Friday, August 13, 2010

Kadar pengangguran di Gaza 80 peratus

2010/08/13 KUALA LUMPUR: Masalah utama dihadapi masyarakat Gaza ketika ini adalah pengangguran yang berpunca daripada serangan tentera Israel, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada masyarakat antarabangsa bagi menjalani kehidupan harian. 

Pengerusi Masyarakat Islam Palestin-Bandar Jabalia, Abdalrahim M Shehab, berkata antara hampir 80 peratus daripada penduduk Gaza tidak mempunyai pekerjaan dan hanya bergantung bantuan daripada masyarakat antarabangsa untuk membiayai keperluan harian mereka. 
 
Keadaan di Gaza amat sukar yang mana ramai terpaksa menganggur akibat kehilangan pekerjaan sehingga perlu bergantung terhadap bantuan daripada masyarakat antarabangsa, katanya. 
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penerangan terkini mengenai keperluan rakyat Gaza di Balai Berita, di sini, semalam. 

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia (GPM), Mohd Asri Abdul. 

Abdalrahim, berkata masalah pengangguran yang ketara itu juga menyebabkan ramai anak muda Gaza tidak dapat meneruskan pelajaran mereka pada peringkat rendah, mahupun universiti kerana ibu bapa tidak mampu membiayai yuran pengajian. 

Sementara itu, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata, Tabung Pendidikan dan Kemanusiaan Palestin ABIM yang diwujudkan dengan kerjasama Berita Harian sejak awal bulan ini mencecah RM17,000. 
 
Beliau berkata, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun RHB Islamic, 21401360010196.

Ulasan: Israel sedang bersungguh-sungguh menyiapkan kejatuhannya dengan menzalimi warga asal Palestin. Bantuan kita di nanti-nantikan.

No comments: