Thursday, August 12, 2010

QIYAM RAMADHAN - Take it easy

QIYAM RASULULLAH S.A.W. 

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Barangsiapa yang qiyam Ramadhan (Tarawih dan Witir) kerana dorongan imannya dan 
semata mata mengharap ganjarandaripada Allah, niscaya diampuni segala dosanya masa silam". (HR Al Jama'ah ) 

Beberapa ketentuan tentang Qiyam Ramadhan: 

1- Berdasarkan hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan Tarawih dan Witir sebanyak 11 raka'at, iaitu: 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir. Ketentuan ini berdasarkan hadis sahih: 

Daripada 'Iasyah r.a: Adalah Nabi s.a.w. tidak menambah (bilangan solat.malam) daripada sebelas rakaat, apakah di dalam Ramadhan atau di luar Ramadhan. ( HR Bukhari dan Muslim). 

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. ketika menghidupkan malam Ramadhan , baginda solat lapan raka'at dan witir. ( HR Ibnu Hibban - Sahih). 

2- Para Fuqahaa' berbeza pendapat tentang jumiah rakaat solat tarawih, sebahagiannya berpendapat 23 rakaat, iaitu 20 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir sebagaimana yang dilakukan di zaman Omar Ibn Al-Khattab r.a.; dan ada juga yang berpendapat 39 rakaat, iaitu 36 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir sebagaimana dilakukan di zaman Othman Bin 'Affan; dan ada juga 38 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir sebagaimana di lakukan di zaman Omar Bin Abdul Aziz r.a. 

3-Sebaiknya perbezaan pendapat tentang bilangan rakaat qiyam Ramadhan ini jangan dijadikan punca perbalahan sesama kita. Yang mustahak lakukanlah qiyam sesuai dengan kemampuan masing masing. Apalagi Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat sebelum wafatnya bahawa kita disuruh agar mengikuti sunnahnya dan juga sunnah Kalifah-Khalifah Al-Rasyidin. (HR Abu Daud dan Tarmidzi Sahih ) 

4- Sebaiknya qiyam Ramadhan dilakukan secara berjamaah. Namun tidak ada salahnya jika dilakukan secara sendirian. Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya secara berjamaah secara berterusan, namun Umar Ibnu Al Khattab r.a. sangat menggalakannya. Malahan beliau pernah menyuruh Ubay Bin Ka'ab memimpin solat berjamaah tarawih dan witir sambil berkata: 
“Inilah sebaik baik bid'ah”, iaitu menghimpunkan mereka dibelakang seorang imam (yang sebelumnya para sahabat qiyam Ramadhan secara bersendirian).

http://bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=152378&sid=b673cc1808e97431af03601d4ebca55e

Ulasan: Take it easy. Buat jangan tak buat. Fikir-fikirkan hendak menolong kawan-kawan kita yang sering meninggalkan solat waktu...

No comments: