Friday, August 27, 2010

Ketua editor majalah Playboy Indonesia diburu

JAKARTA 26 Ogos – Pendakwa raya hari ini mencari bekas ketua editor majalah Playboy Indonesia selepas mahkamah tertinggi negara ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya kerana menyiarkan gambar wanita berpakaian mendedahkan tubuh.

Erwin Arnada dibebaskan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada April 2007, selepas hakim mahkamah itu menyatakan gambar berkenaan tidak boleh dikategorikan sebagai bahan lucah di bawah kod jenayah Indonesia.

Rayuan kes tersebut dikemukakan di Mahkamah Agung, yang memutuskan bahawa tertuduh disabit kesalahan pada 2008, tetapi keputusan itu hanya dimaklumkan kepada pendakwa raya semalam.

Masih belum jelas mengapa keputusan itu hanya diberitahu selepas dua tahun mahkamah menyabitkan kesalahan terhadap Arnada.

“Saya hanya mengetahui tentang perkara ini semalam. Saya tidak tahu sebab keputusan ini lambat diumumkan dan mengapa baru sekarang ia diberitahu. Dia (Arnada) masih bebas,” kata ketua pendakwa raya, Yusuf yang menambah, pihaknya sedang mencari bekas editor itu supaya dia boleh dibawa ke penjara….

Ulasan: Undang-undang negara akan menjadi kertas mainan sekiranya tidak dilaksanakan. Kebiasaannya undang-undang tidak dilaksanakan bila terdapat permainan rasuah.

No comments: