Friday, September 04, 2009

Kemelut Politik dalam Kerajaan Negeri Perak

Kemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak sebenarnya memperkenalkan siapa Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.

Kejadian yang dianggap pelik tetapi benar berlaku. Didalam pentadbiran kerajaan negeri terdapat dua Menteri Besar… yang halal dan yang haram. 

Ini semua terjadi kerana Datuk Seri Najib mewakili kerajaan Barisan Nasional tidak boleh bersabar untuk menunggu masa yang sesuai bagi menakluk semula negeri Perak.

Untuk menutup kejahatannya maka Peguam Negara, Polis, SPRM, SPR dan SUK telah bersatu dan bersubahat memperlecehkan undang-undang yang diguna pakai sebagai rujukan. 

Mungkin dalam masa yang terdekat ini mereka akan gunakan juga angkatan tentera bagi mengukuhkan kuasa mereka…? Kalau itu yang berlaku… amat malang rakyat dan negara Malaysia.

Sebenarnya bukan semua anggota polis menyokong tindakan Kerajaan Barisan Nasional menzalimi rakyat khususnya ADUN Pakatan Negeri Perak, tapi mereka adalah manusia yang diperalatkan sebagai robot yang menurut perintah. 

Oleh kerana itu kita akan lihat polis yang bertugas berlagak seperti samseng yang tidak ada anak dan isteri dirumah. Sedangkan anak dan isteri mereka juga hidup merempat yang tidak mampu menyara hidup dengan harga minyak yang naik, harga tol yang membebankan, dan berbagai tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia….

Negeri Perak yang kita cintai ini adalah negeri tempat kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Semua undang-undang yang dikatakan telah digubal untuk menegakkan keadilan tetapi diputar belitkan menjadi undang-undang berat sebelah. 

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menghayati pencabulan undang-undang ini sebagai pekara yang perlu dijadikan sebagai sempadan dan panduan bagi negeri lain yang masih dikuasai. 

Kita telah melihat dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kekerasan kuku besinya bagi melemahkan semangat perjuangan Parti Pakatan Rakyat. 

Setiap kekerasan dilawan dengan kekerasan hasilnya akan menghasilkan peperangan yang tiada penghujungnya. Tetapi jika kekerasan itu dilawan dengan akal yang berilmu, kita percaya bahawa Allah akan bersama rakyat Malaysia menghakis segala kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional. Insyaallah.

Komen menarik ini daripada seorang pembaca bernama Umar dari http://kerajaanrakyat.com/?p=7901#comment-27946 mengenai artikel ADUN Pakatan Rakyat Perak ditangkap.

No comments: