menyokong PAS atau ibu bapa mereka pemimpin PAS akan disenarai hitamkan dari menerima bantuan. Inilah antara punca mengapa mereka lebih benci kepada Umno dan melihat kepada PAS.

Sewajarnya pihak kementerian dan yayasan mengambil inisiatif bagi membantu semua pelajar Malaysia di luar negara tanpa mengira latar belakang kerana organisasi mereka adalah milik rakyat bukan Umno.

PAS juga kesal kerana berdasarkan dakwaan Shabery, Umno telah menubuhkan Kelab-kelab Umno di luar negara yang mana para pelajar adalah ahli-ahlinya. Mujurlah di luar negara tiadanya akta AUKU dan para pelajar boleh terlibat dengan politik dan menyatakan sokongan mereka kepada mana-mana parti.

Ini berbeza di Malaysia, walaupun Umno mengetuai kerajaan dan Kementerian pengajian Tinggi tapi mereka tidak mampu mewujudkan kelab-kelab Umno dalam kampus lantaran kesilapan mereka mewujudkan akta AUKU. Mereka sendiri mengongkong kematangan pelajar.

Apakah bezanya pelajar dalam dan luar negara, usia mereka sebaya, mereka sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi, mengapa yang diluar negara boleh berpolitik dan dalam negara diharamkan?

Malaysia kini menuju ke arah negara maju, maka akta seperti AUKU ini adalah tidak relevan dan outdated.

PAS berjanji akan memansuhkan akta AUKU ini sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk memerintah negara ini dalam Pilihanraya Umum ke-13.

PAS tiada halangan jika Umno mahu adakan Kelab Umno di dalam dan luar negara, begitu juga kepada parti-parti lain termasuk PAS kerana mengikut peraturan pendaftaran pertubuhan setiap parti berhak mengajak mana-mana warganegara ini untuk menjadi ahli dan menubuhkan cawangan. Dan mengikut perlembagaan dan peraturan pilihan raya, setiap warganegara berhak memilih parti mana yang mereka suka.

PAS menyeru kepada semua penyokong dan kepimpinan PAS dalam dan luar negara untuk mempergiatkan aktiviti menambahkan keahlian, sokongan dan membina kepimpinan pelapis bagi menggantikan kepimpinan Umno yang ternyata gagal menyediakan kepimpinan berkualiti untuk masa depan negara ini.

Pimpinan-pimpinan PAS yang ada bersedia untuk turun ke mana sahaja bagi membina lebih ramai pewaris negara yang berkualiti untuk menyanggah kezaliman Umno dari puncak kuasa.

 

Negara parah: Zina, rogol dan buang bayi berleluasa

http://episodeperjuangan.blogspot.com/  

1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif .

2. Gejala zina [seks bebas] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi-jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam .

3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab .

4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh .

5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan? Seketika dulu, kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan Aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah. Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyakit aids terus merebak dan berkembang. Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? Selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? Selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ?

6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini.

7. Kelab - kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan .

8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli - ahli parlimen , ahli - ahli Dewan Undangan Negeri , imam - imam masjid , ahli agama , ahli politik , NGO dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing - masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja .

9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :

Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
Sekat laman - laman lucah secara serius
Menguatkuasa undang2 syariah
Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .
Banyak lagi langkah yang perlu diambil . [ sekadar menyebut beberapa contoh ]

10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

 

Selamat Tinggal BN/UMNO

Tinggalkan Umno BN 
Monday, 28 Sya'ban 1431

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri.

Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.

Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri.

Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah Umno BN dan marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihan raya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.

QIYAM RAMADHAN - Take it easy

QIYAM RASULULLAH S.A.W. 

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Barangsiapa yang qiyam Ramadhan (Tarawih dan Witir) kerana dorongan imannya dan 
semata mata mengharap ganjarandaripada Allah, niscaya diampuni segala dosanya masa silam". (HR Al Jama'ah ) 

Beberapa ketentuan tentang Qiyam Ramadhan: 

1- Berdasarkan hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan Tarawih dan Witir sebanyak 11 raka'at, iaitu: 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir. Ketentuan ini berdasarkan hadis sahih: 

Daripada 'Iasyah r.a: Adalah Nabi s.a.w. tidak menambah (bilangan solat.malam) daripada sebelas rakaat, apakah di dalam Ramadhan atau di luar Ramadhan. ( HR Bukhari dan Muslim). 

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika menghidupkan malam Ramadhan , baginda solat lapan raka'at dan witir. ( HR Ibnu Hibban - Sahih). 

2- Para Fuqahaa' berbeza pendapat tentang jumiah rakaat solat tarawih, sebahagiannya berpendapat 23 rakaat, iaitu 20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir sebagaimana yang dilakukan di zaman Omar Ibn Al-Khattab r.a.; dan ada juga yang berpendapat 39 rakaat, iaitu 36 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir sebagaimana dilakukan di zaman Othman Bin 'Affan; dan ada juga 38 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir sebagaimana di lakukan di zaman Omar Bin Abdul Aziz r.a. 

3-Sebaiknya perbezaan pendapat tentang bilangan rakaat qiyam Ramadhan ini jangan dijadikan punca perbalahan sesama kita. Yang mustahak lakukanlah qiyam sesuai dengan kemampuan masing masing. Apalagi Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat sebelum wafatnya bahawa kita disuruh agar mengikuti sunnahnya dan juga sunnah Kalifah-Khalifah Al-Rasyidin. (HR Abu Daud dan Tarmidzi Sahih ) 

4- Sebaiknya qiyam Ramadhan dilakukan secara berjamaah. Namun tidak ada salahnya jika dilakukan secara sendirian. Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya secara berjamaah secara berterusan, namun Umar Ibnu Al Khattab r.a. sangat menggalakannya. Malahan beliau pernah menyuruh Ubay Bin Ka'ab memimpin solat berjamaah tarawih dan witir sambil berkata: 
“Inilah sebaik baik bid'ah”, iaitu menghimpunkan mereka dibelakang seorang imam (yang sebelumnya para sahabat qiyam Ramadhan secara bersendirian).

http://bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=152378&sid=b673cc1808e97431af03601d4ebca55e

Ulasan: Take it easy. Buat jangan tak buat. Fikir-fikirkan hendak menolong kawan-kawan kita yang sering meninggalkan solat waktu...

Korup: Taliban gesa tolak bantuan Barat

ISLAMABAD 11 Ogos - Taliban Pakistan menggesa kerajaan supaya menolak bantuan Barat untuk mangsa banjir di negara ini, dengan alasan bantuan itu hanya akan diselewengkan oleh pegawai-pegawai korup…

Ulasan: Hinanya kerajaan yang subur dengan penyelewengan dan rasuah.

Cut Tari mohon maaf dalam Twitter

JAKARTA 11 Ogos - Selepas Luna Maya menyampaikan permohonan maaf sempena Ramadan melalui akaun Twitter, seorang lagi aktres jelita yang terbabit dalam kes lucah dengan Nazril Irham alias Ariel, Cut Tari turut berbuat demikian malam tadi melalui laman mikro blog tersebut.

"Saudaraku..., izinkanlah maafmu mengalir untuk beningkan hatiku... Marhaban yaa Ramadan..," demikian menurut ulasan yang terpampang pada akaun Twitter milik Cut Tari…

Ulasan: Dunia menjadi kecil bila kita membuat dosa kepada Allah dan menjatuhkan maruah diri sendiri. Tinggalkan dunia mini artis yang penuh kesamaran. Carilah rezeki yang jelas halal.

Sangkakan bangkai babi hutan, rupa-rupanya mayat gadis

SUNGAI PETANI 11 Ogos - Seorang penoreh getah di sebuah ladang dekat Taman Kelisa Ria, di sini, terkejut apabila mendapati bangkai disangka babi hutan yang ditemuinya, rupa-rupanya adalah mayat seorang gadis disyaki dirogol dan dibunuh secara kejam..

Ulasan: Kenapa kita sanggup menjadi perogol dan pembunuh? Dan membunuh orang perempuan pula. Semuanya berlaku bila tak berupaya menahan marah dan menahan nafsu. 

Umat Islam disaran guna kuasa pengguna

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Umat Islam disaran menggunakan kuasa pengguna supaya tidak berbuka puasa di mana-mana hotel yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri.

Ini kerana walaupun pemilik hotel tidak boleh dipaksa untuk memohon sijil halal yang sah tetapi mereka perlu prihatin terhadap tuntutan pengguna Islam….

Ulasan: Macam mana pun, masakan ibu/isteri itu lebih baik kerana kita kenal lama dengan mereka.

SPRM dijemput letak pegawai di KSSB pantau rasuah

Harakahdaily  

SHAH ALAM, 11 Ogos: Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tawaran ini dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus serta bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB secara lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku, kata kenyataan itu….

Ulasan: SPRM bolehlah gempur rasuah dan penyelewengan di negeri Pakatan Rakyat. Ada negeri BN yang izinkan SPRM bergerak bebas?

Umno/BN mahu membonsaikan minda mahasiwa

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai larangan mahasiswa berpolitik membuktikan bagaimana Umno BN secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat.

Justeru, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

“Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?” soalnya dalam satu kenyataan.

Katanya, AMK yakin dan percaya, puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno BN.

Sehubungan itu, ujarnya AMK mencabar Umno/BN melalui Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di IPTA dan IPTS S seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.

Demikian juga, katanya dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad Vogue Puteri Umno Malaysia.

Beliau menambah, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA, Khairy Jamaluddin dan Wee Ka Siong yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan 'akur dan taat kepada kepimpinan parti'.

“Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut '66 Takut '98, "Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa!,” ujarnya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook pula mengutuk keputusan Kabinet untuk terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik.

“DAPSY berasa amat kesal dan mengutuk keputusan Kabinet pada hari ini yang terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik,” ujarnya.

Ini, katanya merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mendukacitakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar-pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA).

“Keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambahnya, keputusan Kabinet pada hari ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan.

Keputusan itu juga, ujarnya membuktikan bahawa sayap Pemuda Barisan Nasional khasnya Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.

“Malahan, suara Timbalan Menteri Penggajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan ini juga tidak diendahkan oleh menterinya sendiri,” katanya lagi

Tegasnya, DAPSY akan terus mendesak supaya Auku dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan.

DAPSY, ujarnya yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan.

“Keputusan Kabinet hari ini akan menyemarakkan lagi semangat mahasiswa tempatan untuk bangkit membawa perubahan politik dan Barisan Nasional akan diberikan satu pengajaran yang lebih pahit oleh golongan muda pada pilihanraya umum yang ke-13 kelak,” katanya lagi.
Harakahdaily  

Tun Mahathir ketinggalan gerabak

Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Semalaysia (PAS) menyifatkan Tun Dr Mahathir orang yang ketinggalan kereta api dalam ulasan politik negara pada hari ini. Beliau menuduh bahawa kerjasama PAS dan DAP tidak ikhlas, hanya untuk mendapat sokongan orang china. Hebat sungguh Tun Dr Mahathir yang boleh membaca keikhlasan PAS, mungkin maqamnya sudah sampai ke maqam musyahadah yang boleh tilik hati perut orang.

Apakah salah PAS dan Pakatan Rakyat berpakat untuk menegakkan keadilan yang dilihat oleh semua kaum bahawa dasar BN tidak lagi menjamin keharmonian dan pengagihan kekayaan kepada mereka yang berhak dibela.

Umno yang tidak dapat menyembunyikan penindasan sesama bangsa dan agama. Perjuangan "Umno putera" seolah khazanah negara ini milik mereka sahaja. Tun Dr Mahathir memberi pandangan kononnya PAS tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat, beliau hendak samakan sikap jahat yang ada pada beliau dengan apa yang ada kepada PAS. Janganlah peragai buruk beliau hendak disamakan dengan PAS.

Ketika beliau berkuasa dahulu, Tun Dr Mahathir jika bercakap di pentas antarabangsa, memang hebat. Beliau pernah mendapat gelaran "Adi Wira Jagat" oleh puak pengampu dalam umno. Beliau menjadi hero mengecam dunia barat yang tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan negara yang beliau pimpin waktu itu demokrasi dimatikan dan beratus mereka yang ditangkap dan disumbat dalam penjara kemunting tanpa bicara di bawah ISA. Zaman beliau permit Harakah digantung penerbitan, ceramah diharamkan, royalti di Terengganu ditarik balik, mufti dipecat, ulamak dikecam, bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) ditarik.

Pas berpandangan Tun Dr Mahathir semakin resah dengan perkembangan politik negara, yang sudah meninggal pemikiran politik perkauman yang beliau warisi. Generasi muda yang terdedah dengan maklumat terbuka mahu mewujudkan kerajaan yang telus dan adil. Paling menakutkan sekali ialah jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat pusat, inilah yang menjadi mimpi ngeri beliau. Maka beliau cuba hendak menimbulkan keraguan kepada pengundi Cina terhadap kejujuran PAS. Dalam masa yang sama menakutkan pengundi Melayu supaya menjauhi PAS, kerana menjadi kuda tunggangan DAP.

Pas berpendapat Dr Mahathir seorang yang cukup kecewa dengan parti yang beliau pernah terajui selama 22 tahun. Beliau cuba hendak mengalihkan isu yang melanda negara pada hari ini samaada dari segi politik, ekonomi, kehakiman dan keruntuhan sosial di kalangan remaja. Kita mendoakan semoga Allah panjangkan umurnya untuk melihat kesan daripada dasar yang beliau laksanakan dan warisi kepada pengganti beliau sehingga rakyat dihimpit dengan berbagai masalah di negara ini.

