Monday, September 07, 2009

TLDM cadang tambah kapal selam

LUMUT 6 Sept. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengemukakan cadangan menambah bilangan kapal selam bagi membentuk satu skuadron yang lebih mantap pada masa akan datang.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, perancangan untuk menambah bilangan kapal selam itu sedang diteliti sebelum dikemukakan kepada kerajaan.

‘‘TLDM sedar dengan kepentingan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara daripada anasir luar.

‘‘Kita akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah lagi bilangan kapal selam sedia ada bagi keperluan di masa depan,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ketibaan KD Tunku Abdul Rahman (TAR)…

Ulasan: Jangan sampai duit rakyat di bazirkan melalui penyelewengan dan rasuah contohnya komisyen macam yang bising di bangkitkan oleh wakil rakyat PR di Parliamen.

No comments: