Friday, August 20, 2010

Israel rancang bina terowong keliling Masjid al-Aqsa

2010/08/19 BAITULMAQDIS: Yayasan Warisan dan Kebajikan al-Aqsa mendedahkan satu rancangan baru Israel yang menyasarkan untuk membina sebuah terowong bawah tanah di sekeliling Masjid al-Aqsa. 

Dalam satu kenyataan bertulis dikeluarkan pada 16 Ogos, Yayasan itu berkata; 
 
Menerusi rancangan itu, pihak berkuasa jajahan menuntut untuk mendirikan terowong menghubungkan Laluan Alsharaf yang digelar Laluan Yahudi, dengan kaki lima Buraq (merujuk kepada perkarangan Masjid Kubah Emas) dan Masjid al-Aqsa. Ia berkata pendedahan rancangan itu dilakukan setahun setengah lalu. 

Persatuan berkata berita mengenai terowong itu mendominasi muka pertama akhbar Maariv, Isnin lalu, yang dianggap ramai bermaksud bahawa kerajaan Israel sudah meluluskan rancangan pembinaannya. 

Bukan hanya terowong itu mengancam tapak suci umat Islam, malah ia juga akan membenarkan dengan mudahnya pengerahan polis atau tentera ketika mana-mana serbuan akan datang ke atas pekarangan masjid, dikenali sebagai Al-Haram Al-Sharif. 

Yayasan itu menambah pengumuman projek berkenaan adalah sejajar dengan pengiktirafan oleh menteri polis Israel berhubung satu latihan besar-besaran tentera penjajah mengenai serbuan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa. 
Ia menggesa penduduk Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan tanah yang diduduki pada 1948 supaya sering mengunjungi al-Aqsa, terutama ketika Ramadan, bagi berdepan mana-mana keinginan jahat Israel untuk merosakkannya. Agensi

Ulasan: Kalaulah Nabi Sulaiman @ King Soloman hidup kembali, Baginda akan berkata kepada orang Yahudi supaya masuk Islam. Ternyata Israel menjadi zalim kepada warga Palestin kerana Nabi Sulaiman adalah seorang pemerintah yang adil.

No comments: