Monday, August 30, 2010

Golongan Huffaz mampu jadi penggerak pembaharuan masyarakat

REMBAU 29 Ogos - Para penghafal al-Quran akan terus diberi pengiktirafan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dalam usaha meramaikan bilangan mereka di negara ini.

Pada masa yang sama juga, golongan penghafal al-Quran ini diharap dapat menjadi penggerak kepada pembaharuan masyarakat yang berlandaskan fahaman agama mengikut acuan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Penasihat YSNS, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki berkata, sesuai dengan tema sambutan "Huffaz Dinamik-Memperkasa Generasi Quranik" ini, menjadi harapan supaya lebih ramai lagi di kalangan generasi muda khususnya, selain umat Islam keseluruhannya memahami isi kandungan al-Quran selain menghafalnya.

"Seharusnya para huffaz yang dinamik merupakan mereka yang bertenaga dan mempunyai kekuatan, ada keupayaan untuk keluar dalam arena dakwah serta memberi tunjuk ajar kepada seluruh umat Islam terhadap kesucian kalam al-Quran," katanya kepada pemberita di Kompleks YSNS, Bukit Sembilan, Chengkau, di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memberitahu, golongan penghafal al-Quran ini hendaklah sanggup berada dalam masyarakat, selain mempunyai cita-cita besar yang jitu serta berkeluasan dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga layak digelar "asatizah" (ustaz).

Kata beliau, tugas menjaga al-Quran ini merupakan amanah paling besar kerana jika benar mereka mahu menyempurnakan tanggungjawab itu, maka banyak pengorbanan perlu dilakukan termasuklah perihal yang mencakupi urusan seperti berehat kerana mahu mengulang bacaan al-Quran dan memahaminya setiap masa.

Tambah Sheikh Muhammad Fuad lagi, sempena program Ihtifal Takrim Huffaz al-Quran 2010 yang dianjurkan YSNS, Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) dan Darul Quran ini, pengiktirafan juga diberikan kepada para huffaz dari seluruh negara.

Hadir sama Yang Dipertua YSNS, Mohd. Shukor Sabudin; Timbalannya, Dr. Yusri Mohamad dan Pengerusi Lembaga Pengelola STIAS, Malizan Mahmod.

"Program ini dirangka bagi merealisasikan anjuran Nabi Muhammad SAW untuk memuliakan golongan huffaz (penghafal al-Quran). 

"Kita sedia maklum golongan huffaz mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dan layak diraikan di mata masyarakat," ujar beliau...

Ulasan: Selagi mereka tidak menjilat umarak BN/UMNO. Bersama lawan tetap lawan sehingga Islam menang.

No comments: