Friday, August 20, 2010

PM janji tinggalkan negara lebih baik buat generasi muda

PUTRAJAYA 19 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjanjikan kepada generasi muda azam kerajaan untuk 'meninggalkan' sebuah negara yang lebih baik daripada apa yang diwarisi mereka dari kepimpinan lepas.

Tegas Perdana Menteri, ia menjadi tanggungjawab kerajaannya dan sebab itu, beliau tidak putus-putus melaksanakan dasar-dasar dan pendekatan untuk melakukan perubahan demi manfaat golongan itu.

Menurutnya, apabila kerajaan merangka sesuatu program, apa yang difikirkan adalah 'anda semua sebab saudara sekalian mewarisi negara kita'.

''Saya tidak percaya kita perlu kekalkan status quo melainkan untuk kekalkan status quo lebih baik.

''Saya juga tidak percaya urusan seperti biasa melainkan sesuatu yang lazim dibuat untuk diteruskan.

''Saya (turut) percaya kita perlu kekal dalam persekitaran yang pantas ini (meskipun) pada hakikatnya kita terbelakang. Sebab itu dalam perubahan yang begitu dinamik dan meluas ini, kita perlu teruskan perubahan supaya kita bersedia di hadapan arus perubahan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis berbuka puasa dengan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) di perkarangan kediaman Sri Perdana di sini, malam ini….

Ulasan: Marilah kita bersama-sama mengundi selain parti BN supaya kita dapat merasai politik berdasarkan keadilan dan meninggalkan keagungan asobiyah bangsa peninggalan BN.

No comments: