Semua perlu mendoakan agar PAs menang di Pilihan Raya Kecil Bagan Ping, Negeri Sembilan pada 11 Oktober 2009 nanti. Doa kita sewaktu kita berpuasa Ramadhan adalah mustajab.
Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Thursday, September 17, 2009
BN/UMNO ibarat daun yang sedang dimamah ulat..
Den dah koba dah...pekung amno/BN sedang dibuka oleh orang amno/BN juga..
amno sekarang sedang diasak dari pelbagai sudut..dari depan..dari belakang..dari kiri..dari kanan..dan yang paling haru dari dalam sendiri..kenapa amno/BN jadi begini..? adakah balasan tuhan terhadap keangkuhan dan ketakburan pimpinan dan ahlinya..kalau ya..peringatan juga kepada semua parti2 yang berada di dunia politik Malaysia hari ini..jadikan kisah amno/BN ini sebagai tauladan..
amno/BN semakin kehilangan pengikut dari kalangan orang muda..kata Tun Daim..orang lama amno/BN ini menyatakan 80% orang muda sedang memalingkan muka mereka dari amno/BN..apa yang menyebabkan ianya berlaku? kerana sikap mereka yang merasa sudah selesa dengan kuasa ada di tangan..mereka leka akan kemenangan yang telah diberi rakyat..mereka lupa satu hari nanti rakyat akan menghukum mereka diatas kelalaian dan keangkuhan mereka..maka sekarang ini mereka seperti daun yang sedang dimamah ulat..lama kelamaan amno akan lenyap..
kebajikan rakyat tidak dihirau..keutamaan sepatutnya untuk rakyat ditunda ke belakang..keselesaan rakyat bukan tanggungjawab mereka..keselamatan rakyat tidak dititikberatkan..bagi amno/BN itu semua hanya untuk pemimpin yang berkuasa..kerana mereka wakil kepada rakyat..maka segala kesenangan..keselamatan ..keselesaan hanya pemerintah yang layak terima ..rakyat kena berusaha sendiri untuk kehidupan mereka sendiri..maka kenapa mereka yang tidak boleh membela rakyat diberi kuasa lagi..? PRU13 akan menjawab semua ini..rakyat harus tegas untuk memastikan kehidupan kita mengikut kemahuan kita..
selalunya orang akan menyatakan keburukan temannya setelah ia disingkirkan..begitu juga yang berlaku kepada amno..bila bekas2 ahlinya yang berpengaruh mula membuka kain temannya sehelai demi sehelai..sekiranya ia tidak dihentikan..maka akan telanjang bulatlah temannya...tapi siapa yang akan menghentikan mereka dari menelanjangkan amno..siapa berani..?
dihentikan tidak berguna lagi..amno sudah pun ditelanjangkan oleh tangan2 mereka yang di dalam amno sendiri..entah la amno..bersedia sajalah untuk dikafankan..supaya amno tidak lagi diaibkan..yang tinggal di dalam amno sekarang adalah pimpinan yang serupa tin kosong..cakap berdegar2..tapi tiada isi..tidak satu pun dapat mendatangkan menafaat kepada rakyat dan negara melainkan hanya utnuk poket dan kroni..
wallahualam..
dari http://haninasution.blogspot.com/
Ulasan: Tapi ingat BN/UMNO masih lagi MEMERINTAH negara kita. Pelik kalau BN/UMNO tidak akan menggunakan segala helah yang terdaya untuk mengekalkan kekuasaannya menjajah Malaysia. Sekadar contoh menggunakan peraturan dan undang-undang yang ada serta jentera kerajaan seperti SPR, Polis, Tentera, Mahkamah dsbnya. Sila bongkar habis-habisan dan sebar sekiranya anda mengetahuinya. Do something for the sake of our nation. Bagi yang tak punya apa-apa, perlu sentiasa berdoa supaya Allah mengalahkan BN/UMNO seperti tentera Ahzab dulu dan memenangkan Islam di atas runtuhan BN/UMNO.
40,000 dos vaksin H1N1 tiba akhir bulan depan
Beliau berkata, vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.
Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanya.
Liow berkata, kesemua vaksin itu yang bernilai RM14 juta diperoleh daripada syarikat farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) yang berpusat di United Kingdom.
Bagaimanapun, katanya kementerian yang sedang dalam proses tempahan vaksin peringkat kedua sedang meneliti beberapa inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik…
Ulasan: Kita harap janganlah orang politik BN/UMNO dan/atau staf kerajaan yang selama ini memasang lukah di pergentingan mencari peluang untuk memperkayakan diri sendiri, kaum keluarga atau kroni melalui cara yang tidak sah. Contohnya melalui % komisyen. Tidak mungkin negara kita menjadi bebas rasuah dan penyelewengan selagi di jajah BN/UMNO.
Mesir pertahankan hak wanita memakai seluar panjang
Mufti besar Mesir, Ali Gomaa ketika di minta mengulas isu tersebut dalam ceramah umumnya berkata, seluar panjang adalah pakaian yang menutup aurat wanita, asalkan ia nya longgar dan tidak memperlihatkan bentuk badan asli.
Menurutnya, namun pemakaian seluar panjang yang `ketat’ adalah tidak boleh di terima. – AP
Ulasan: Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita). Sekiranya ok, berbahagialah kita kerana sentiasa hidup beragama.
Jangan hanya bertudung tetapi yang lain melanggar syarat. Janganlah sampai orang lain berdosa sebab kita. Pilihan untuk taatkan Allah di tangan kita.
WTF benarkan wanita muslim bertudung
Perubahan peraturan pertandingan yang dibuat oleh badan pertubuhan itu pada Januari lalu sekali gus memansuhkan larangan ke atas wanita bertudung daripada bertanding.
“Ini bermakna sukan taekwondo akan mempastikan ia adalah sukan yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita Muslim seluruh dunia,” kata pengerusi WTF, Dae Won Moon. – AP
Ulasan: Apabila kita mengutamakan ajaran dalam kehidupan kita, mahu tidak mahu orang kafir terpaksa menerima kehadiran kita menunjukkan contoh baik kepada mereka. Tapi jangan hanya hebat menguasai seni pertahanan diri tetapi juga hebat menguasai nafsu mengikut ajaran Islam. Biar hebat zahir dan spiritual barulah tidak kalah dalam pertarungan nafsu. Jangan hanya menang di gelanggang TAPI tewas bila berdepan dengan teman lelaki.
Wednesday, September 16, 2009
Awas Penyamun Harta Negara
sedang merembat segala harta negara secepat mungkin
kerana selepas ini mereka
semua akan bungkus.
pegawai kerajaan yang berjiwa besar dan berjiwa rakyat
sila ambil perhatian
kerana semua ini akan membawa bala
kepada anak cucu cicit kita.
mereka yang kaya raya ini nanti akan lari membawa
duit dan intan berlian harta rompakan khazanah negara
seperti yang telah dilakukan oleh Imelda Marcos
Anak Suharto, Thaksin suami isteri dan Shah Iran dsbnya.
Rakyat perlu berjaga jaga!
Di modify dari http://nizar-taiping.blogspot.com/2009/09/suami-najib-pon-ada-kroni.html
Aktivis hak asasi kecam undang-undang rejam di Aceh
Undang-undang tersebut yang disokong puak konservatif di Aceh, juga turut mengenakan hukuman sebat sehingga 400 kali ke atas kesalahan rogol, minum arak, homoseks dan judi.
Undang-undang itu diluluskan oleh penggubal undang-undang wilayah utara pulau Sumatera itu, semalam, bagi menggantikan elemen kanun jenayah Indonesia dengan Syariah atau undang-undang Islam bagi umat Islam.
Ia mengenakan penalti hukuman mati ke atas mereka yang berkahwin dan 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin jika didapati bersalah berzina.
"Undang-undang yang diluluskan di Aceh itu sungguh kejam dan menjatuhkan martabat kemanusiaan," dakwa Ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM), Idfhal Kasim kepada AFP.
Kasim berkata, golongan sekular dan kumpulan hak asasi akan mengemukakan rayuan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar pelaksanaan undang-undang tersebut dikaji semula.
"Semua ini akan membawa Aceh kembali kepada kehidupan silam. Membaling batu (ke atas pesalah zina) seolah -olah Aceh masih berada pada tahun 1940-an dan 50an," kata Kasim, yang menyifatkan ia akan mendorong golongan konservatif untuk memperluaskan undang-undang Syariah ke peringkat kebangsaan pula.
Undang-undang kontroversi itu diluluskan di Acheh beberapa minggu sebelum perhimpunan baru wilayah-wilayah lebih sederhana yang dikuasai oleh Parti Aceh yang didominasi bekas pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM) mengambil alih kuasa.
Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf sendiri yang merupakan bekas pejuang GAM menentang pelaksanaan undang-undang Syariah.
Irwandi telah menggesa kelulusan rang undang-undang itu ditangguhkan.
Ma'ruf Amin, ketua Majlis Ulama Indonesia, badan utama Islam di negara ini, bagaimanapun menyambut baik undang-undang baru itu.
"Majlis menyokong penuh pelaksanaan undang-undang Syariah di wilayah yang sedia menerimanya seperti di Aceh, yang mempunyai kuasa autonomi. Ini bukan soal ia bagus atau tidak.
"Bagi orang Islam, undang-udang Syariah adalah yang terbaik dan ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Selagi semua pihak bersetuju, ia tidak ada masalah," kata Ma'ruf.
Aceh telah melaksanakan undang-undang Syariah yang sederhana sejak 2001 sebagai sebahagian pakej autonomi yang diberikan oleh Jakarta untuk mematahkan sentimen menyokong kemerdekaan di kalangan penduduk tempatan.
Puak pemisah Aceh mula melancarkan penentang terhadap kerajaan Indonesia pada 1976 dan tamat pada 2005 melalui satu perjanjian damai. – AFP
Ulasan: Bagi orang Islam di mana sahaja, undang-undang Syariah adalah yang TERBAIK dan ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Tahniah kepada Aceh kerana menjadi guru kepada dunia yang semakin rosak ini. Zina hanya merendahkan martabat kaun wanita. Selepas ini marilah kita berdepan dengan masalah penyelewengan, mencuri dan rasuah pula...
Israel tolak desakan AS
Pengumuman Netanyahu itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Presiden Barack Obama di Asia Barat, George Mitcheel, bagi mengatur mesyuarat antara Palestin-Israel, menjelang berlangsungnya sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan…
Ulasan: Mesyuarat Palestin-Israel hanya menghabiskan masa kerana Israel tidak mengotakan apa yang telah diputuskan selama ini.
MENTERI RAI PEMIMPIN PELAJAR IPTA
Mereka merupakan pemimpin pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tidak ketinggalan diraikan ialah pemimpin pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Di samping beramah-mesra, Mustapa turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah dengan para hadirin.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UKM, Profesor Datuk Dr. Mohamed Razak.
Terdahulu, Mustapa dalam ucapannya berkata, majlis itu diadakan bagi merapatkan jurang antara kerajaan dengan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
‘‘Pemimpin pelajar mempunyai pengaruh di negara ini. Kerajaan menghargai peranan mereka dalam menerajui kepimpinan di universiti dan berharap mereka dapat membantu kerajaan membangunkan negara,” ujarnya…
Ulasan: Pemimpin pelajar boleh rapat dengan kerajaan tapi jangan sampai melupakan idealisme perjuangan pelajar. Menteri Pelajaran Tinggi mungkin sibuk…
"Rasul Melayu" ditangkap selepas tiga tahun menghilang
SHAH ALAM 16 Sept . - Selepas tiga tahun menghilangkan diri, Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya sebagai rasul Melayu dan menghadapi tuduhan menghina Islam serta menyebarkan ajaran sesat akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini…
Ulasan: Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup segala Nabi untuk manusia sampai ke hari kiamat. Tidak ada lagi Nabi baru.
Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an- Nik Aziz
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.
"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."
"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana"ujar beliau.
Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.
Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.
Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut….
Ulasan: Sama-samalah kita doakan supaya UMNO cepat terkubur kerana kewujudannya
hanya menjadi masalah di kalangan rakyat kini.
80% golongan muda tidak sokong BN - Daim
Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.
Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.
Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.
Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.
"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.
Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.
Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.
Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat…
Ulasan: Kalau asas perjuangannya sudah lagi relevan kini, eloklah BN berundur demi negara.
Friday, September 11, 2009
Skandal PKFZ: Suruhanjaya Diraja Lebih Baik
Kenyataan Media
Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak bersetuju dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bagi menyelesaikan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana pihak Kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif bagi menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.
PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan. Diakhir tugas mereka pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya.
Paling penting, pasukan yang diketuai oleh Tan Sri Sidek ini tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri. Dalam kes ini, salah seorang yang dilibatkan dalam siasatan adalah Menteri iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor dari Umno) yang juga pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).
Selain itu, turut terlibat adalah Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB dan bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi, Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. Timbalan CEO KDSB pula adalah Haji Faizal Abdullah yang sekarang ini adalah Bendahari Umno Selangor.
Penglibatan orang-orang politik ini kesemuanya melibatkan ahli komponen BN yang menerajui Kabinet sekarang. Maka tidak mustahil akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh Pasukan Khas ini nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.
Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan Wakil NGO yang berkaitan.
Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini. Rakyat pastinya ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam Projek ini dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami kerugian yang besar.
Ulasan: PKFZ ialah penyelewengan wang rakyat adalah kira-kira RM2 bilion eloklah di siasat oleh Suruhanjaya Diraja kalaulah benar 1Malaysia mengutamakan rakyat.
Dubai Metro dilancar
DUBAI 10 Sept. - Dubai Metro, sistem pengangkutan deras metro automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia, dilancarkan oleh Naib Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, di sini semalam.
Pelancaran sistem pengangkutan metro pertama yang ditunggu-tunggu di rantau Teluk itu berlangsung pada pukul 9.09 malam di Mall of the Emirates di sini, dengan pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dubai sebagai tanda meraikan acara bersejarah itu.
Apabila siap kelak, Dubai Metro yang beroperasi di bawah tanah dan juga landasan bertingkat akan disambung sejauh 76 km dengan 47 stesen...
Ulasan: Sama dengan Monorel di Makkah sebelum ini. Semoga umat Islam tidak hanya sebagai pengguna kemudahan tapi juga mengendali, menyenggara dan menghasilkan alat ganti serta seterusnya menjadi perunding dan kontraktor terhebat untuk penyediaan system monorel yang lebih baik di masa akan datang.
Total, Chevron didakwa bantu Myanmar
Total dari Perancis dan Chevron dari Amerika Syarikat (AS) juga cuba menyembunyikan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh askar Myanmar yang mengawal saluran paip, termasuk penggunaan buruh paksa dan pembunuhan.
Dakwaan itu terkandung dalam dua laporan yang disiarkan EarthRights International hari ini, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di AS…
Ulasan: Itulah gaya Singapura, jiran kita yang jahat. Asalkan duit boleh saja simpan di banknya.
Pensyarah USIM buat laporan polis dakwa dianiaya
Dakwanya dia dianiaya selepas enggan meluluskan markah para pelajarnya pada tahun lalu.
Yasmin Norhazleena Bahari Md. Noor, 35, yang mengajar jurusan Syariah dan Undang-Undang mendakwa, beliau diminta oleh pihak pengurusan fakulti itu untuk meluluskan markah 135 pelajarnya yang gagal dalam ujian.
Bagaimanapun, disebabkan keengganannya berbuat demikian dakwanya, dia dimarahi dan dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh seorang pegawai tinggi di universiti itu…
Ulasan: Perkara ini memang berlaku bila universiti kini semakin lembut dengan pelajar akibat terlalu berebut pelajar. Dulu pensyarah berhak menggagalkan pelajar berdasarkan prestasi. Kini bila pelajar gagal, pensyarah di persalahkan. Apakah wujud universiti yang beri jaminan pelajar BOLEH graduan walaupun tidak buat buat tugasan dan gagal dalam peperiksaan? Kembalikan hak kepada pensyarah kecuali bila berlaku kezaliman.
UMNO parti Islam - PM
Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.
Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.
''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?...
Ulasan: Bila sokongan orang Melayu semakin menipis terhadap UMNO maka seluruh dunia dilambakkan idea basi bahawa UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar. Ertinya helah menggunakan Islam sebagai jalan keluar dari masalah sekarang. Apakah perjuangan UMNO selari dengan tuntutan Islam? Jangan setakat melihat beberapa perkara kecil. Lihatlah asas penubuhannya dan kearah mana perjuangan UMNO selama ini? Apakah semakin menghampirkan orang Melayu dan rakyat dengan Islam? Apakah Islam merestui amalan rasuah dan penyelewengan harta negara melalui jalan yang tidak sah yang di lakukan oleh ramai orang politik UMNO selama ini. Selari mungkin dalam beberapa hal. Tetapi apakah destinasinya sama?
Thursday, September 10, 2009
ANWAR IBRAHIM :Pengkianat UMNO
Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Sewaktu DSAI memutuskan untuk menyertai UMNO, aku pernah berkata kepada kawan-kawan bahawa DSAI ibarat seekor ular yang masuk ke dalam masyarakat manusia. Umumnya, samada ular itu membunuh atau dibunuh.
DSAI tidak akan mampu menyebarkan ideologi perjuangannya di dalam UMNO selagi UMNO dikuasai oleh maluan maluan yang pelahap dan rakus. Kini apa yang pernah aku sembangkan dengan kawan kawan benar benar terjadi dan sesugguhnya cukup menarik untuk diperkatakan.
DSAI cuba dimatikan karier politiknya dengan tuduhan liwat pada tahun 1998 tetapi DSAI cukup yakin bahawa dia akan kembali. Malah ketika hukuman 15 tahun dijatuhkan kepadanya, beliau dengan lantang berkata "see you in 15 years time or earlier". Ternyata DSAI membuat comeback selepas 10 tahun yakni 5 tahun lebih awal. Pada aku, apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH jua, apa yang disangka tidak berlaku sebaliknya keajiaban yang terjadi. Siapa sangka sesudah begitu teruk DSAI dikerjakan, dia kembali selepas 10 tahun dengan begitu gagah dan bergaya. ALLAH yang mengkehendaki demikian.
Comeback DSAI nampaknya mengecutkan ramai pemimpin UMNO termasuk Muhyidin Yasin yang sebelum ini diketahui sebagai salah seorang pengikut DSAI. Kerana ketakutan itulah, Muhyidin akhirnya mengulangi tuduhan yang pernah dilemparkan kepada DSAI iaitu tuduhan pengkhianat negara. Muhyidin sebenarnya tahu benar bahawa tuduhannya itu palsu kerana ketika DSAI dijatuhkan pada tahun 1998, Muhyudin ketika ditemuramah oleh RTM menyebut kejadian itu sesuatu yang amat menyedihkan. Nampak jelas bahawa Muhyidin tahu apa sebenarnya berlaku.
Namun apa yang terjadi selepas itu memperlihatkan bahawa memang benar DSAI seorang pengkianat tetapi bukan kepada negara tetapi kepada UMNO. DSAI berjaya mendapat sokongan padu daripada rakyat berbilang kaum di negara kita malah lebih dulu memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang sekarang cuba dipromosikan Najib. Sokongan yang diterima DSAI menyebabkan UMNO rosak kerana sejak hari pertama DSAI dijatuhkan sehingga kini, ramai orang orang baik dan berkualiti dalam UMNO berhijrah meninggalkan UMNO sehingga apa yang tinggal dalam UMNO cumakan mereka mereka yang rosak akhlaknya dan tidak berkualiti dari sudut kepimpinan mereka.
Kerana itu, benarlah DSAI pengkianat UMNO dan akan terus mengkianati UMNO sehingga ianya berkubur dan tinggal sejarah. Fakta ini tidak boleh dinafikan malah sebelum kemasukan DSAI ke dalam UMNO, suara suara membangkang UMNO tenggelam sehinggalah ke hari DSAI dijatuhkan dengan konspirasi licik UMNO. Kini ular yang cuba dibunuh UMNO masih lagi bernyawa dan berkemungkinan akan membunuh UMNO.
Hakikat inilah barangkali disedari oleh Tok Guru kita sehingga mengakuti kredibiliti DSAI untuk memimpin negara. Secara adil, aku juga terpaksa menerima kenyataan ini dan dari perbualan aku dengan kawan kawan, aku dapati ramai yang mengakui kualiti yang ada pada DSAI. Malah dari perbualan aku dengan salah seorang pendokong PR, aku diberitahu bahawa matlamat DSAI untuk merampas Putrajaya semakin hampir. Tetapi bagi aku, DSAI tetap menjadi pengkianat kepada UMNO, UMNO yang sejak kecil lagi aku harapkan akan hancur kerana tindakan tindakan pendokong mereka yang menjadikan negara ini macam hak mak bapak mereka. Aku gagal melakukan sesuatu untuk menghancurkan UMNO tetapi DSAI mungkin akan melakukannya. Untuk itu aku ucapkan TERIMA KASIH DSAI kerana kejayaanmu itu. Dan aku tetap istiqamah dengan wadah perjuangan PAS yang aku sertai ini (mesej untuk DSAI agar sentiasa mendaulatkan agama).
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2497&mode=thread&order=0&thold=0
Ulasan: Lawan tetap lawan. Mari kita tinggalkan UMNO yang telah khianat kepada bangsa sendiri. Kejahatan BN/UMNO semua rakyat boleh nampak kerana kejahatan berlaku sejak BN/UMNO memerintah negara. Selamat tinggal BN/UMNO....
Memang UMNO Samseng Dan Pengkianat Bangsa
Tepat dan betul apa yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan PAS Haji Idres bin Haji Ahmad "UMNO bersifat samseng", bukan sekadar samseng malah pengkianat nombor wahid di bumi Malaysia.
Hampir 95% pemimpin UMNO tidur dalam kancah rasuah wang dan rasuah politik. Dan 95% pemimpin UMNO peringkat tertinggi mengunakan kuasa dan kedudukan dalam parti dan kerajaan mencari habuan politik perut yang parah dan sukar dibenteras.
Contuh terkini amalan rasuah secara terbuka dalam penerimaan dan sogokan wang puluhan juta ringgit untuk mengerakan parti komponen Barisan Nasional. Yang paling ketara ialah UMNO dan MCA menerima habuan wang secara tidak betul.
Malah UMNO punca provokasi antara kaum. Seperti menghina ugama lain dalam episop berarak kepala lembu berdarah. Tidak dapat dinafikan pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib Razak dicalit dengan episop duka kisah pembunuhan dan perasuah nombor wahid. Namun bukti dan pertuduhan pemimpin UMNO tidak dapat dibuktikan secara jelas. MENGAPA DAN KENAPA?
Kuasa yang berada ditangan digunakan dengan secara maksimum demi kepentingan peribadi dan kedudukkan. Semua cabang yang kepolisian dan kehakiman dikawal secara remote control oleh pemimpin UMNO peringkat pusat dan kementerian.
Yang paling mendukacita dan secara terang UMNO sendiri menindas dengan rakus sekali mengunakan kuasa kepolisian atas arahan pehak yang berkuasa menjengkel bangsa Melayu.
Terpulang kepada rakyat untuk menyenaraikan samseng UMNO dalam mencari kepuasan politik dan kepentingan peribadi. Hanya dengan bersifat samseng UMNO dapat bernafas seketika sebelum PRU 13 nanti.
Di ambil dari: http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2571
Ulasan: Sudah 52 tahun BN/UMNO mengganas dan menjajah Malaysia kita. Tak kan nak berikan lagi 52 tahun? Rakyat terpaksa memilih parti lain selain parti BN/UMNO untuk menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Parti lain selain BN/UMNO pun boleh memerintah tanpa rasuah dan penyelewengan.
UMNO Sah Hilang Kelayakan sebagai Pembela Melayu Islam..
Oleh: notan
Assalamualaikum
Selawat dan Salam ke atas Junjungan.
UMNO yang ditubuhkan pada 1946 dan diperbaharui oleh Tun Mahadir pada 1988 ketika pertembungan dengan Ku Li, antara lain mendakwa sebagai pertubuhan yang menjaga kepentingan melayu Islam. Selepas lebih 52 tahun UMNO tampil sebagai pembela Melayu Islam, hari ini UMNO sedang ditunjukkan 'exit door' oleh melayu Islam.Melayu Islam sudah bosan dengan UMNO, melayu Islam sudah loya dengan UMNO, melayu Islam jauh lebih baik tanpa UMNO dan melayu Islam sudah tidak menerima UMNO sebagai pembela mereka. Itulah hakikat kejadian yang boleh ditafsirkan dewasa ini.
Sekalipun UMNO terus menerus memainkan persoalan perpaduan melayu dan ketuanan melayu tetapi melayu Islam secara majoritinya sudah tidak mahu mendengar lagi apa jua yang diseru oleh UMNO. Melayu Islam mempunyai sebab yang kukuh untuk menolak UMNO dan melayu Islam tetap yakin bahawa punca segala bala/musibah ALLAH yang sedang menimpa adalah kerana menyokong UMNO yang menjadi bapa segala kemungkaran di negara kita.
Melayu Islam kini sudah semakin ramai insaf dan sedar bahawa UMNO tidak lagi boleh disokong, tidak lagi layak menjadi pembela melayu Islam. Kejadian kejadian yang muktakhir anjuran UMNO jelas membuktikannya. Siri demostrasi yang dianjurkan UMNO di beberapa negeri seperti Teranggganu, Perak, Penang dan Selangor jelas menampakkan mereka tidak lagi layak memainkan peranan sebagai penjaga dan pembela melayu Islam. Kebiadapan yang ditunjukkan oleh ahli ahli UMNO sepanjang demostrasi telah memberitahu melayu Islam bahawa UMNO bukan lagi sesuai dan layak menjadi pembela mereka.
Kini UMNO semakin ditolak oleh melayu Islam. Penolakan ini bukan bermakna melayu Islam tidak bersatu tetapi kerana UMNO tidak lagi boleh diharapkan sebagai pembela.Melayu Islam sedar bahawa seandainya UMNO terus dinobatkan sebagai pahlawan yang membela mereka, risikonya, melayu Islam akan pupus satu hari nanti. UMNO merosakkan ramai melayu Islam, UMNO menjadikan ramai melayu Islam tidak bermaruah dan tiada harga diri, UMNO menjadikan ramai melayu Islam hialng jati diri sebagai seorang melayu Islam, UMNO melahirkan ramai melayu yang berlagak seperti western yang gemar menari dan berkaraoke. UMNO melahirkan ramai melayu Islam yang rakus dan pelahap apabila berdepan dengan wang ringgit sehingga tidak mampu lagi membeza antara hak mereka dengan hak orang lain. RM8.3 juta yang digunakan oleh Mat Said untuk membeli kurma yang tidak sampai kepada rakyat merupakan satu contoh bagaimana melayu Islam yang ditarbiyahkan oleh UMNO menguruskan wang rakyat.
UMNO melahirkan ramai mat rempit menerusi puteranya yang pernah berenang merentasi Selat Melaka, melahirkan ramai puteri puteri berambut merah, biru dan beraneka warna melalui puterinya dan melahirkan ramai nenek nenek berbonggol di depan dan di belakang melalui wanitanya. Kesemua ciri ciri yang terlahir oleh sistem tarbiyah UMNO ini menyebabkan ramai melayu Islam mula meninggalkan adat dan budaya melayu dan sebaliknya mengamalkan budaya barat dalam kehidupan harian mereka. Kerana itu UMNO juga hilang kelayakan sebagai pembela melayu Islam.
UMNO juga melahirkan sekelompok melayu Islam yang biadap dan melupai adat adat melayu ketika dalam majlis. Kerana itu ketika majlis dailog yang baru di adakan di Shah Alam, kita dapat menyaksikan sekumpulan melayu Islam yang sudah lupa mereka sedang berpuasa Ramadan dan berperangai macam oran utan. Inilah produk UMNO yang banyak dilihat juga dalam kes "natang" Derih Jusoh serta demostrasi di Penang dan Perak tak lama dulu. Inilah juga produk UMNO yang membuktikan mereka sudah tidak lagi hidup sebagai orang melayu Islam dan dengan itu, UMNO sudah tidak layak menjadi pembela melayu Islam.
UMNO juga melahirkan sekumpulan cerdik bodoh melayu Islam yang licik dalam memutar belit fakta, bijak menyebarkan cerita dan berita palsu serta pandai bercerita seperti tok selampit di zaman penglipurlara dulu. Golongan ini adalah golongan yang sudah tidak lagi mematuhi adat kesopanan melayu dan panduan hidup agama. Pada mereka berbohong hanya mainan biasa yang tidak ada kesan dalam kehidupan dan kematian. Mereka bukan lagi melayu Islam dari sudut perlakuannya. Tidak ada batas agama dalam tindakan mereka, tidak ada adat kesopanan melayu dalam urusan mereka, yang ada hanyalah pembohongan yang diolah seperti betul.
Kerana UMNO sudah hilang kelayakan sebagai pembela melayu Islam maka tidak ada ruang lagi untuk berunding dengan mereka sekalipun atas seruan perpaduan. Malah perpaduan sudah tidak boleh lagi dipupuk dengan ahli UMNO. Pilihan yang ada pada ahli ahli UMNO ialah samaada meninggalkan UMNO atau menjadi si luncai moden yang terjun bersama sama BMWnya.
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2573
Ulasan: Parti politik datang dan pergi. Bila perjuangannya sudah tidak relevan, parti tersebut akan menjadi kenangan. Eloklah pergi daripada merosakkan rakyat yang tidak berdosa. Rakyat tiada masalah untuk melepaskan parti BN/UMNO pergi dari politik Malaysia kerana usianya telah melebihi tempuh laku.
Israel tidak ikhlas berdamai
Menteri Luar Nigeria, Ojo Maduekwe berkata, Israel tidak mengamalkan sikap mahu berbaik-baik dengan melakukan keganasan dan terus menguasai Tebing Barat, walaupun telah diminta supaya meninggalkan wilayah itu demi keamanan melalui perjanjian Camp David dan resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...
Ulasan: Mari kita pulaukan negara haram Israel kerana tidak mengikut perjanjian perdamaian yang telah dipersetujui dan resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Banyak polisi Negara haram Israel menunjukkan apartheid sedang di jalankan untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai warganegara kelas pertama.
Monday, September 07, 2009
1Malaysia tapi banyak yang 2
MCA dah jadi 2. Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek
PPP dah jadi 2. Keyveas dan Murugiah
MIC dah jadi 2. Samy dan Subra
UMNO pula dah pecah berderai.....
http://semangatbesi.blogspot.com/2009/09/1-malaysia-tapi-banyak-yang-2.html
Ulasan: Parti datang dan pergi. Yang pentingnya rakyat dan negara mendapat manfaat dari sebarang parti yang membentuk kerajaan negeri dan terutamanya kerajaan pusat. Kalau orang politik dari mana-mana parti sudah terkenal dengan rasuah dan penyelewengan melalui cara yang tidak sah, eloklah rakyat menghukum mereka dengan memangkah parti lain dalam pilihan raya mulai sekarang.
London Mayor calls for a day of fasting to help understand Muslims
Speaking during a visit to the East London Mosque and London Muslim Centre he said Muslims in the capital were 'challenging traditional stereotypes' to show they wanted to be part of the mainstream.
Mr Johnson's visit coincided with the holy period of Ramadan in which participating Muslims fast from dawn until sunset.
He said: 'Whether it's in theatre, comedy, sports, music or politics, Muslims are challenging the traditional stereotypes and showing that they are, and want to be, a part of the mainstream community.
'That's why I urge people, particularly during Ramadan, to find out more about Islam, increase your understanding and learning, even fast for a day with your Muslim neighbour and break your fast at the local mosque.
'I would be very surprised if you didn't find that you share more in common than you thought.'
He added: 'Muslims are at the heart of every aspect of society. Their contribution is something that all Londoners benefit from.
'Muslim police officers, doctors, scientists and teachers are an essential part of the fabric of London.
'Islamic finance is contributing to the economy by changing the way Londoners invest, save, borrow and spend.
'There are valuable lessons that people of all backgrounds can learn from Islam such as the importance of community spirit, family ties, compassion and helping those less fortunate, all of which lie at the heart of the teachings of Ramadan.'…
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1211197/Boris-Johnson-calls-day-fasting-help-understand-Muslims.html
Comment: Allah says in Holy Quran (The Prophets 21:107) informing us that mission of Prophet Muhammad (peace be upon him) : “And We have not sent you except as a Mercy to mankind.”
Israel terus bina rumah haram
"Perdana Menteri dalam beberapa hari lagi akan mengumumkan pembinaan beberapa ratus rumah tambahan dan bangunan awam," kata Menteri Pengangkutan, Yisrael Katz yang merupakan sekutu rapat Netanyahu, kepada radio awam hari ini.
Netanyahu merancang untuk meluluskan pembinaan 400 hingga 600 unit perumahan, lapor media Israel.
Kelmarin, seorang pegawai kanan berkata, Netanyahu akan meluluskan pembinaan kawasan penempatan Yahudi secara besar-besaran di wilayah Palestin itu sebelum menimbangkan pembekuan yang dituntut oleh AS.
Pengumuman itu mencetuskan kritikan meluas daripada masyarakat antarabangsa dan kemarahan daripada pihak Palestin yang menyifatkannya sebagai 'tidak boleh diterima sama sekali'.
Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama sejak berbulan-bulan lalu, telah mendesak rejim Yahudi membekukan semua aktiviti pembinaan bagi membolehkan proses damai Asia Barat disambung semula.
Washington menyuarakan rasa kesal dengan pelan pembinaan yang hendak diluluskan oleh Netanyahu itu. – AFP
Ulasan: Apakah kita berunding dengan puak yang sombong yang tak menyempurnakan perjanjiannya selama ini? Semua Muslim sewajarnya mempersiapkan untuk berperang melawan negara haram Israel via doa dan zahir kerana hanya perang yang akan menghinanya dan menyebabkannya menghormati orang lain.
4 keluarga tinggalkan RKSK kerana Astro
Perkara itu didedahkan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman yang kesal dengan sikap keluarga terbabit dan beliau juga mempertikaikan kelayakan keluarga berkenaan untuk menerima bantuan tersebut.
Menurutnya, keadaan tersebut menimbulkan rasa curiga dan persoalan mengenai kelayakan penduduk miskin yang dipilih oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menetap di taman Rksk.
''Sewa rumah yang dikenakan amat murah iaitu RM50 sebulan malah segala kelengkapan perabot disediakan oleh MAIM dan Affin Bank, penduduk hanya membawa badan untuk berpindah ke rumah yang disediakan.
''Namun saya hairan bagaimana empat keluarga ini boleh meminta kebenaran untuk memasang Astro dan setelah dilarang, mereka membuat keputusan berpindah keluar dari Taman RKSK,'' katanya…
Ulasan: Malu kerana kita setakat menjadi pelanggan Astro menjadikan taukeynya terkaya di Malaysia…
TLDM cadang tambah kapal selam
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, perancangan untuk menambah bilangan kapal selam itu sedang diteliti sebelum dikemukakan kepada kerajaan.
‘‘TLDM sedar dengan kepentingan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara daripada anasir luar.
‘‘Kita akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah lagi bilangan kapal selam sedia ada bagi keperluan di masa depan,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ketibaan KD Tunku Abdul Rahman (TAR)…
Ulasan: Jangan sampai duit rakyat di bazirkan melalui penyelewengan dan rasuah contohnya komisyen macam yang bising di bangkitkan oleh wakil rakyat PR di Parliamen.
Kerajaan Pusat kencing Rakyat Pendang
“Mana peruntukan tangani banjir?”
PENDANG 07 September 2009– Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman mengesa Kerajaan Pusat agar dapat menunaikan beberapa janji mereka untuk menangani masalah banjir di kawasan Pendang yang kerap berlaku setiap tahun apabila hujan turun berlarutan.
Menurutnya, Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika melawat daerah Pendang sebelum ini berjanji akan memberi peruntukan bagi menangani masalah banjir di kawasan ini.
“Sebanyak RM27 juta dijanjikan untuk mendalamkan Sungai Pendang dan kerja-kerja pembersihan tetapi menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sehingga kini belum mendapat apa-apa peruntukan daripada projek itu.
“Setiap tahun daerah ini pasti akan dilanda banjir teruk di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti setiap tahun berlaku disebabkan kawasan rumah mereka yang rendah dan berdekatan Sungai Pendang,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Hayati berkata, Sungai Pendang dan beberapa sungai lain seperti Sungai Chegar, Sungai Rambai yang cetek tidak dapat menampung aliran air yang banyak yang mengalir dari hulu sungai menyebabkan air melimpah ke penempatan penduduk.
Beliau berkata, antara mangsa yang dipindahkan setiap tahun kebanyakan terdiri daripada mereka yang sama kerana kawasan penempatan mereka berada di kawasan rendah berdekatan Sungai Pendang yang sering kali berlaku banjir.
Selain Kerajaan Pusat berjanji untuk mendalamkan Sungai Pendang, penduduk juga dijanjikan penempatan semula di kawasan yang jauh dari sungai bagi mengelak berlakunya banjir, tetapi sehingga kini tiada apa-apa berita diperolehi.
“Hanya kawasan tanah saja telah disediakan oleh pihak kerajaan tempatan. Sehingga kini peruntukan untuk membangunkan kawasan tersebut tidak ada,” katanya.
Beliau berharap segala janji Kerajaan Pusat tersebut dapat ditunaikan dan langkah seberapa segera perlu diambil demi kebaikan semua pihak.
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/isu-banjir-kerajaan-pusat-kencing.html
Sejak bila Umno tidak hina Islam?
i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:
“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”
Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.
ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.
Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:
“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”
Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia bo;eh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.
Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.
Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?
Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?
Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.
Menyentuh tentang kenyataan Dato’ Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian; maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan “a complete way of life”. Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan “ritual” semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik.
Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.
Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.
Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.
Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini?
Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 / 26 Ogos 2009.
Friday, September 04, 2009
Ibu berusia 42 tahun hamil anak ke-19
LITTLE ROCK, Arkansas 2 Ogos - Nombor 19 benar-benar memeranjatkan Michelle Duggar. Ibu berusia 42 tahun yang sudah mempunyai 18 orang anak itu menyedari dia langsung tidak kehilangan berat badan, walaupun dia dan suaminya, Jim Bob sedang menjalani penggambaran siri realiti Weight Watchers, selain anak bongsunya yang berusia lapan bulan, Jordyn-Grace masih menyusu.
Sebelum ini, dia mengetahui kehamilannya menerusi perubahan dalam susu badan, justeru mengambil ujian kehamilan.
"Dan selepas melihatnya, saya terkejut apabila mendapati ia positif," kata Duggar semalam.
"Saya hanya melompat kegembiraan sambil berkata 'terima kasih Tuhan'.
"Lihatlah, saya berusia 42 tahun, memikirkan hari-hari bersama bayi sebelum ini telah berakhir, namun Tuhan telah mengurniakan saya dengan seorang lagi bayi," katanya...
Ulasan: Orang lain sungguh seronok beranak banyak kerana menerima kurniaan Tuhan. Doakanlah supaya seluruh keluarga Duggar memeluk Islam satu masa nanti. Orang kita pula kenapa sibuk merancang keluarga @ birth control? Seolah-olah kitalah yang memberi rezeki kepada anak-anak nanti.
1) Allah berfirman dalam Quran (17:31):Dan janganlah membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami memberi rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
2) Seterusnya Allah berfirman dalam Quran (6:151): Katakanlah, "Marilah, aku akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu: bahawa kamu tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, dan berbuat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami memberi rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak mendekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah mengharamkan, kecuali dengan patut. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
Oleh itu tak perlulah di ajar bagaimana merancang keluarga @ birth control kepada bakal-bakal pengantin. Kita tahu bahawa Rasulullah s.a.w. berbangga dengan umat yang ramai.
Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt. Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya, Allah akan lebih menipu daya kita.
Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya. Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak.
Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaanNya.
PM terharu dengar suara ayahanda
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terkecuali menerima manfaat teknologi tersebut yang memungkinkan beliau mendengar suara ayahandanya, AllahyarhamTun Abdul Razak Hussein.
Sebaik mendengar amanat ayahandanya mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi sistem UPCODE, Perdana Menteri yang mulanya terharu perlahan-lahan mengukir senyuman.
‘‘Sistem UPCODE yang ini satu usaha baik dalam mewujudkan persekitaran interaktif melalui paparan multimedia,’’ kata beliau.
Ulasan: Sekiranya orang yang sudah meninggal dunia dapat mengirimkan pesan kepada kita yang masih hidup sudah tentu mereka akan berpesan bahawa sebaik-baik bekal untuk kehidupan yang abadi selepas mati ialah TAQWA (God fearing). Kerana mereka melihat apa yang kita tidak nampak...
Kemelut Politik dalam Kerajaan Negeri Perak
Kemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak sebenarnya memperkenalkan siapa Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.
Ini semua terjadi kerana Datuk Seri Najib mewakili kerajaan Barisan Nasional tidak boleh bersabar untuk menunggu masa yang sesuai bagi menakluk semula negeri Perak.
Untuk menutup kejahatannya maka Peguam Negara, Polis, SPRM, SPR dan SUK telah bersatu dan bersubahat memperlecehkan undang-undang yang diguna pakai sebagai rujukan.
Mungkin dalam masa yang terdekat ini mereka akan gunakan juga angkatan tentera bagi mengukuhkan kuasa mereka…? Kalau itu yang berlaku… amat malang rakyat dan negara Malaysia.
Sebenarnya bukan semua anggota polis menyokong tindakan Kerajaan Barisan Nasional menzalimi rakyat khususnya ADUN Pakatan Negeri Perak, tapi mereka adalah manusia yang diperalatkan sebagai robot yang menurut perintah.
Oleh kerana itu kita akan lihat polis yang bertugas berlagak seperti samseng yang tidak ada anak dan isteri dirumah. Sedangkan anak dan isteri mereka juga hidup merempat yang tidak mampu menyara hidup dengan harga minyak yang naik, harga tol yang membebankan, dan berbagai tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia….
Negeri Perak yang kita cintai ini adalah negeri tempat kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Semua undang-undang yang dikatakan telah digubal untuk menegakkan keadilan tetapi diputar belitkan menjadi undang-undang berat sebelah.
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menghayati pencabulan undang-undang ini sebagai pekara yang perlu dijadikan sebagai sempadan dan panduan bagi negeri lain yang masih dikuasai.
Kita telah melihat dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kekerasan kuku besinya bagi melemahkan semangat perjuangan Parti Pakatan Rakyat.
Setiap kekerasan dilawan dengan kekerasan hasilnya akan menghasilkan peperangan yang tiada penghujungnya. Tetapi jika kekerasan itu dilawan dengan akal yang berilmu, kita percaya bahawa Allah akan bersama rakyat Malaysia menghakis segala kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional. Insyaallah.
Komen menarik ini daripada seorang pembaca bernama Umar dari http://kerajaanrakyat.com/?p=7901#comment-27946 mengenai artikel ADUN Pakatan Rakyat Perak ditangkap.
Henti cabar keputusan mahkamah
PUTRAJAYA 3 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pakatan pembangkang berhenti daripada melakukan perbuatan mencabar keputusan mahkamah.
Ini kerana, menurut Muhyiddin, mahkamah telah memutuskan kerajaan negeri Perak sekarang ini adalah di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Katanya, perhimpunan ADUN pakatan pembangkang di sebuah hotel semalam juga tidak sepatutnya berlaku.
“Mahkamah sudah putuskan bahawa kerajaan negeri Perak sekarang adalah sah dan atas dasar itu mereka (pembangkang) patut tahu tindakan tersebut sia-sia.
“Mungkin tindakan mereka mahu mencabar mahkamah dan tidak menghormati keputusan yang dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas tindakan 24 ADUN pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan di sebuah hotel di Ipoh selepas gagal memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh semalam.
Antara ADUN berkenaan ialah bekas Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker DUN Perak serta ADUN Tronoh, V. Sivakumar...
Ulasan: Krisis kepemimpinan di Perak berlaku bila BN merampas kuasa secara tidak sah. Tapi apakah masih ada hakim yang ikhlas memberikan hukuman?
Disertakan jua komen dari pembaca mengenaiKemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak seperti di bawah:
Kemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak sebenarnya memperkenalkan siapa Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.
Ini semua terjadi kerana Datuk Seri Najib mewakili kerajaan Barisan Nasional tidak boleh bersabar untuk menunggu masa yang sesuai bagi menakluk semula negeri Perak.
Untuk menutup kejahatannya maka Peguam Negara, Polis, SPRM, SPR dan SUK telah bersatu dan bersubahat memperlecehkan undang-undang yang diguna pakai sebagai rujukan.
Mungkin dalam masa yang terdekat ini mereka akan gunakan juga angkatan tentera bagi mengukuhkan kuasa mereka…? Kalau itu yang berlaku… amat malang rakyat dan negara Malaysia.
Sebenarnya bukan semua anggota polis menyokong tindakan Kerajaan Barisan Nasional menzalimi rakyat khususnya ADUN Pakatan Negeri Perak, tapi mereka adalah manusia yang diperalatkan sebagai robot yang menurut perintah.
Oleh kerana itu kita akan lihat polis yang bertugas berlagak seperti samseng yang tidak ada anak dan isteri dirumah. Sedangkan anak dan isteri mereka juga hidup merempat yang tidak mampu menyara hidup dengan harga minyak yang naik, harga tol yang membebankan, dan berbagai tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia….
Negeri Perak yang kita cintai ini adalah negeri tempat kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Semua undang-undang yang dikatakan telah digubal untuk menegakkan keadilan tetapi diputar belitkan menjadi undang-undang berat sebelah.
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menghayati pencabulan undang-undang ini sebagai pekara yang perlu dijadikan sebagai sempadan dan panduan bagi negeri lain yang masih dikuasai.
Kita telah melihat dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kekerasan kuku besinya bagi melemahkan semangat perjuangan Parti Pakatan Rakyat.
Setiap kekerasan dilawan dengan kekerasan hasilnya akan menghasilkan peperangan yang tiada penghujungnya. Tetapi jika kekerasan itu dilawan dengan akal yang berilmu, kita percaya bahawa Allah akan bersama rakyat Malaysia menghakis segala kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional. Insyaallah.
Komen menarik seorang pembaca bernama Umar dari http://kerajaanrakyat.com/?p=7901#comment-27946 mengenai artikel ADUN Pakatan Rakyat Perak ditangkap.
Ketiadaan kuku panjang merubah kehidupan
Lee Redmond, 68, yang kehilangan kukunya pada Februari lalu bagaimanapun berkata, dia kini rasa lebih mudah untuk melakukan sesuatu setelah ketiadaan kukunya itu.
Wanita itu juga berkata, dia tidak berhasrat memelihara kuku yang panjang kerana sebelum ini dia telah mengambil masa selama 30 tahun untuk memiliki kuku terpanjang di dunia.
Redmond mula menyimpan kukunya sejak tahun 1979 dan tersenarai dalam Guinness World Record pada 2002 sebagai wanita yang mempunyai kuku terpanjang di dunia.
Menurut laman web Guinness, jumlah ukuran kesemua kuku Redmond ialah 8.53 meter pada 2008 dengan kuku terpanjang di ibu jari kanan iaitu 88.9 sentimeter. – AP
Ulasan: Alhamdulillah kerana kita di selamatkan Allah dari melakukan perkara yang melanggar fitrah yang semuanya menyusahkan hidup. Islamlah nescaya kamu akan selamat.
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Artinya : Lima perkara yang termasuk fitrah, iaitu : mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak, dan memotong kuku” [Hadits Riwayat Bukhari 5550, 5552, 5939. Muslim 257. Abu Dawud 4198. Tirmidzi 2756. Nasa’i 10. Ibnu Majah 292]
Adapun hadith Aisyah, yaitu dari jalan Zakariya bin Abu Zaidah dan Mush’ab bin Abu Syaibah dari Thalq bin Habib dari Abu Zubair dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Artinya : Sepuluh perkara yang termasuk fitrah, yaitu : memotong kumis, membiarkan janggut, bersiwak (gosok gigi), memasukkan air ke dalam hidung (ketika berwudhu), memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan , beristinja’ (dengan menggunakan air)”
Zakaria berkata, “Mus’ab berkata, ‘Aku lupa perkara yang kesepuluh. Kalau tidak salah adalah berkumur” [Hadits Riwayat Ahmad VI/137. Muslim 261. Nasa’i 5040. dan Tirmidzi 2757].
Thursday, September 03, 2009
Penganjur konsert MLTR digesa peka sensitiviti umat Islam
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, konsert itu diadakan dalam bulan Ramadan iaitu bulan suci umat Islam yang mana pada siangnya mereka menjalani ibadah puasa dan di sebelah malam pula bertarawih serta bertadarus.
''Gesaan saya itu selaras dengan semangat 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan semua pihak,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi berkaitan konsert kumpulan itu yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada Sabtu ini.
Sementara itu, pada 24 Ogos lalu, Dewan Pemuda Pas turut menggesa kerajaan mengharamkan konsert itu yang disifatkan sebagai penghinaan besar kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang menyambut bulan Ramadan…
Ulasan: Adakah teguran itu berbisa? Puncanya bukan semua Menteri yang sama kepala bila menangani maksiat. 1Malaysia tapi tak sama. Ada yang kesukaannya syurga dunia. Ada yang merindui syurga akhirat.
Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tiba hari ini
Kapal selam yang dibina di Perancis itu dijangka tiba pada pukul 8 pagi esok selepas menempuh pelayaran mencabar sejauh 8,537 batu nautika dari Toulon.
Ketika ini, kapal selam kebanggaan negara yang berkebolehan menyelam sedalam 300 meter berserta 35 anak kapal itu berada di perairan Selat Melaka dengan diiringi oleh kapal kelas korvet, KD Laksamana Tun Pusmah.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata, KD Tunku Abdul Rahman telah menghabiskan masa selama 44 hari di laut dan 10 hari di beberapa pelabuhan sejak meninggalkan pangkalan tentera laut, Toulon pada 9 Julai lalu…
Ulasan: Entah hebat entah tidak kapal selam kita. Tapi yang tentu kenyang ialah sesiapa yang dapat komisyen RM530 juta berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene itu.
Dengan kehebatan tentera elit dan senjata canggih yang berbagai-bagai yang kita ada pun kita masih malu dan kekok untuk mempertahankan Pulau Batu Puteh. Rupa-rupanya sokong yang membawa rebah. Tak mungkin terlepas kalau pemimpin kita benar-benar cinta kepada negara. Rakyat sewajarnya kena lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin negara yang benar-benar berjiwa merdeka.
Wahai kapal selam KD Tunku Abdul Rahman
Sebelum kehadirannmu negara heboh
dengan komisyen yang menghabiskan wang rakyat
dengan tercemarnya maruah dan nyawa seorang wanita
Sepanjang hidupmu nanti, berapa lagi wanita yang akan tercemar dan di bunuh?
Hidupmu untuk mempertahankan negara
Janganlah mencemar dan membunuh tanpa HAK.
Tuesday, September 01, 2009
Kegiatan tidak bermoral sempena Merdeka: 200 muda-mudi ditahan
Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Ampang Jaya dalam operasi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor, bermula pukul 1 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi ini.
Operasi itu diadakan bagi membendung golongan muda yang semakin cenderung menyambut ambang kemerdekaan dengan melakukan kegiatan dan aktiviti yang tidak bermoral.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah untuk diberi khidmat kaunseling, ceramah dan motivasi.
Pengerusi Perkid, Masridzi Sat berkata, kebanyakan remaja yang ditahan dalam operasi itu berusia lingkungan 20-an.
Operasi Masih Ada Yang Sayang merupakan operasi khas yang dianjurkan Perkid untuk memantau kegiatan tidak bermoral golongan muda terutamanya ketika ambang perayaan Tahun Baru dan Kemerdekaan.
Apa yang menarik ialah mereka yang ditahan tidak dihukum, sebaliknya pendekatan berdakwah secara halus diguna pakai untuk menangani dan menasihat remaja berkenaan kerana ia dianggap lebih berkesan.
Ulasan: Mengapa kita bersusah-payah mengambil peluang untuk merosakkan diri dan orang lain? Diri dan maruah kita bukanlah untuk diratah lahap oleh orang yang tiada ikatan nikah dengan kita. Dimanakah jiwa merdeka?
Sistem monorel Mekah mula tahun depan
Sistem pengangkutan itu akan dapat digunakan pada tahap 35 peratus pada tahun depan dan akan beroperasi sepenuhnya pada musim haji pada 2011, menurut akhbar Arab News yang memetik laporan Jawatankuasa Tertinggi Haji.
Syarikat China Railway menerajui projek itu dengan sekumpulan syarikat dan projek itu dilaksanakan dengan tujuan mengatasi masalah pengangkutan bagi lebih dua juta jemaah haji yang mengerjakan ibadat haji setiap tahun.
Jawatankuasa itu berkata, kira-kira 53,000 bas dan kenderaan lain akan dikeluarkan dari jalan raya sebaik sahaja sistem monorel itu beroperasi sepenuhnya.
Laporan itu menyebut sistem perkhidmatan monorel itu mampu membawa sekurang-kurangnya 500,000 jemaah setiap enam hingga lapan jam. – BERNAMA
Ulasan: Semoga umat Islam tidak hanya sebagai pengguna kemudahan tapi juga mengendali, menyenggara dan menghasilkan alat ganti serta seterusnya menjadi perunding dan kontraktor untuk penyediaan system monorel yang lebih baik di masa akan datang.
Amalkan politik matang
Perdana Menteri berkata, sekarang bukannya waktu untuk mereka berdebat atau mengupas sesuatu isu secara retorik kerana perbuatan seperti itu tidak akan memberi faedah terhadap usaha memajukan negara.
''Dalam proses Malaysia memasuki fasa menuju ke arah negara maju selepas 52 tahun merdeka, kita harus sedar bahawa banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi. Dunia sekarang telah berubah dan menuntut kita bekerja lebih keras.
''Oleh itu untuk berhadapan cabaran serta perubahan yang berlaku, negara amat memerlukan amalan politik yang lebih matang. Elakkan sebarang perdebatan dan perkara yang bersifat retorik," katanya dalam blog 1Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, saranannya itu amat berkait rapat dengan usaha kerajaan untuk membina kekuatan dan semangat yang tinggi di kalangan rakyat dan pemimpin negara ini dalam mencapai cita-cita tersebut.
''Negara ini kita akan wariskan kepada generasi akan datang dan saya amat berharap dengan kerjasama semua pihak tidak kira kaum kita mampu menyediakan negara yang mempunyai masa depan lebih cerah untuk mereka," katanya.
Dalam pada itu Najib berkata, erti kemerdekaan amat bermakna buat dirinya kerana beliau membesar ketika negara baru mencapai kemerdekaan daripada British.
''Saya lahir empat tahun sebelum negara merdeka. Pada masa itu negara ini masih baru dan muda dan saya menyaksikan bagaimana negara ini mengalami perubahan. Saya akui semangat patriotik saya amat tinggi.
''Saya juga adalah anak kepada salah seorang Perdana Menteri dan anak saudara kepada seorang lagi Perdana Menteri. Semangat patriotik mereka mengalir ke dalam diri saya. Seperti mana mereka, saya juga berjanji dan berjuang untuk kesejahteraan negara ini," katanya.
Sementara itu beliau berkata, usia 52 tahun merdeka bukan satu masa yang panjang tetapi dalam tempoh tersebut Malaysia berjaya mengecapi pelbagai kejayaan antaranya daripada negara berteraskan pertanian kepada negara berasaskan pembuatan serta perkhidmatan.
''Begitu juga dengan kejayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan. Pada tahun 1957, lebih sebahagian rakyat kita hidup dalam keadaan miskin tetapi pada masa ini kurang daripada empat peratus mereka yang hidup dalam keadaan miskin.
''Usaha ini (pembasmian kemiskinan) akan diteruskan dan kejayaan ketika menurunkan kadar kemiskinan adalah hasil daripada tumpuan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pendidikan serta kesihatan.
Ulasan: Jangan hanya bercakap, tetapi perlukan pelaksanaan selalu.
1. Pembangunan ialah hak rakyat dan hindarkan dari menjadi modal politik. Elakkan juga merampas demokrasi melalui jalan belakang.
2. Oleh kerana negara ini akan diwariskan kepada generasi akan datang, maka berhati-hatilah dengan penyelewengan dan rasuah kerana akan menyebabkan negara kehilangan sumber. Wajar untuk jadikan negara kita bebas rasuah.
3. Semangat patriotik bermula dari dalam diri kerana sayangkan negara bukan berpeluang untuk mengikis khazanah negara.
4. Ramai lagi rakyat biasa yang bukan anak kepada salah seorang Perdana Menteri dan bukan anak saudara kepada seorang lagi Perdana Menteri tetapi semangat cintakan negara sangat tinggi. Apakah mengharapkan semangat patriotik generasi lalu mengalir ke dalam diri kita? Kitalah mesti membina jiwa merdeka dalam diri kita.