Sebelumnya Tun Dr Mahathir cuba hendak bela secara membuta tuli kerajaan BN kerana pelaburan langsung asing (FDI) yang lari daripada negara ini. Beliau mengatakan kebanyakan negara dan syarikat asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara, sebaliknya mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di tempat masing-masing. Walaupun hakikatnya di negara-negara jiran FDI lebih baik daripada Malaysia. Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.nMalaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Beliau membela hanya kerana mahu berterima kasih kepada Najib kerana melantik anak beliau Mukriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu kementerian yang bertanggungjawab menarik pelaburan asing ke dalam negara. Tun Dr Mahathir juga kena membuktikan supaya Tun Abdullah Ahmad Badwi tidak menempelak beliau, kerana dulu beliau mengecam jikalau Tun Abdullah letak jawatan maka Umno dan negara akan maju. Sekarang Tun Abdullah mampu senyum dan biarkan Tun Mahathir terjun dengan labunya. Yakinlah PAS mampu menggantikan Umno di negara ini insyaAllah.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, August 10, 2010

UMNO teruskan program Selamatkan Selangor

KLANG 9 Ogos - Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan akan diteruskan bagi peringkat kedua untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkembangan politik semasa termasuk mendedahkan salah laku pentadbiran pakatan pembangkang…

Ulasan: Kerajaan yang sah kini di Selangor ialah Pakatan Rakyat. Pembangkangnya ialah BN. Eloklah UMNO teruskan program itu untuk menyelamatkan Selangor dari angkara BN sekali lagi. Kerana terbukti rakyat lebih bahagia tanpa BN.

Imbangi ilmu agama, duniawi - Dr. M

SEREMBAN 9 Ogos - Umat Islam dinasihat supaya lebih bijak mengimbangi penguasaan ilmu keagamaan dengan duniawi dalam usaha memacu kemajuan negara tanpa menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam zaman serba moden sekarang, umat Islam perlu lebih berdaya saing menguasai bidang-bidang berkaitan khususnya sains dan teknologi bagi membantu melonjakkan tahap kemajuan negara.

"Umat Islam patut mengetahui dan mempelajari perkara asas fardu ain tetapi jangan lupa bahawa penguasaan ilmu lain seperti sains, perubatan, perundangan dan lain-lain juga tuntutan fardu kifayah dalam Islam.

"Ini amat penting kerana kita sudah jauh ketinggalan daripada perubahan ilmu dan penemuan teknologi baru yang berlaku setiap hari," katanya.

Beliau berucap pada Syarahan Perdana Sempena ulang tahun ke-10 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini, hari ini.

Imbangi ilmu agama, duniawi - Dr. M

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


SEREMBAN 9 Ogos - Umat Islam dinasihat supaya lebih bijak mengimbangi penguasaan ilmu keagamaan dengan duniawi dalam usaha memacu kemajuan negara tanpa menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam zaman serba moden sekarang, umat Islam perlu lebih berdaya saing menguasai bidang-bidang berkaitan khususnya sains dan teknologi bagi membantu melonjakkan tahap kemajuan negara.

"Umat Islam patut mengetahui dan mempelajari perkara asas fardu ain tetapi jangan lupa bahawa penguasaan ilmu lain seperti sains, perubatan, perundangan dan lain-lain juga tuntutan fardu kifayah dalam Islam.

"Ini amat penting kerana kita sudah jauh ketinggalan daripada perubahan ilmu dan penemuan teknologi baru yang berlaku setiap hari," katanya.

Beliau berucap pada Syarahan Perdana Sempena ulang tahun ke-10 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini, hari ini…

Ulasan: Orang Islam dulu jadi hebat dengan belajar agama dulu. Sekarang agama di belakangkan. Kalau anak-anak kita belajar agama ke peringkat sarjana muda dulu, kemudian baru mencari ilmu alat/dunia. Bagaimana? Kerana bila mengejar yang nampak (dunia), ramainya terlupa dengan akhirat yang tidak nampak dengan mata kasar.



Friday, August 06, 2010

Why US is silent on Israel terrorism?

Really Israel has now defeated any terrorists in history by attacking the ships providing help to poor Palestinians. Why US is silent on them while they send forces to any country who does even 1% of such terrorism?. Is it not the reason for creation of terrorism by youths who work for justice?.

Best Answer -

Dear, its b'coz the USA is governed by Israels and Jewish. Their lobby mostly contains of Jewish leaders who control the world.. its not America who is controlling, its Israel.. that's a fact. Y/A Fan


Asker's Comment:
Yes, it is a fact that most of Secretaries in US are either Jews or Pro Jews and that is the main reason why US is anti Islamic and Pro Israel, whatever damages and injustice the Israel may cause to innocent. This is the main reason for growing terrorism in the world which all American is to note.

http://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20100601085015AA0KDbk